Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Hadiahkan perlindungan kewangan kepada yang tersayang sebagai persiapan apabila menghadapi sesuatu yang tidak diduga.
Pastikan kebajikan mereka terjaga dan dilindungi dengan pelan insurans dan takaful AIA yang disesuaikan mengikut keperluan anda — daripada insurans berkaitan pelaburan hingga insurans hayat seumur hidup.
Asas: Memberi anda perlindungan yang penting.
Komprehensif: Menyediakan perlindungan komprehensif untuk memenuhi keperluan anda.
Tambahan: Pelan fleksibel yang boleh ditambah kepada pelan perlindungan anda bagi memenuhi keperluan peribadi anda.
Pelan Perlindungan Hayat akan memberikan sejumlah wang kepada orang yang tersayang berasaskan jumlah perlindungan anda sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh kekal (HUMK).
Dengan pelan insurans hayat, anda atau waris anda yang telah dinamakan akan menerima sejumlah wang secara sekali gus sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh kekal (HUMK). Amaun ini boleh membantu mereka menjelaskan sebarang bayaran yang tertunggak, membayar perbelanjaan pengebumian dan juga mengekalkan gaya hidup semasa mereka.
Di AIA, kami menawarkan pelan yang sesuai bagi pelanggan dari usia seawal 14 hari sehingga 70 tahun, dengan perlindungan sehingga 100 tahun.
Kami gembira kerana pihak syarikat anda mengambil berat tentang kesejahteraan anda. Bagaimanapun, terdapat beberapa sebab perlindungan insurans hayat yang disediakan pihak syarikat mungkin tidak mencukupi:
Oleh yang demikian, kami menggalakkan anda untuk mendapatkan pelan Perlindungan Hayat individu agar anda menerima manfaat dan perlindungan yang lebih sesuai dengan keperluan anda.
Di samping memberikan perlindungan kewangan kepada orang tersayang, pelan insurans hayat dan takaful kami direka secara unik untuk menyediakan penyelesaian kesihatan serba lengkap serta memberikan ganjaran dengan manfaat yang lebih baik untuk pelan anda apabila anda membuat pilihan sihat dengan AIA Vitality.
AIA Vitality ialah program kesihatan dan kesejahteraan kami yang membantu anda hidup sebaiknya dan memberikan ganjaran kepada anda apabila membuat pilihan yang sihat. Anda boleh menikmati pelbagai manfaat seperti perlindungan tambahan, tawaran eksklusif dan ganjaran apabila anda mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.