Artikel berkaitan
Pelaburan Jangka Pendek VS Pelaburan Jangka Panjang

Pelaburan Jangka Pendek vs Jangka Panjang
Kenal Dulu Baru Labur!
Sebelum melabur, kenali dulu perbezaan antara pelaburan jangka pendek dan jangka panjang supaya anda boleh membuat pilihan yang lebih bijak.

Pelaburan Jangka Pendek
Pelaburan jangka pendek sesuai bagi anda yang ingin mendapatkan pulangan dalam masa yang singkat.
Pelaburan jenis ini hanya memerlukan tempoh matang 3 hingga 5 tahun sahaja untuk memperoleh keuntungan. Kemudian, anda bebas untuk mengeluarkan wang pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Risikonya yang rendah menjadikan pelaburan jangka pendek sangat menarik. Ia amat sesuai bagi anda yang tidak mahu menunggu terlalu lama dan ingin elakkan kerugian.
Namun, pastikan anda tidak melaburkan kesemua wang atau aset anda untuk pelaburan jangka pendek. Sebaiknya, ketepikan sebahagian daripadanya sebagai simpanan kecemasan.
Contoh Pelaburan Jangka Pendek:
- Deposit Tetap
- Bon Kerajaan
- Akaun Pengurusan Tunai

Pelaburan Jangka Panjang
Pelaburan jangka panjang ini lebih bermanfaat jika anda ingin menggandakan wang untuk mencapai matlamat yang lebih penting atau besar nilainya. Sebagai contoh untuk kegunaan setelah bersara.
Walaupun pelaburan jenis ini dikatakan agak berisiko kerana sesetengah bank atau skim simpanan akan menetapkan tempoh matang untuk anda mengeluarkan wang, namun sekiranya simpanan dilakukan secara konsisten, pelaburan anda akan terjamin.
Antara risiko lain yang mungkin dihadapi dari pelaburan jangka panjang adalah turun naik harga pasaran yang boleh mengakibatkan pelaburan anda mengalami kerugian.
Contoh Pelaburan Jangka Panjang:
- Pelaburan Saham
- Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust)

Ringkasan Mudah
Pelaburan Jangka Pendek
- Berisiko rendah
- Tempoh pulangan pelaburan boleh diperolehi kurang dari 5 tahun
- Pelaburan untuk mencapai matlamat dalam tempoh terdekat seperti membeli rumah atau bercuti
- Wang simpanan pelaburan adalah fleksibel dan boleh dikeluarkan apabila perlu
- Nilai faedah atau kadar

Pelaburan Jangka Panjang
- Berisiko tinggi
- Tempoh pulangan semula pelaburan akan mengambil sekurang-kurangya 5 tahun
- Pelaburan untuk masa depan seperti kegunaan setelah bersara atau membiayai kos pengajian anak di universiti
- Wang simpanan pelaburan hanya boleh dikeluarkan pada tempoh matang
- Nilai pelaburan akan turun naik mengikut harga pasaran

Jalan Alternatif Untuk Melabur
Jika anda sudah meneliti dan mengkaji satu per satu tetapi masih tidak pasti, terdapat satu lagi pilihan iaitu pelaburan jangka sederhana.
Pelaburan jenis ini makin popular sebagai pilihan melabur kerana anda boleh memilih sendiri tempoh matang pelaburan – secara lazimnya, di antara 2 hingga ke 10 tahun.
Sebagai contoh, pelaburan mata wang kripto. Skim ini memberi pilihan kepada pelabur untuk mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
Walau bagaimanapun, sudah pasti pelaburan jenis ini juga mempunyai risiko tersendiri. Antara risiko utama adalah nilai mata wang yang sering turun naik serta nilai pasaran tidak menentu.
Contoh Pelaburan Jangka Sederhana:
- Mata Wang Kripto
- Dana Dagangan Bursa

Pilihan Pelaburan Yang Tepat
Sebelum membuat sebarang pelaburan jangka panjang mahupun pendek, anda perlu mempertimbangkan serta menilai dengan teliti segala risiko yang bakal anda hadapi.
Tiada waktu yang tepat untuk anda mula melabur kerana segalanya bergantung pada diri anda dan matlamat kewangan yang ingin anda capai. Dengan Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh AIA, anda boleh memanfaatkan rangkaian yang tersedia ini untuk merancang simpanan serta memenuhi keperluan kewangan anda.
Bertanggungjawablah terhadap masa depan kewangan anda mulai hari ini dan melaburlah dengan bijak!

https://financial-lib.com/ms/are-long-term-or-short-term-investments-better/
https://kiiky.com/ms/kekayaan/pelaburan-jangka-pendek/
https://moremoney.my/best/types-of-investment-in-malaysia/
https://www.youtube.com/watch?v=F3yohTN8de4
https://www.aia.com.my/en/total-wealth-solution.html