Artikel berkaitan





Penularan COVID-19 bukan sahaja melumpuhkan ekonomi negara, malah memberi kesan terhadap kehidupan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang terjejas dari segi pendapatan. Walaupun diberikan moratorium bayaran balik pinjaman dan bantuan kewangan, ia masih tidak membantu menyelesaikan konflik kewangan seseorang secara menyeluruh. Pastinya ramai yang akan kembali menghadapi kesukaran sekiranya pengecualian atau penstrukturan bayaran yang diberikan sesebuah institusi kewangan itu berakhir.
Sekiranya anda mempunyai persiapan kewangan atau mempunyai tabung kecemasan, ia tidaklah terlalu membimbangkan.
Tapi, bagaimana pula jika sebaliknya?



Mulai hari ini, kenal pasti tahap kewangan anda untuk mengetahui kecukupan wang yang diperlukan berdasarkan tempoh, seperti:





PASTIKAN TABUNG KECEMASAN SELAMAT
Bagaimana dan di mana tabung kecemasan harus disimpan dengan selamat? Sorok di bawah tilam atau di dalam bekas beras dan peti besi? Jawapannya, tidak perlu. Anda boleh membuat pilihan dengan:

Kesimpulannya, tabung kecemasan adalah perlindungan kredit anda. Ia memastikan kestabilan kewangan dan keselamatan emosi anda. Binalah simpanan tabung kecemasan dari awal atau mulakan sekarang (jika anda belum melakukannya) kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Ambil iktibar daripada pandemik ini dan belajarlah menguruskan kewangan dengan bijak untuk masa depan yang lebih terjamin. Jika sesuatu terjadi kemudian hari, anda sudah bersedia untuk mengharungi cabaran dengan lebih tenang!

https://www.thebalance.com/is-your-emergency-fund-too-big-4142617
https://www.sinarharian.com.my/article/67672/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Ramai-tiada-wang-simpanan-kecemasan
https://www.stashaway.my/r/do-you-have-an-emergency-fund#:~:text=How%20much%20money%20should%20be,monthly%20savings%20or%20a%20mortgage).
https://www.kosmo.com.my/2020/08/23/perancangan-kewangan-untuk-waktu-kecemasan/
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/09/734909/pandemik-ajar-kepentingan-urus-kewangan
https://ctoscredit.com.my/personal-ms/bersedia-untuk-kecemasan-kewangan/?lang=ms