Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Sama ada untuk membiayai pendidikan anak, persaraan atau rumah idaman; anda boleh mengoptimumkan simpanan anda untuk mencapai impian dan matlamat kewangan jangka panjang anda.
Dapatkan maklumat lanjut tentang pilihan pelan simpanan dan pelaburan AIA yang boleh mengukuhkan dan mengembangkan kewangan anda. Pelan kami disesuaikan untuk memenuhi keperluan kewangan peribadi anda agar anda terus melabur untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Asas: Memberi anda perlindungan yang penting.
Komprehensif: Menyediakan perlindungan komprehensif untuk memenuhi keperluan anda.
Tambahan: Pelan fleksibel yang boleh ditambah kepada pelan perlindungan anda bagi memenuhi keperluan peribadi anda.
Pelan simpanan dan pelaburan membolehkan anda mencapai matlamat kewangan anda dengan membantu anda melindungi dan mengembangkan kekayaan anda agar anda sekeluarga boleh menikmati percutian impian, anak-anak anda mendapat pendidikan terbaik, menikmati persaraan tanpa kebimbangan dan juga meninggalkan legasi buat yang tersayang.
Pelan Perlindungan Hayat dan Pelan Simpanan dan Pelaburan secara dasarnya adalah berbeza. Dengan Perlindungan Hayat, keluarga anda akan mendapat jaminan kewangan sekiranya anda tidak lagi dapat menyara hidup mereka. Dengan pelan Simpanan dan Pelaburan, anda boleh mengembangkan kekayaan untuk memastikan anda mencapai matlamat kewangan anda yang boleh merangkumi matlamat pendidikan, persaraan, perancangan harta pusaka, membeli rumah impian serta matlamat-matlamat hidup yang lain.
Di AIA, kami ingin membantu anda memenuhi matlamat hidup anda. Pelan-pelan kami yang direka secara unik bukan sahaja diuruskan oleh pakar-pakar pelaburan kami, tetapi juga menggalakkan dan memberi ganjaran kepada anda kerana mengamalkan tabiat kewangan yang sihat. Apabila anda berusaha membuat pilihan yang lebih sihat menerusi AIA Vitality iaitu program kesihatan dan kesejahteraan kami, anda boleh terus menikmati manfaat bersepadu produk-produk seperti tambahan nilai akaun, tawaran eksklusif dan ganjaran.