pageheroimage

Pelan Insurans / Takaful

Perlindungan Hayat

Pelan insurans hayat dan takaful keluarga pada umumnya sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan di bawahnya yang memerlukan sokongan kewangan, komitmen kewangan yang perlu dijelaskan, atau matlamat perlindungan dan simpanan jangka panjang. Orang dewasa mungkin membeli pelan untuk hayat mereka sendiri atau untuk hayat orang-orang tersayang, seperti suami/isteri atau anak-anak. Bagi kanak-kanak di bawah umur, perlindungan biasanya diambil oleh ibu bapa atau penjaga sah, tertakluk kepada keperluan undang-undang yang berkenaan. Di AIA, kami menawarkan insurans hayat dan pelan Takaful di mana hayat yang diinsuranskan atau individu yang dilindungi boleh berumur dari seawal 14 hari dan sehingga 70 tahun pada masa penyertaan, dengan perlindungan sehingga umur 100 tahun, bergantung pada pelan.

Perlindungan insurans hayat atau takaful yang disediakan syarikat mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan jangka panjang anda. Perlindungan mungkin terhad, terikat dengan pekerjaan anda, atau mungkin tidak menyokong sepenuhnya komitmen kewangan keluarga anda pada masa depan. Menyediakan pelan insurans hayat atau takaful keluarga individu boleh memberikan perlindungan yang lebih tersesuai dan berterusan berdasarkan gaya hidup dan matlamat anda.

Pada amnya, terdapat tiga jenis pelan insurans hayat atau takaful yang disediakan: pelan perlindungan asas, pelan komprehensif, dan pelan perlindungan tambahan. Pelan asas menyediakan perlindungan asas terhadap kejadian seperti kematian atau hilang upaya. Pelan komprehensif mungkin menggabungkan perlindungan dengan unsur simpanan atau pelaburan, manakala pelan tambahan menyediakan perlindungan tambahan untuk keperluan perubatan, kemalangan, atau penyakit kritikal berdasarkan kemampuan dan gaya hidup anda.

Insurans hayat atau pelan takaful keluarga yang sesuai bergantung pada matlamat kewangan, bajet, komitmen keluarga, dan keperluan perlindungan anda. Individu yang mempunyai orang di bawah tanggungan, pinjaman, atau tanggungjawab kewangan jangka panjang mungkin memerlukan perlindungan yang lebih tinggi atau  lebih menyeluruh. Anda boleh berbincang dengan perancang hayat untuk membantu anda menentukan pelan yang sesuai dengan keperluan semasa dan masa depan anda.

Jumlah perlindungan yang anda perlukan bergantung pada faktor seperti pendapatan, komitmen kewangan, tanggungan, pinjaman belum dijelaskan, dan matlamat jangka panjang anda. Amat penting untuk memilih jumlah perlindungan yang dapat membantu menyokong orang-orang tersayang anda dan mengekalkan kestabilan kewangan dalam situasi yang tidak diduga.

Anda boleh berbincang dengan perancang hayat untuk lebih memahami pelan insurans hayat atau takaful dan pilihan perlindungan yang disediakan, serta manfaat perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda.

Insurans hayat dan takaful keluarga merupakan penyelesaian perlindungan kewangan yang direka untuk memberikan sokongan kepada anda dan orang-orang tersayang sekiranya berlaku situasi tidak diduga seperti kematian, hilang upaya menyeluruh kekal, atau kejadian dilindungi yang lain. Pelan ini membantu menyediakan jaminan kewangan dengan memberikan bayaran yang boleh digunakan untuk menyokong perbelanjaan hidup harian , komitmen kewangan masa depan, pendidikan anak-anak, atau hutang belum jelas. Perlindungan hayat penting kerana  membantu mengurangkan beban kewangan keluarga anda dan memberikan tahap ketenangan fikiran yang lebih tinggi, kerana mengetahui orang-orang tersayang akan menerima sokongan kewangan pada masa-masa sukar. Bergantung pada jenis pelan yang dipilih, sesetengah pelan juga mungkin meliputi ciri simpanan atau berkaitan pelaburan untuk menyokong matlamat kewangan jangka panjang.

 

Ya, pelan insurans hayat dan takaful keluarga umumnya boleh dibeli untuk suami / isteri atau anak-anak anda, tertakluk kepada keperluan kelayakan pelan dan terma dan syarat yang berkenaan. Ibu bapa sering membeli pelan perlindungan untuk anak-anak mereka sebagai jaminan kewangan jangka panjang atau manfaat simpanan, manakala suami/isteri mungkin mendapatkan perlindungan untuk membantu melindungi masa depan kewangan keluarga. Kelayakan perlindungan, umur penyertaan, dan manfaat perlindungan mungkin berbeza mengikut pelan yang dipilih.

Ya, sesetengah pelan insurans hayat dan takaful keluarga mungkin termasuk ciri simpanan atau berkaitan pelaburan selain liputan perlindungan. Pelan ini direka untuk menyediakan manfaat perlindungan kewangan sambil membantu individu membina nilai tunai atau menambah simpanan mereka secara beransur-ansur. Bergantung pada struktur pelan, sebahagian daripada caruman atau premium mungkin diperuntukkan kepada dana berkaitan pelaburan, yang mungkin menyokong matlamat kewangan jangka panjang seperti perancangan persaraan, pendidikan anak-anak, atau pengumpulan kekayaan.

Sebelum memilih pelan perlindungan hayat, anda hendaklah mempertimbangkan faktor seperti bajet, komitmen kewangan, bilangan orang di bawah tanggungan, gaya hidup, dan matlamat kewangan jangka panjang anda. Anda juga mungkin patut mempertimbangkan jumlah perlindungan, tempoh polisi, kemampuan membayar premium, manfaat perlindungan tambahan, dan sama ada pelan yang dipilih termasuk ciri penjimatan atau berkaitan pelaburan. Ramai orang membuat keputusan untuk memulakan perlindungan insurans hayat lebih awal kerana premium biasanya lebih termampu pada usia  lebih muda dan individu lazimnya lebih sihat semasa proses permohonan. Bermula lebih awal juga boleh membantu individu mendapatkan perlindungan yang lebih panjang dan membuat persiapan lebih baik untuk memenuhi tanggungjawab kewangan masa depan seperti selepas berkahwin, menjadi ibu bapa, memiliki rumah, atau merancang persaraan.

Perlindungan Perubatan

Semua orang boleh memanfaatkan pelan insurans / takaful perubatan — dan sebaik-baiknya anda hendaklah bermula ketika anda masih muda dan layak. Di AIA, pelan insurans  / takaful perubatan disediakan untuk orang diinsuranskan seawal kehamilan (13 minggu kehamilan untuk anak dalam kandungan) sehingga 70 tahun, dengan perlindungan sehingga 100 tahun.

Perlindungan perubatan yang disediakan oleh majikan adalah permulaan yang baik, tetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan peribadi anda kerana biasanya hanya perlindungan asas diberikan, dan mungkin tamat selepas anda meninggalkan syarikat, dan boleh mengakibatkan anda menanggung perbelanjaan sendiri bergantung pada skop pelan majikan.  Pelan insurans dan takaful perubatan  anda sendiri memberikan perlindungan berterusan, kawalan yang lebih baik terhadap manfaat, dan membantu melindungi simpanan anda daripada kenaikan kos perubatan.

Pemilihan insurans perubatan atau pelan takaful yang tepat hendaklah dibuat mengikut keperluan dan keutamaan penjagaan kesihatan anda. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan termasuk keperluan penjagaan kesihatan anda, perlindungan dan manfaat, had tahunan dan seumur hidup, serta ciri perkongsian kos. Anda boleh berbincang dengan perancang hayat untuk membantu mencari pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Kelayakan untuk insurans perubatan atau pelan takaful dinilai berdasarkan faktor seperti umur, keadaan kesihatan semasa, sejarah perubatan, gaya hidup, dan pekerjaan. Faktor-faktor ini membantu menentukan pilihan perlindungan anda, pendedahan, pengecualian, atau tempoh menunggu yang mungkin dikenakan.

Pelan perubatan bukan sahaja menyediakan manfaat perlindungan apabila anda tidak sihat, tetapi pelan terpilih yang digabungkan dengan AIA Vitality juga memberi ganjaran apabila membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat. Bergantung pada pelan yang dipilih, pemegang polisi mungkin menikmati perlindungan kesihatan tambahan, manfaat gaya hidup, dan potensi penjimatan premium atau caruman.

Anda boleh berhubung dengan Perancang Hayat AIA  atau menghubungi 1300-88-1899 untuk mengetahui lebih lanjut tentang insurans perubatan dan pelan takaful  dan pilihan perlindungan yang disediakan, serta manfaat yang sesuai dengan keperluan anda.

Insurans perubatan dan takaful membantu menampung perbelanjaan penjagaan kesihatan yang layak seperti kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pakar, dan kos perubatan lain. Langganan pelan perlindungan perubatan adalah penting kerana kos penjagaan kesihatan mungkin meningkat dari masa ke masa, terutamanya apabila berlaku kecemasan perubatan yang tidak diduga atau untuk rawatan jangka panjang. Pelan perubatan membantu mengurangkan beban kewangan daripada bil perubatan sambil memastikan anda dan keluarga anda boleh mendaptkan khidmat penjagaan kesihatan yang sewajarnya dan berkualiti apabila diperlukan.

Ya, insurans perubatan dan pelan takaful biasanya boleh dibeli untuk suami/isteri, anak-anak, atau ibu bapa anda, tertakluk kepada syarat kelayakan serta terma dan syarat pelan tersebut. Perlindungan perubatan keluarga boleh membantu mengurangkan kesan kewangan daripada perbelanjaan penjagaan kesihatan yang tidak diduga dan memberikan tahap ketenangan fikiran yang lebih tinggi kepada orang-orang tersayang anda. Kelayakan perlindungan, umur penyertaan, dan manfaat mungkin berbeza mengikut pelan yang dipilih.

Insurans perubatan membantu menampung kos penjagaan kesihatan dan rawatan yang layak seperti kemasukan hospital, pembedahan, dan penjagaan pakar. Insurans hayat pula memberikan sokongan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh kekal.  Insurans perubatan memberi tumpuan pada pengurusan kos penjagaan kesihatan, manakala insurans hayat membantu menjamin kedududkan kewangan jangka panjang keluarga anda. Ramai individu membuat keputusan untuk mendapatkan kedua-dua jenis perlindungan ini sebagai sebahagian daripada pelan kewangan yang lebih menyeluruh.

Sebelum memilih pelan insurans atau takaful perubatan , anda hendaklah mempertimbangkan faktor seperti keperluan penjagaan kesihatan , bajet, had perlindungan tahunan, kemudahan hospital, ciri dedukibel atau insurans bersama, dan kos perubatan masa depan. Selain perlindungan perubatan, sesetengah pelan juga mungkin merangkumi program kesihatan dan kesejahteraan yang menggalakkan gaya hidup lebih sihat. Bergantung pada pelan yang dipilih, pemegang polisi mungkin menikmati perlindungan kesihatan tambahan, ganjaran gaya hidup, atau potensi penjimatan premium dan caruman apabila meneruskan tabiat sihat dan menyempurnakan aktiviti kesejahteraan. Memulakan perlindungan perubatan awal juga boleh membantu individu membayar premium atau caruman yang lebih termampu sambil memastikan perlindungan jangka panjang terhadap kenaikan kos penjagaan kesihatan.

Perlindungan Penyakit Kritikal

Penyakit kritikal ialah keadaan perubatan serius yang boleh menjejaskan kesihatan, gaya hidup dan kewangan anda dengan ketara. Antara contoh penyakit kritikal umum termasuk kanser, serangan jantung dan strok. 

Rawatan dan pemulihan mungkin memerlukan penjagaan perubatan berterusan, pemulihan dan cuti sakit, yang boleh menyebabkan cabaran kewangan tambahan.

Di Malaysia, penyakit kritikal paling umum ialah kanser, serangan jantung dan strok. 

Keadaan ini boleh mengakibatkan perbelanjaan perubatan besar, kehilangan pendapatan, dan tempoh pemulihan panjang yang menekankan kepentingan untuk mendapatkan perlindungan kewangan yang sewajarnya.

Pelan perubatan dan pelan insurans/takaful penyakit kritikal memenuhi tujuan yang berbeza dan sebaik-baiknya diambil secara bersama.

Pelan perubatan membantu menampung kos kemasukan hospital dan rawatan manakala pelan insurans/takaful penyakit kritikal memberikan bayaran tunai jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi. 

Bayaran boleh membantu menampung:

  • Kehilangan pendapatan
  • Perbelanjaan hidup harian
  • Pembayaran balik pinjaman
  • Kos pemulihan dan rehabilitasi
     

Memiliki kedua-dua pelan boleh memberikan perlindungan lebih menyeluruh dengan memenuhi keperluan berbeza untuk pelbagai peringkat penyakit dan pemulihan. 

Penyakit serius boleh menjejaskan keupayaan anda untuk bekerja sedangkan komitmen kewangan anda tetap perlu diteruskan

Insurans penyakit kritikal memberikan bayaran tunai selepas diagnosis, yang boleh membantu anda: 

  • Menggantikan pendapatan yang hilang
  • Menguruskan perbelanjaan harian
  • Membayar komitmen kewangan sedia ada
  • Melindungi kos berkaitan pemulihan 
     

Manfaat perlindungan ini boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan dan memberikan ketenangan fikiran yang membolehkan anda memberi tumpuan terhadap pemulihan anda.

Pelan insurans/takaful penyakit kritikal menyediakan bayaran tunai apabila anda disahkan menghidap penyakit kritikal dilindungi, seperti kanser, serangan jantung atau strok. 

Apabila tuntutan diluluskan, bayaran dibuat terus kepada anda dan boleh digunakan mengikut keperluan anda. Jumlah yang dibayar bergantung kepada perlindungan polisi/sijil dan kelayakan tuntutan.

Pilih pelan yang sesuai dengan komitmen kewangan, gaya hidup, dan bajet anda.

Apabila membandingkan pelan, pertimbangkan faktor seperti:

  • Jumlah perlindungan
  • Jenis penyakit yang dilindungi
  • Peringkat perlindungan (awal, pertengahan, atau lanjutan)
  • Struktur manfaat dan pembayaran
  • Kemampuan membayar premium/caruman
  • Terma, syarat, dan pengecualian polisi/sijil
     

Pelan yang sesuai harus menyediakan perlindungan kewangan yang mencukupi disamping mampu milik dan boleh dibayar dalam tempoh jangka panjang.

Jumlah yang dibayar bergantung pada jumlah perlindungan dan pelan yang dipilih.

Sebagai contoh, jika anda memilih jumlah perlindungan RM100,000, anda mungkin menerima sehingga RM100,000 jika tuntutan sah dikemukakan, tertakluk kepada terma polisi/sijil.

Sesetengah pelan, seperti A-Plus Critical Multi, juga mungkin memberikan bayaran untuk peringkat penyakit yang berbeza berdasarkan perlindungan polisi.

Sebagai panduan am, anda boleh mendapatkan perlindungan penyakit kritikal kira-kira 8 kali ganda pendapatan tahunan anda.

Ini boleh membantu memberikan sokongan kewangan untuk:

  • Menggantikan pendapatan
  • Perbelanjaan harian
  • Pembayaran balik pinjaman
  • Kos berkaitan pemulihan
     

Perhatian: Panduan di atas hanyalah cadangan am, berdasarkan tempoh lazim yang berkaitan dengan keadaan umum tertentu. Perlindungan sebenar yang anda perlukan mungkin berbeza bergantung pada pendapatan, komitmen kewangan dan tanggungjawab keluarga anda.

Premium/Caruman anda bergantung pada faktor seperti:

  • Umur
  • Jumlah perlindungan
  • Keadaan kesihatan
  • Jenis pelan yang dipilih
     

Pilih premium/caruman yang sesuai mengikut kemampuan anda agar anda boleh mengekalkan perlindungan dalam jangka panjang. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Pilih pelan yang anda mampu bayar dengan selesa untuk jangka  panjang.

Anda hendaklah menyemak perlindungan anda secara berkala, terutamanya jika:

  • Pendapatan anda berubah
  • Perbelanjaan anda meningkat
  • Komitmen keluarga anda berubah
     

Ini membantu memastikan perlindungan anda kekal relevan dan mampu milik dari masa ke semasa.

Anda mungkin dikehendaki menyediakan perkara berikut semasa memohon pelan penyakit kritikal: 

  • Butiran peribadi dan perakuan kesihatan
  • Maklumat sejarah perubatan dan gaya hidup
     

Bergantung pada umur atau keadaan kesihatan anda, laporan perubatan tambahan atau pemeriksaan kesihatan mungkin diperlukan.

Menyediakan maklumat yang tepat membantu memastikan proses permohonan dan tuntutan yang lebih lancar.

Pelaburan & Simpanan

Pelan simpanan dan pelaburan boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda sambil menyediakan perlindungan insurans atau takaful. Sebahagian daripada premium atau caruman anda diperuntukkan kepada dana berkaitan pelaburan yang boleh membantu anda membina nilai secara beransur-ansur. Oleh kerana nilai pelaburan boleh naik atau turun mengikut keadaan pasaran, pelan ini sesuai untuk individu yang mahu menjana pertumbuhan jangka panjang dan memahami risiko yang berkaitan dengannya.

AIA menawarkan pelbagai pelan simpanan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi matlamat kewangan dan keperluan perlindungan berlainan. Oleh kerana matlamat kewangan setiap orang berbeza, pelanggan digalakkan untuk berbincang dengan Perancang Hayat AIA untuk mendapatkan panduan dan cadangan khusus berdasarkan keperluan dan tahap toleransi risiko mereka.

Pelanggan digalakkan untuk menilai semula bajet, matlamat simpanan, dan keperluan kewangan jangka panjang mereka secara berkala. Mesin pengira kewangan dan penilaian kewangan profesional boleh membantu individu memahami sama ada simpanan dan pelan pelaburan semasa mereka selari dengan matlamat masa depan dan keperluan perlindungan mereka.

Pelan simpanan dan pelaburan terpilih mungkin menawarkan manfaat tambahan melalui keahlian AIA Vitality. Ahli boleh menikmati ganjaran, manfaat gaya hidup, dan nilai tambahan apabila mengekalkan tabiat sihat dan menyertai aktiviti kesejahteraan yang layak, tertakluk kepada kelayakan pelan.

Pelanggan boleh berhubung dengan Perancang Hayat AIA atau menghubungi perkhidmatan sokongan pelanggan AIA untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan simpanan dan berkaitan pelaburan yang disediakan, perancangan matlamat kewangan, dan penyelesaian perlindungan yang memenuhi keperluan mereka.

Pelan insurans atau takaful berkaitan pelaburan menggabungkan perlindungan dengan peluang pelaburan dalam satu pelan. Sebahagian daripada premium atau caruman digunakan untuk perlindungan insurans atau takaful, manakala sebahagian lagi dilaburkan ke dalam dana berkaitan pelaburan terpilih. Pelan ini direka untuk membantu individu membina nilai kewangan jangka panjang disamping mengekalkan perlindungan kewangan terhadap kejadian yang tidak diduga.

Ya, pelan simpanan dan pelaburan yang terpilih mungkin memberikan fleksibiliti untuk menyesuaikan perlindungan, jumlah caruman, rider, atau peruntukan dana berdasarkan keutamaan kewangan dan peringkat hidup anda yang berubah. Fleksibiliti ini membolehkan individu menyemak dan menyesuaikan rancangan mereka dari masa ke masa untuk menyokong matlamat kewangan jangka panjang, komitmen keluarga, atau keperluan perancangan persaraan dengan lebih baik.

Pelan berkaitan pelaburan terdedah kepada risiko pasaran kerana nilai dana pelaburan asas boleh naik atau turun mengikut keadaan pasaran. Pulangan tidak dijamin dan nilai polisi mungkin berubah-ubah dari masa ke masa. Individu harus mempertimbangkan matlamat kewangan, jangka masa pelaburan, dan toleransi risiko sebelum memilih pelan. Penyertaan jangka panjang mungkin membantu menangani turun naik pasaran dalam jangka pendek.

Bermula awal memberi simpanan dan pelaburan anda lebih masa untuk meningkatkan nilai melalui pengumpulan dan pulangan terkompaun jangka panjang. Langkah ini juga boleh membantu individu membina disiplin kewangan yang lebih kukuh, bersedia untuk peristiwa hidup masa depan, menangani inflasi, dan mencapai matlamat jangka panjang seperti perancangan pendidikan, persaraan, atau pengumpulan kekayaan dengan potensi mengurangkan beban kewangan dalam tempoh yang mendatang.

Bergantung pada pelan insurans atau takaful simpanan dan berkaitan pelaburan yang dipilih, kemudahan pengeluaran sebahagian atau penggunaan nilai terkumpul mungkin disediakan, tertakluk kepada terma dan syarat pelan. Bagaimanapun,  pengeluaran yang dibuat boleh mengurangkan nilai polisi atau sijil, menjejaskan potensi pertumbuhan masa depan, atau memberi kesan ke atas perlindungan. Individu digalakkan untuk menilai semula matlamat kewangan jangka panjang mereka dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan pengeluaran.

Perlindungan Kemalangan

Kami menggalakkan semua orang untuk mendapatkan pelan insurans kemalangan diri kerana malang tidak berbau. Langkah ini memastikan anda dan yang tersayang menerima sokongan kewangan sewajarnya jika anda ditimpa kemalangan.

Kelayakan insurans ditentukan mengikut individu setelah mengambil kira faktor seperti umur, keadaan perubatan, gaya hidup dan pekerjaan. Ini membantu memastikan bahawa perlindungan yang ditawarkan adalah sesuai dengan keperluan dan keadaan anda.

Perlindungan anda masih sah sehingga anda mencapai had usia perlindungan pelan anda dan selagi anda masih membuat bayaran bulanan anda (premium). Jika anda gagal membuat pembayaran premium, perlindungan anda boleh ditamatkan dan pelan anda terbatal.

AIA menawarkan dua jenis pelan insurans kemalangan peribadi yang memenuhi keperluan berbeza:

Komprehensif: Memberi perlindungan menyeluruh bagi keperluan anda.
Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan asas anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Lihat semua pelan Perlindungan Kemalangan kami di sini

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.