- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
Manfaat

Ganjaran dengan AIA Vitality
Daftar untuk AIA Vitality untuk menikmati Bonus Tunai Tahunan Vitality sehingga 20% daripada premium tahunan rider apabila anda melampirkan A-Plus Critical Multi kepada polisi A-Life Cover anda — ditambah lagi membuka manfaat tambahan berdasarkan status keahlian anda.
Soalan Lazim
A Plus Critical Multi ialah pelan insurans penyakit kritikal yang dirangka untuk menyokong anda sekiranya menghidap penyakit kritikal di pelbagai peringkat.
Pelan ini menyediakan manfaat perlindungan sehingga 180 penyakit kritikal, dari peringkat awal hingga lanjutan, agar anda dapat menerima sokongan kewangan tanpa mengira masa diagnosis penyakit.
Berbeza dengan pelan yang menawarkan pembayaran sekali sahaja, A Plus Critical Multi direka untuk terus menyokong anda dari masa ke masa agar anda kekal dilindungi walaupun keadaan anda bertambah teruk atau jika menghidap penyakit baharu.
A Plus Critical Multi adalah unik kerana dirangka untuk menyokong anda berulang kali ketika anda paling memerlukannya.
Berikut antara manfaat utamanya:
- Perlindungan di setiap peringkat -
Anda dilindungi dari tanda-tanda awal penyakit hingga keadaan yang lebih serius, membantu anda mendapatkan rawatan lebih awal dan menguruskan pemulihan dengan lebih baik. - Mengembalikan semula perlindungan anda -
Jika anda membuat tuntutan untuk penyakit peringkat awal hingga pertengahan, perlindungan anda boleh dikembalikan kepada 100% selepas tempoh tertentu (tertakluk kepada terma), jadi anda kekal dilindungi jika keadaan anda bertambah teruk di masa hadapan. - Sokongan jika penyakit kembali atau menghidap penyakit baharu -
Anda boleh membuat tuntutan lain jika kanser, strok, atau serangan jantung kembali, atau jika anda disahkan mengalami keadaan lain yang dilindungi. - Perlindungan berterusan dari masa ke masa -
Pelan ini dirangka untuk terus melindungi anda apabila keadaan kesihatan anda berubah—supaya anda mendapat sokongan kewangan pada peringkat berbeza dan boleh dilindungi berulang kali.
Perlindungan A-Plus Critical Multi meliputi pelbagai jenis penyakit kritikal, sehingga 180 penyakit, dari peringkat awal hingga lanjutan.
Beberapa penyakit umum yang dilindungi termasuk:
- Kanser
- Serangan jantung
- Strok
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Kegagalan buah pinggang
- Pemindahan organ utama
Selain itu, pelan ini juga melindungi banyak penyakit peringkat lanjutan lain, dan penyakit peringkat awal hingga pertengahan, jadi anda boleh menerima sokongan walaupun sebelum keadaan bertambah teruk.
Untuk senarai penuh penyakit yang dilindungi, sila rujuk di sini.
Jika anda merupakan ahli AIA Vitality, anda boleh menikmati ganjaran dan penjimatan tambahan dengan A-Plus Critical Multi apabila disertakan bersama A-Life Cover.
Satu manfaat utama ialah anda boleh menerima semula sehingga 20% daripada jumlah premium tahunan anda setiap tahun, bergantung pada status AIA Vitality anda.
Semakin tinggi status anda (contohnya Emas atau Platinum), semakin banyak yang boleh anda terima.
Bagaimana ini membawa manfaat kepada anda
- Terima ganjaran kerana kekal sihat
- Pilihan gaya hidup sihat anda boleh membantu anda menikmati ganjaran yang lebih tinggi
- Penjimatan premium dari masa ke masa
- Menerima semula sehingga 20% premium membantu mengurangkan kos keseluruhan anda
- Terima lebih nilai daripada perlindungan anda
- Anda menerima perlindungan kewangan dan ganjaran berterusan
Ini bermakna anda boleh menikmati penjimatan sebenar sambil kekal terlindung, menerusi ganjaran yang berkaitan dengan gaya hidup sihat anda.
Seperti kebanyakan pelan insurans, A-Plus Critical Multi mengenakan pengecualian tertentu yang tidak dilindungi di bawah polisi. Antaranya termasuk keadaan sedia ada, penyakit yang didiagnosis dalam tempoh menunggu, atau keadaan yang secara khusus dikecualikan dalam kontrak polisi. Anda digalakkan agar membaca bahagian pengecualian dengan teliti bagi mengelakkan salah faham semasa tuntutan.
Insurans penyakit kritikal membantu memberikan sokongan kewangan apabila seseorang mengalami keadaan kesihatan serius yang mungkin menjejaskan keupayaannya untuk bekerja dan menguruskan perbelanjaan harian. Dengan perlindungan daripada AIA, pelanggan boleh menerima bayaran apabila disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi, yang akan membantu menampung kos rawatan perubatan, perbelanjaan pemulihan, komitmen isi rumah, atau penggantian pendapatan. Perlindungan seperti ini boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan dalam situasi sukar.
Ya, seperti kebanyakan pelan insurans penyakit kritikal, A-Plus Critical Multi mempunyai tempoh menunggu.
Ini bermakna anda perlu menunggu tempoh tertentu selepas polisi bermula sebelum anda boleh membuat tuntutan untuk keadaan tertentu (tertakluk kepada terma polisi).
Anda hendaklah menyemak syarat-syarat tempoh menunggu dengan teliti untuk lebih memahami bila manfaat perlindungan layak digunakan.
A-Plus Critical Multi ialah pelan insurans penyakit kritikal yang hanya melindungi penyakit kritikal.
Pelan ini membuat bayaran sekaligus apabila anda disahkan menghidap penyakit kritikal peringkat awal hingga pertengahan yang dilindungi, seperti kanser, serangan jantung, atau strok.
Sila ambil perhatian bahawa:
- Pelan ini berbeza daripada insurans perubatan, yang menanggung bil hospital dan kos rawatan
- Pelan ini tidak termasuk manfaat kematian atau perlindungan perubatan secara tersendiri
Untuk mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh, ramai memilih untuk menggabungkan:
- Pelan perubatan (untuk menampung kos hospital dan rawatan)
- Pelan insurans hayat (untuk menyediakan manfaat kematian)
- Pelan penyakit kritikal (untuk menyediakan sokongan kewangan semasa sakit)
Antara penyakit kritikal yang paling umum termasuk kanser, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, dan penyakit berkaitan organ utama. Penyakit tersebut sering dikaitkan dengan kos perubatan yang tinggi dan tempoh pemulihan yang panjang. Pelan yang ditawarkan oleh AIA dirangka untuk memberikan perlindungan kewangan terhadap penyakit terpilih yang dilindungi berdasarkan terma dan syarat polisi.
Insurans penyakit kritikal berfungsi dengan memberikan bayaran sekali gus jika pemegang polisi disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi seperti yang dinyatakan dalam polisi. Di bawah pelan yang ditawarkan oleh AIA, bayaran secara lazimnya boleh digunakan mengikut keperluan pelanggan, seperti membayar rawatan perubatan, perbelanjaan pemulihan, kos sara hidup harian, atau komitmen kewangan lain. Jumlah yang dibayar dan kelayakan untuk tuntutan bergantung pada perlindungan polisi, peringkat penyakit, dan keperluan tuntutan.
Apabila memilih pelan insurans penyakit kritikal daripada AIA, pelanggan harus mempertimbangkan faktor-faktor seperti tahap perlindungan yang diperlukan, jenis penyakit yang dilindungi, manfaat tuntutan, bajet, tempoh menunggu, dan pengecualian polisi. Pelanggan hendaklah menyemak sama ada pelan ini menyediakan perlindungan untuk penyakit peringkat awal, pertengahan, dan lanjutan, serta bagaimana manfaatnya sesuai dengan keperluan kewangan peribadi dan penjagaan kesihatan.
Jumlah bayaran untuk insurans penyakit kritikal daripada AIA bergantung pada jumlah perlindungan yang dipilih, terma polisi, dan jenis atau peringkat penyakit yang dituntut. Pelanggan yang layak boleh menerima bayaran sekali gus selepas disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat polisi dan kelulusan tuntutan yang berjaya. Bayaran ini bertujuan membantu pelanggan menguruskan tanggungjawab kewangan dan perbelanjaan berkaitan perubatan semasa rawatan dan pemulihan.
Ya, bergantung pada terma polisi dan kelayakan anda, pelanggan mungkin boleh menaik taraf atau meningkatkan perlindungan mereka untuk pelan A-Plus Critical Multi dengan AIA pada masa hadapan. Antaranya termasuk meningkatkan jumlah perlindungan, menambah rider perlindungan tambahan, atau melengkapkan pelan dengan pilihan perlindungan penyakit kritikal atau perlindungan berkaitan pemulihan lain yang ditawarkan oleh AIA.
Kedua-dua pelan A-Plus Critical Multi dan A-Plus Critical Assure merupakan pelan penyakit kritikal daripada AIA, tetapi masing-masing dirangka untuk memenuhi keperluan berbeza.
A-Plus Critical Multi dirangka untuk memberikan sokongan berterusan sepanjang perjalanan kesihatan anda. Pelan ini menawarkan:
- Perlindungan untuk sehingga 180 penyakit kritikal, dari peringkat awal hingga lanjutan
- Keupayaan untuk mengembalikan perlindungan anda selepas tuntutan peringkat awal hingga pertengahan (tertakluk kepada terma), agar anda kekal dilindungi jika keadaan anda bertambah teruk
- Sokongan berterusan jika penyakit anda kembali atau jika anda menghidapi penyakit lain
Ia menjadikan pelan ini sesuai jika anda mahukan perlindungan yang boleh menyokong anda di peringkat penyakit yang berbeza dan dari masa ke masa agar anda boleh dilindungi berulang kali dan bukan hanya bergantung pada bayaran sekali sahaja.
A-Plus Critical Assure ialah pelan yang lebih ringkas yang memberi tumpuan kepada keadaan peringkat lanjutan. Pelan ini:
- Melindungi penyakit kritikal peringkat lanjutan sahaja
- Memberikan bayaran sekali gus sebanyak sekali sahaja selepas didiagnosis
Pilihan ini sesuai untuk mereka yang inginkan perlindungan mudah dengan bayaran sekali sahaja untuk penyakit peringkat lanjutan.
Penyakit kritikal ialah keadaan perubatan serius yang boleh memberi kesan besar kepada kesihatan, gaya hidup, dan kewangan anda. Contoh penyakit umum termasuk kanser, serangan jantung, dan strok.
Rawatan dan pemulihan mungkin memerlukan penjagaan perubatan berterusan, tidak mampu bekerja yang boleh menimbulkan cabaran kewangan tambahan.
Pelan perubatan dan insurans penyakit kritikal mempunyai tujuan yang berbeza dan sebaik-baiknya digabungkan bersama.
Pelan perubatan membantu menampung kos hospital dan rawatan, manakala insurans penyakit kritikal memberikan bayaran tunai jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.
Bayaran boleh membantu menampung:
- Kehilangan pendapatan
- Perbelanjaan harian
- Pembayaran balik pinjaman
- Kos pemulihan dan rehabilitasi
Memiliki kedua-dua pelan boleh memberikan perlindungan kewangan yang lebih lengkap.
Penyakit serius boleh menjejaskan keupayaan anda untuk bekerja sedangkan komitmen kewangan anda masih berterusan.
Insurans penyakit kritikal memberikan bayaran tunai selepas ddiiagnosis, yang boleh membantu anda:
- Menggantikan pendapatan yang hilang
- Mengurus perbelanjaan harian
- Membayar komitmen kewangan berterusan
- Menampung kos berkaitan pemulihan
Ini boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan dan memberi ketenangan fikiran semasa pemulihan.
Terma & Syarat
- Maklumat di atas adalah tidak menyeluruh. Anda digalakkan untuk mendapatkan satu salinan Lembaran Pendedahan Produk dan Ilustrasi Jualan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini. Untuk penjelasan terperinci berkenaan manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk kepada kontrak polisi.
- AIA Vitality adalah sebuah program yang memberi sokongan dan ganjaran kepada ahlinya yang membuat pilihan yang lebih sihat setiap hari dan ia ditawarkan oleh AIA Health Services Sdn. Bhd. (199601016211 (388561-T)). Sila layari halaman ini untuk maklumat lanjut.