Penjagaan Kesihatan Berkualiti Disediakan Untuk Anda

Pelan insurans dan takaful perubatan komprehensif kami memastikan anda boleh menerima penjagaan kesihatan berkualiti, disamping melindungi anda daripada kos perubatan yang semakin meningkat.

Dengan program AIA Vitality yang disepadukan dengan pelan perubatan kami, tawaran kami melangkaui perlindungan ketika anda sakit.  Kami turut memberi ganjaran apabila anda membuat pilihan lebih sihat dengan menikmati perlindungan kesihatan tambahan serta pelbagai manfaat gaya hidup. 

Mengapa anda perlu mendapatkan Pelan Perubatan?

Soalan Lazim

Semua orang boleh memanfaatkan pelan insurans / takaful perubatan — dan sebaik-baiknya anda hendaklah bermula ketika anda masih muda dan layak. Di AIA, pelan insurans  / takaful perubatan disediakan untuk orang diinsuranskan seawal kehamilan (13 minggu kehamilan untuk anak dalam kandungan) sehingga 70 tahun, dengan perlindungan sehingga 100 tahun.

Perlindungan perubatan yang disediakan oleh majikan adalah permulaan yang baik, tetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan peribadi anda kerana biasanya hanya perlindungan asas diberikan, dan mungkin tamat selepas anda meninggalkan syarikat, dan boleh mengakibatkan anda menanggung perbelanjaan sendiri bergantung pada skop pelan majikan.  Pelan insurans dan takaful perubatan  anda sendiri memberikan perlindungan berterusan, kawalan yang lebih baik terhadap manfaat, dan membantu melindungi simpanan anda daripada kenaikan kos perubatan.

Pemilihan insurans perubatan atau pelan takaful yang tepat hendaklah dibuat mengikut keperluan dan keutamaan penjagaan kesihatan anda. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan termasuk keperluan penjagaan kesihatan anda, perlindungan dan manfaat, had tahunan dan seumur hidup, serta ciri perkongsian kos. Anda boleh berbincang dengan perancang hayat untuk membantu mencari pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Kelayakan untuk insurans perubatan atau pelan takaful dinilai berdasarkan faktor seperti umur, keadaan kesihatan semasa, sejarah perubatan, gaya hidup, dan pekerjaan. Faktor-faktor ini membantu menentukan pilihan perlindungan anda, pendedahan, pengecualian, atau tempoh menunggu yang mungkin dikenakan.

Pelan perubatan bukan sahaja menyediakan manfaat perlindungan apabila anda tidak sihat, tetapi pelan terpilih yang digabungkan dengan AIA Vitality juga memberi ganjaran apabila membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat. Bergantung pada pelan yang dipilih, pemegang polisi mungkin menikmati perlindungan kesihatan tambahan, manfaat gaya hidup, dan potensi penjimatan premium atau caruman.

Anda boleh berhubung dengan Perancang Hayat AIA  atau menghubungi 1300-88-1899 untuk mengetahui lebih lanjut tentang insurans perubatan dan pelan takaful  dan pilihan perlindungan yang disediakan, serta manfaat yang sesuai dengan keperluan anda.

Insurans perubatan dan takaful membantu menampung perbelanjaan penjagaan kesihatan yang layak seperti kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pakar, dan kos perubatan lain. Langganan pelan perlindungan perubatan adalah penting kerana kos penjagaan kesihatan mungkin meningkat dari masa ke masa, terutamanya apabila berlaku kecemasan perubatan yang tidak diduga atau untuk rawatan jangka panjang. Pelan perubatan membantu mengurangkan beban kewangan daripada bil perubatan sambil memastikan anda dan keluarga anda boleh mendaptkan khidmat penjagaan kesihatan yang sewajarnya dan berkualiti apabila diperlukan.

Ya, insurans perubatan dan pelan takaful biasanya boleh dibeli untuk suami/isteri, anak-anak, atau ibu bapa anda, tertakluk kepada syarat kelayakan serta terma dan syarat pelan tersebut. Perlindungan perubatan keluarga boleh membantu mengurangkan kesan kewangan daripada perbelanjaan penjagaan kesihatan yang tidak diduga dan memberikan tahap ketenangan fikiran yang lebih tinggi kepada orang-orang tersayang anda. Kelayakan perlindungan, umur penyertaan, dan manfaat mungkin berbeza mengikut pelan yang dipilih.

Insurans perubatan membantu menampung kos penjagaan kesihatan dan rawatan yang layak seperti kemasukan hospital, pembedahan, dan penjagaan pakar. Insurans hayat pula memberikan sokongan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh kekal.  Insurans perubatan memberi tumpuan pada pengurusan kos penjagaan kesihatan, manakala insurans hayat membantu menjamin kedududkan kewangan jangka panjang keluarga anda. Ramai individu membuat keputusan untuk mendapatkan kedua-dua jenis perlindungan ini sebagai sebahagian daripada pelan kewangan yang lebih menyeluruh.

Sebelum memilih pelan insurans atau takaful perubatan , anda hendaklah mempertimbangkan faktor seperti keperluan penjagaan kesihatan , bajet, had perlindungan tahunan, kemudahan hospital, ciri dedukibel atau insurans bersama, dan kos perubatan masa depan. Selain perlindungan perubatan, sesetengah pelan juga mungkin merangkumi program kesihatan dan kesejahteraan yang menggalakkan gaya hidup lebih sihat. Bergantung pada pelan yang dipilih, pemegang polisi mungkin menikmati perlindungan kesihatan tambahan, ganjaran gaya hidup, atau potensi penjimatan premium dan caruman apabila meneruskan tabiat sihat dan menyempurnakan aktiviti kesejahteraan. Memulakan perlindungan perubatan awal juga boleh membantu individu membayar premium atau caruman yang lebih termampu sambil memastikan perlindungan jangka panjang terhadap kenaikan kos penjagaan kesihatan.

Baca di sini untuk mendapatkan jawapan kepada soalan anda berkenaan pelan insurans hayat / takaful keluarga perubatan.

Kongsi