Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

Kesihatan & Kesejahteraan
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • 4 Jenis Senaman Untuk Capai Kesihatan Optimum

    30/08/2022

    01/02/2023

    KHAI XUÂN RỰC RỠ


    01/02/2023

    KHAI XUÂN RỰC RỠ CÙNG AIA EXCHANGE


    01/02/2023

    KHAI XUÂN RỰC RỠ CÙNG NEST BY AIA


    Senaman Untuk Mencapai Kesihatan Optimum - AIA Malaysia

    Melakukan satu jenis senaman sahaja sememangnya tidak mencukupi untuk mencapai tahap kesihatan optimum.

    Mungkin ada di antara kita yang sudah selesa dengan berjoging, dan menjadikannya senaman rutin setiap minggu. Sama juga seperti mereka yang lebih gemar berbasikal, skipping, berenang, dan lain-lain.

    Tidak ada salahnya jika hanya melakukan satu jenis senaman, cuma rutin seperti ini bersifat tidak menyeluruh dan tidak mampu membantu seseorang mencapai kesihatan optimum tubuh badan, walau dilakukan berulang kali.

    Nak kempiskan perut yang boroi? Jom ketahui caranya!

    Oleh itu, apakah senaman lain yang boleh dilakukan sebagai tambahan kepada rutin senaman anda? Jom cuba praktikkan senaman daripada 4 kumpulan di bawah.

    4 Kumpulan Senaman

    Jenis-jenis senaman ini pastinya memberi banyak manfaat kepada anda jika dilakukan secara konsisten.

    Mari kita huraikan satu per satu:

    1. Kardio / Aerobik

     Manfaat Melakukan Senaman Untuk Gaya Hidup Sihat - AIA Malaysia

    Senaman kardio / aerobik adalah senaman yang paling popular di kalangan masyarakat tempatan. Ianya mudah dilakukan dan selalunya tidak memerlukan sebarang peralatan senaman.

    Contohnya seperti berjoging, senaman berjalan laju (brisk walking), berenang, berbasikal dan bermain bola sepak.

    Senaman jenis kardio / aerobik ini berperanan untuk meningkatkan denyutan jantung bagi mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Ini memastikan sistem peredaran darah dapat berfungsi dengan lancar tanpa sebarang halangan.

    Selain itu, senaman-senaman ini menjadikan seseorang mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, strok, dan kencing manis.

    Jom lakukan senaman dan sertai Weekly Challenge Program AIA Vitality! Selain bersenam, anda boleh merebut ganjaran yang ditawarkan. Jangan lupa untuk mengumpul mata AIA Vitality dan tebus ganjaran hebat!

    2. Latihan Kekuatan

    Kebaikan Buat Senaman Harian - AIA Malaysia

    Sesuai dengan namanya, senaman ini bertujuan untuk membina kekuatan tulang dan otot.

    Contohnya seperti angkat berat, tekan tubi, plank, dan banyak lagi. Secara amnya, senaman jenis kekuatan ini banyak melibatkan pergerakan menggunakan otot anda.

    Ramai yang menyifatkan senaman ini hanya spesifik untuk mereka yang ingin membina badan. Namun hakikatnya, ia merupakan satu elemen senaman yang penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian bagi membantu memperbaiki komposisi tubuh dan menguatkan otot badan.

    Ia juga mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme secara keseluruhan.

    3. Fleksibiliti

    Buat Senaman Membantu Memperbaiki Komposisi Tubuh Badan - AIA Malaysia

    Apabila sistem peredaran darah sudah lancar dan otot menjadi semakin kuat, jangan lupa juga untuk melakukan senaman fleksibiliti atau regangan.

    Senaman regangan membantu melenturkan otot, memperbaiki fungsi sendi dan menjadikan badan lebih fleksibel. Pergerakan badan yang lebih bebas dapat mengelakkan kecederaan ketika melakukan aktiviti harian.

    Antara senaman yang popular adalah yoga, pilates, senaman regangan (stretching) dan pelbagai lagi.

    4. Keseimbangan

    Senaman Dapat Membantu Meningkatkan Kadar Metabolisme - AIA Malaysia

    Semakin meningkat usia, semakin kurang keseimbangan badan. Masalah ini sering dihadapi golongan tua atau warga emas.

    Oleh itu, amat penting untuk melakukan senaman keseimbangan sementara anda masih muda dan bertenaga. Ini bertujuan memperbaiki keupayaan untuk mengawal keseimbangan badan agar tidak mudah jatuh.

    Contoh yang paling mudah adalah berdiri dengan hanya menggunakan sebelah kaki seperti dalam gambar di atas, melakukan senaman tai chi dan berjalan dalam satu garisan lurus.

    Hargai Tubuh Anda

    Gaya hidup sihat merupakan asas paling utama dalam mencapai kesihatan tubuh badan yang optimum. Apa tunggu lagi, jom praktikkan empat jenis senaman ini dalam rutin senaman anda dan lihat sendiri perubahan yang berlaku pada diri anda!



    Nak kempiskan perut yang boroi? Jom ketahui caranya!

    Baca Juga

    12/04/2021

    Mitos Dan Fakta Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Bijak


    Nak turunkan berat badan dengan efektif? Persiapkan diri dengan mengambil tahu fakta sebenar agar tidak tertipu dengan mitos.

    17/05/2021

    Jom Sihat “K-Pop Style” - Hana, Dul, Set, Net!


    Ramai peminat K-Pop di Malaysia mampu menghafal dan mengikuti koreografi di dalam muzik video. Apa kata jadikannya satu bentuk senaman!

    09/08/2021

    Makanan Korea: Sedap vs Sihat


    Makanan Korea lazim menggunakan bahan semula jadi yang berkhasiat dalam masakannya tapi ada juga makanan Korea yang kurang sihat.

    Disyorkan untuk anda

    AIA Vitality

    AIA Vitality

    AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.



    One Second Survey
    One Second Survey
    ×
    One Second Survey

    What do you think of this article?

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman