Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi sepanjang Ramadhan:
      Isnin – Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

Kewangan & Insurans
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Dilema Anak Muda: Beli kereta atau rumah dahulu?

    Man Holding Paper Car and House

    Anda sudah berjaya menamatkan pengajian dan telah memulakan kerjaya anda? Tahniah! Semestinya kini anda ingin memiliki sebuah kereta ataupun rumah sendiri bagi kehidupan yang lebih selesa. Walaubagaimanapun, dilema yang sering melanda para graduan adalah sama ada membeli kereta atau rumah terlebih dahulu.

    Kebanyakan kita menyedari bahawa membeli rumah lebih digalakkan sebagai jaminan pelaburan disebabkan nilai pasarannya yang akan meningkat malah boleh dijadikan kediaman sendiri pada masa hadapan. Berlainan pula dengan kereta yang mana nilai pasarannya akan menyusut setiap tahun. Tetapi, disebabkan proses pembelian rumah yang rumit ditambah pula dengan nilai pelaburan yang tinggi, ia membuatkan sebahagian besar golongan muda memilih untuk membeli kereta terlebih dahulu.

    Walaupun membeli rumah merupakan keputusan yang arif, namun tidak semestinya ia keputusan yang tepat bagi setiap individu. Lain orang, lain keinginannya. Usah risau, ikuti tips-tips berikut untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik.

    Woman Thinking

    1. Teliti kos keseluruhan

    Business woman using calculator

    Terutama sekali, anda haruslah meneliti kos keseluruhan bagi pembelian kereta atau rumah impian anda. Jangan hanya memikirkan harga yang ditawarkan sahaja kerana terdapat pelbagai kos-kos tambahan yang perlu disertakan dengan setiap pembelian kereta mahupun rumah seperti kos penyelenggaraan, insurans dan sebagainya.

    Sebagai contoh, sekiranya anda membeli kereta, anda perlu menampung kos pembayaran insurans dan cukai jalan tahunan, dan juga kos servis kenderaan bagi tempoh yang ditetapkan. Bagi pembelian rumah pula, anda perlu menanggung kos pengubahsuaian, kos penyelenggaraan bulanan (jika ada), cukai pintu dan lain-lain. Selepas meneliti kos-kos yang berkenaan, tanya pada diri sendiri adakah anda mampu untuk memikul tanggungjawab pembayaran tersebut?

    2. Buat pengiraan gaji dan simpanan anda

    Woman counting money

    Semasa membuat pertimbangan, fikirkan juga komitmen bulanan anda dan wang lebihan untuk simpanan atau ‘tabung kecemasan.’ Mengikut 'Rule of Thumb,' sebanyak 50 peratus (maksimum) daripada pendapatan bersih boleh digunakan untuk membayar ansuran perumahan, kereta, bil-bil, dan insurans manakala 30 peratus lagi untuk keperluan lain seperti aktiviti riadah dan sebagainya. Anda juga digalakkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada pendapatan bulanan anda untuk waktu kecemasan.

    Sebagai contoh, pendapatan bulanan anda adalah RM4,000 dan selepas ditolak cukai bulanan, bayaran KWSP dan SOCSO, gaji bersih yang diperoleh adalah sekitar RM3500. Mengikut ‘Rule of Thumb’, anda perlu mengasingkan 20 peratus (RM700) untuk tabung kecemasan dan 30 peratus (RM1,050) untuk keperluan lain seperti hobi, beli-belah dan aktiviti lain. Selepas mengasingkan 50 peratus daripada gaji bersih, anda mempunyai 50 peratus lagi iaitu RM1,750 yang diperuntukkan untuk keperluan dan komitmen. Misalnya anda mempunyai komitmen bulanan pembayaran PTPTN (RM200), insurans kesihatan (RM180), bil-bil (RM250), dan bayaran ansuran motosikal (RM250), ini bermakna komitmen bulanan telah mencecah RM880 dan anda hanya boleh menambah komitmen bulanan yang bernilai RM870 sahaja.

    Oleh itu, semak semula jika anda memenuhi kriteria ‘Rule of Thumb’ sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli kereta atau rumah.

    3. Lihat semula rekod hutang anda

    Woman Looking at Bills

    Sebelum menambah sebarang komitmen hutang, lihat semula komitmen hutang anda yang lain dan rekod pembayarannya. Sebagai contoh, sekiranya anda sudah terbeban dengan hutang pembiayaan pengajian dan pinjaman peribadi, buat semula kira-kira untuk menentukan sama ada anda mampu menanggung komitmen baharu? Di sini kita aplikasikan semula ‘Rule of thumb’ dan pastikan komitmen anda adalah kurang daripada 50 peratus daripada pendapatan bulanan anda.

    Semak semula penyata bayaran komitmen anda untuk mengetahui jika bayaran dilunaskan pada masa yang ditetapkan. Ini penting bagi memastikan rekod pembayaran anda adalah baik sekali gus memudahkan pihak bank meluluskan pinjaman baharu. Harus diingatkan bahawa jika anda tidak mempunyai sebarang komitmen dengan pihak bank, ia juga menyukarkan pihak bank untuk memastikan anda adalah pembayar hutang yang baik mahupun tidak. Jadi, ada baiknya anda mempunyai pinjaman atas nama sendiri sebelum membuat pinjaman yang lebih tinggi.

    4. Kaji nilai dan keperluan

    Couple looking at tablet

    Secara umumnya, rumah dilihat sebagai pelaburan jangka masa panjang manakala kereta merupakan sebuah liabiliti. Nilai rumah atau hartanah mungkin mendatar atau turun sedikit dalam jangka masa pendek, namun apabila dihitung dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang, nilai hartanah kebiasaannya akan meningkat selari dengan pembangunan semasa. Berlainan pula jika anda membeli kereta, nilainya akan terus menyusut dan tidak akan meningkat sama sekali. Oleh itu, sudah tentu pembelian rumah adalah lebih baik sekiranya dikaji daripada segi nilai jangka masa panjang.

    Bagaimanapun, anda harus melihat juga kepada keperluan semasa. Mungkin anda tinggal jauh dari tempat kerja dan perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk ketempat kerja mahupun ke destinasi lain kerana tiada kemudahan pengangkutan awam berhampiran. Dalam permasalahan ini, kereta bukan sahaja dilihat sebagai kehendak tetapi sebagai keperluan untuk kemudahan diri sendiri dan keluarga.

    Jadi, apakah pilihan anda? Beli rumah atau kereta dahulu? Sudah tentu tiada jawapan yang betul mahupun salah. Memang kita digalakkan untuk membuat pelaburan hartanah terlebih dahulu kerana ia lebih menguntungkan. Namun, dengan keadaan ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup, perlu disedari bukan semua golongan muda bersedia menanggung komitmen dan risiko pinjaman bernilai tinggi. Setiap orang menjalani kehidupan yang berbeza dengan keperluan dan situasi yang berbeza. Tepuk dada, tanya selera!

    Rujukan

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/07/rumah-atau-kereta-yang-mana-lebih-penting/

    https://www.thebalance.com/the-50-30-20-rule-of-thumb-453922

    https://www.letsmakeaplan.org/blog/view/lets-make-a-plan-blogs/wealth-management-101-financial-plan-vs-investment-plan

    https://www.tiaa.org/public/offer/insights/starting-out/how-much-of-my-income-should-i-save-every-month

    Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

    Pada pendapat anda, yang manakah lagi penting untuk anda beli dahulu?

    • Yes (55%)
    • No (45%)

    ARTIKEL BERKAITAN

    6 Jenis Matlamat Kewangan Yang Anda Harus Membina Sekarang


    Melabur dan merancang kewangan adalah perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seseorang bagi memastikan anda dapat membina kehidupan sejahtera.

    5 Panduan Asas Pengurusan Kewangan


    Pengendalian dan pengurusan kewangan asas boleh dibahagikan kepada lima segmen yang mudah iaitu simpanan, pelaburan, perancangan cukai, perbelanjaan perubatan dan perlindungan nyawa.

    Bagaimanakah untuk Melaburkan RM10,000 dengan Bijak


    Dengan adanya GST dan pemotongan bajet, membuat pelaburan wang mungkin satu-satunya cara untuk mengatasi kenaikan harga dan inflasi.

    PRODUK YANG DISYORKAN

    PENYELESAIAN PERUMAHAN

    Kebanyakan orang biasanya tidak memikirkan tentang perlindungan insurans terhadap barangan dan liabiliti peribadi, namun jika peristiwa malang menimpa, anda masih boleh tidur dengan nyenyak kerana anda mengetahui bahawa aset paling berharga milik anda telah dilindungi.

    Gadai Janji Kadar Tetap AIA

    Penyelesaian Perumahan

    Penyelesaian pembiayaan kediaman dengan kadar tetap, untuk pembelian hartanah baharu serta pembiayaan semula hartanah sedia ada.

    INSURANS KENDERAAN

    Lindungi kenderaan bermotor anda daripada tuntutan kerosakan dan/atau kehilangan semasa di jalan raya. 

    Comprehensive Private Car Insurance

    Insurans Kenderaan

    Melindungi anda daripada kehilangan, kecurian, atau kerosakan kepada kereta anda dan sebarang kecederaan yang dialami akibat kemalangan. 

    One Second Survey
    One Second Survey
    ×
    One Second Survey

    Apakah pendapat anda mengenai artikel ini?

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman