Artikel berkaitan
Anda baharu sahaja melangkah ke dunia pekerjaan tetapi sudah menghadapi kesukaran mengawal perbelanjaan setiap bulan?
Ada masanya, pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung perbelanjaan walaupun anda tidak mempunyai komitmen yang banyak. Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan masalah ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan kewangan jangkamasa panjang?
Walaupun kad kredit membantu meningkatkan skor kredit anda, tapi ia juga boleh membebankan sekiranya anda tidak dapat mengawal dan menguruskannya dengan betul. Lebih selamat dan sistematik sekiranya anda mengasingkan perbelanjaan pada setiap kad dan melunaskan semua hutang tersebut setiap akhir bulan.
Buatlah persediaan awal agar tidak terbeban dengan masalah kewangan di kemudian hari dengan membuat simpanan, menyediakan tabung kecemasan dan persaraan. Walaupun menabung dengan amaun yang kecil sekalipun, ia lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa!
Memiliki perlindungan kewangan seperti menyertai pelan takaful adalah aspek penting yang patut diterapkan oleh golongan muda yang masih mentah dalam hal pengurusan dan perancangan kewangan. Ikhtiarkan perlindungan kewangan ketika masih muda dan sihat kerana amaun caruman adalah lebih rendah.
Membuat pelaburan pada usia muda adalah satu langkah yang bijak. Bayangkan, jika anda melabur RM1,000 dengan faedah kompaun sebanyak 6% setiap tahun selama 20 tahun, anda akan memperolehi pulangan MELEBIHI 80% apabila anda mencapai usia 50 tahun!
Mencari penyelesaian patuh Syariah?
Pilihlah pelan A-Enrich Rezeki.
Menurut Laporan Tahunan 2019 Bank Negara Malaysia, pembiayaan oleh institusi kewangan Islam mencakupi 39.2% daripada jumlah pembiayaan keseluruhan sektor perbankan (2018: 37.7%).
Ada kalanya, membeli kenderaan baharu hanyalah satu pembaziran. Sebaik sahaja anda memiliki kenderaan tersebut, nilai pasarannya akan jatuh 10%. Sekiranya anda membelanjakan RM60,000 untuk kenderaan baharu, anda telah kehilangan RM6,000 pada bulan pertama, diikuti 20% pada tahun pertama. Tidak salah membeli kereta terpakai (yang masih dalam keadaan baik untuk tempoh 3-4 tahun) kerana ia membantu ‘menyelamatkan’ kewangan anda.
Anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menyertai AIA Elite Academy. Ia menawarkan program-program yang melatih individu berpotensi untuk menjadi Perancang Hayat (ejen) yang profesional dan cemerlang dalam industri.
Sebagai contoh, program Elite Lite sesuai bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang takaful, tetapi masih tidak yakin untuk meninggalkan kerjaya sedia ada. Ia menawarkan fleksibiliti untuk bekerja dari mana sahaja pada bila-bila masa serta bimbingan berstruktur melalui saluran pembelajaran digital. Ketahui lebih lanjut di sini.
Jika anda mempunyai wang lebihan, jangan pula jadi boros dan jangan pula terlalu kedekut. Pastikan anda imbangi aliran keluar masuk duit dan uruskan kewangan secara berhemah.
Pantau aliran kewangan anda dengan merekod setiap perbelanjaan. Jika perlu, buat anggaran sebelum berbelanja. Pengurusan kewangan yang baik bermula dengan perancangan yang betul.
Kesimpulannya,
sesiapa sahaja boleh merancang kewangan untuk diri sendiri.
Ketahuilah bahawa perancangan kewangan amat penting, lebih-lebih lagi pada zaman ketidaktentuan ekonomi. Praktikkan pengurusan kewangan yang baik ketika di usia muda agar masa depan lebih terjamin. Perolehi ilmu pengetahuan berkaitan asas pengurusan wang yang kukuh, pengurusan kredit yang baik, pengurusan pelaburan yang teratur dan pelan perlindungan yang komprehensif dari sumber yang dipercayai dan manfaatkannya sebaik mungkin.
Sekiranya anda ingin mengetahui pelan perlindungan, pelaburan dan simpanan yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful, sila klik di sini untuk melihat senarai produk atau hubungi Perancang Hayat anda untuk keterangan lanjut.
- https://www.businessinsider.com/personal-finance/money-mistakes-made-in-my-20s-that-still-haunt-me
- https://www.thesimpledollar.com/financial-wellness/eight-money-mistakes-to-avoid-in-your-20s/
- https://www.imoney.my/articles/kesilapan-kewangan-elak
- https://www.sinarharian.com.my/article/77104/BISNES/Kewangan-Islam-berkembang-pesat-berbanding-konvensional
- https://moneycompass.com.my/bm/2020/03/16/pentingnya-perancangan-kewangan/