- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
- Perlindungan Tambahan
Manfaat

Ganjaran Kesihatan Dengan AIA Vitality
Dengan AIA Vitality, anda boleh menikmati Health Rewards tambahan apabila anda mendapatkan pelan A-Plus Health:
• Naik Taraf Wad – tambahan sehingga 100% daripada amaun manfaat
• Bayaran Deduktibel/Ko-Takaful - sehingga RM500 akan dibayar bagi setiap hilang upaya
• Booster Health Wallet Tahunan – tambahan sehingga 10% daripada amaun Health Wallet
Health Rewards adalah tertakluk kepada status AIA Vitality anda
Soalan Lazim
A-Life Idaman ialah pelan takaful keluarga yang dirangka untuk menyediakan perlindungan dan sokongan kewangan kepada orang tersayang sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (TPD). Pelan ini membantu anda bersiap sedia untuk menampung komitmen kewangan masa depan sambil menawarkan perlindungan yang boleh memberikan jaminan kewangan jangka panjang kepada keluarga anda.
A-Life Idaman menyediakan perlindungan kewangan yang boleh membantu keluarga anda menguruskan perbelanjaan kehidupan harian, hutang belum jelas, dan keperluan kewangan masa depan sekiranya sesuatu yang tidak diduga berlaku kepada anda. Bergantung pada pelan dan rider yang dipilih, pelan ini juga menyediakan pilihan perlindungan fleksibel untuk menyokong matlamat perlindungan jangka panjang anda.
Jika bayaran anda tertunggak, polisi anda lazimnya tidak akan tamat serta-merta. Pelan mungkin masih aktif dalam tempoh ihsan, bergantung pada terma polisi anda.
Jika pembayaran tidak dibuat selepas tempoh ini, polisi anda mungkin luput, dan ini bermakna perlindungan anda akan tamat. Jika ini berlaku, anda hendaklah menghubungi kami secepat mungkin untuk menyemak sama ada pengembalian semula polisi boleh dibuat.
Insurans hayat membantu melindungi keluarga anda dari segi kewangan sekiranya sesuatu tidak diduga menimpa anda.
Insurans ini memberikan sokongan untuk menampung perbelanjaan harian, membayar hutang yang belum dilangsaikan seperti pinjaman perumahan, dan melindungi matlamat jangka panjang seperti pendidikan anak-anak anda, demi membantu keluarga anda mengekalkan kestabilan kewangan.
Individu yang bekerja sendiri biasanya perlu mengemukakan bukti pengenalan seperti Kad Pengenalan di samping bukti pendapatan.
Ini mungkin termasuk dokumen cukai pendapatan, penyata bank atau rekod kewangan lain. Keperluan mungkin berbeza mengikut keadaan individu.
Jika anda memerlukan panduan, anda boleh hubungi kami atau berbincang dengan perancang hayat.
Anda boleh memohon insurans hayat secara dalam talian untuk pengalaman yang lebih pantas dan mudah.
Jika anda ingin mendapatkan panduan yang lebih khusus —seperti memahami keperluan perlindungan dan memilih pelan yang paling sesuai —anda juga boleh berbincang dengan Perancang Hayat AIA anda di sini.
Insurans yang disediakan oleh majikan ialah manfaat yang berguna, tetapi perlindungan lazimnya terhad dan hanya boleh digunakan apabila anda bekerja dengan syarikat.
Untuk memahami jika anda memerlukan perlindungan tambahan, anda harus mempertimbangkan sama ada insurans semasa anda cukup untuk menyokong keperluan kewangan keluarga anda, seperti perbelanjaan harian, pinjaman dan komitmen jangka panjang. Jika terdapat kekurangan, pelan insurans hayat berasingan boleh membantu menyediakan perlindungan jangka panjang yang lebih menyeluruh.
Untuk mengetahui lanjut tentang perbezaan antara pelan insurans kumpulan dan individu, sila rujuk artikel ini: https://www.aia.com.my/en/knowledge-hub/protect-well/what-is-group-health-and-individual-health-insurance.html.
Sebelum memilih pelan perlindungan hayat, sebaiknya anda perlu memahami keadaan dan tanggungjawab kewangan peribadi anda.
Anda seharusnya mempertimbangkan:
- Pendapatan dan perbelanjaan bulanan semasa anda
- Sebarang hutang atau komitmen kewangan jangka panjang
- Sama ada terdapat tanggungan yang bergantung hidup pada anda
- Perlindungan sedia ada daripada majikan atau polisi lain
- Keupayaan anda untuk meneruskan pembayaran premium dengan selesa
Faktor-faktor ini membantu anda memahami tahap perlindungan yang mungkin sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Jika anda baru mengenali perlindungan hayat, anda juga boleh merujuk kepada Panduan untuk Pembeli Insurans Hayat Kali Pertama untuk mempelajari lebih lanjut tentang perkara asas sebelum membuat keputusan.
Untuk menganggarkan berapakah jumlah insurans hayat yang diperlukan, pertimbangkan tahap sokongan kewangan yang keluarga anda perlukan sekiranya anda sudah tiada.
Ini secara lazimnya termasuk:
Perbelanjaan sara hidup harian selama beberapa tahun
Hutang yang belum dilangsaikan seperti pinjaman perumahan.
Keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak.
Sebagai panduan umum, anda boleh menetapkan sasaran perlindungan kira-kira 10 kali pendapatan tahunan, tetapi keperluan sebenar anda mungkin berbeza bergantung kepada gaya hidup dan komitmen anda.
Untuk memahami keperluan perlindungan dan bajet anda dengan lebih baik, sila gunakan alat Ketahui Bajet Anda untuk menentukan tahap perlindungan yang bersesuaian untuk anda.
Terdapat beberapa jenis pelan insurans utama:
Perlindungan hayat – menyediakan perlindungan kewangan untuk keluarga anda jika anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK)
Perlindungan perubatan – membantu menampung perbelanjaan hospital dan perubatan akibat penyakit atau kecederaan
Perlindungan penyakit kritikal – membuat bayaran jika anda disahkan menghidap penyakit serius yang tersenarai dalam polisi anda
Insurans kemalangan – menyediakan perlindungan sekiranya mengalami kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan.
Setiap pelan mempunyai tujuan berbeza, dan ramai yang menggabungkan pelan untuk perlindungan yang lebih menyeluruh. Jika anda sedang mempertimbangkan insurans hayat, anda juga boleh mempelajari tentang perbezaan antara insurans hayat bertempoh dan sepanjang hayat dalam artikel ini untuk membantu anda memilih pelan yang sesuai dengan keperluan anda: https://www.aia.com.my/en/knowledge-hub/protect-well/term-life-vs-whole-life-policy.html
Perlindungan hayat menyediakan perlindungan kewangan kepada benefisiari anda sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK), membantu mereka menguruskan perbelanjaan sara hidup, hutang dan keperluan kewangan jangka panjang. Perlindungan perubatan pula membantu menampung kos penjagaan kesihatan anda apabila anda dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kecederaan, termasuk bil hospital dan perbelanjaan rawatan.
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang jenis perlindungan kesihatan berbeza dan bagaimana ianya melengkapi satu sama lain, anda juga boleh membaca artikel kami tentang perbezaan antara insurans perubatan dan penyakit kritikal:
https://www.aia.com.my/en/knowledge-hub/protect-well/medical-vs-critical-illness-insurance.html
Ya, anda masih boleh memohon untuk perlindungan hayat walaupun anda mempunyai keadaan perubatan sedia ada.
Bagaimanapun, kelulusan dan terma perlindungan mungkin berbeza mengikut keadaan kesihatan dan penilaian penanggung insurans. Dalam kes tertentu, pengecualian atau syarat tambahan mungkin dikenakan.
Untuk memahami dengan lebih jelas tentang kelayakan dan pilihan anda, cara terbaik adalah untuk berunding dengan perancang hayat atau hubungi kami.
Terma & Syarat
- Bergantung pada umur tamat tempoh yang anda pilih, pelan ini melindungi sehingga umur 70 atau 80 tahun dengan pelanjutan automatik sehingga umur 100. Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan dan HUMK adalah sehingga umur 70 tahun.
- Bagi Kematian dan Kematian Akibat Kemalangan yang berlaku sebelum kelahiran atau sehingga 30 hari dari tarikh lahir, hanya jumlah caruman yang telah dibayar tidak termasuk mana-mana A-Plus Saver-i dan Ad Hoc Top Up atau nilai akaun Dana Akaun Peserta (DAP), yang mana lebih tinggi, ditambah dengan nilai akaun Dana Pelaburan Peserta (DPP) akan dibayar. Tiada faedah akan dibayar untuk HUMK yang berlaku sehingga 30 hari dari kelahiran.
- Tabarru' untuk pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC Takaful berhak untuk menyemak semula Tabarru' dengan memberi anda notis bertulis selama 3 bulan terlebih dahulu.
- Bayaran caruman boleh dibuat setiap tahun, setengah tahun, suku tahunan atau bulanan.
- Pelan Takaful ini tidak akan memberi faedah kepada Dana Risiko Peserta (DRP) apabila sijil Takaful ditamatkan atau tamat tempoh.
- Anda mesti memastikan bahawa anda tahu dan faham segala maklumat penting berkenaan pelan ini. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan penjelasan daripada Pengendali Takaful.
- Sila rujuk Ilustrasi Produk bagi faedah di bawah pelan ini.
- Sekiranya caruman anda tidak dibayar, sijil anda akan kekal berkuat kuasa selagi Nilai Akaun anda dalam Dana Akaun Peserta (DAP) mencukupi untuk menampung caj yang berkaitan, termasuk Tabarru'. Jika sebarang caruman tidak dibayar dan Nilai Akaun DAP tidak mencukupi untuk menampung caj sijil yang berkaitan, sijil anda akan luput selepas tempoh tangguh.
- Manfaat haji Badal hanya terpakai untuk individu beragama Islam yang berumur enam belas (16) tahun ke atas. Jika Orang Dilindungi ialah bukan Islam atau berumur bawah enam belas (16) tahun pada masa kematian, faedah ini akan dibayar sebagai faedah perbelanjaan pengebumian.
- Pengendali Takaful akan membayar sebahagian daripada lebihan anda kepada badan amal yang dipilih oleh Pengendali Takaful jika anda memilih untuk menyumbang lebihan boleh agih anda kepada badan amal. Anda boleh memilih untuk tidak menderma lebihan anda pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada Pengendali Takaful. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan diberikan sebarang resit untuk derma anda.
- Maklumat di atas tidak lengkap. Anda disyorkan untuk meminta salinan Ilustrasi Produk dan Lampiran Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Bagi penjelasan terperinci tentang manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk sijil Takaful.
- Caruman yang dibuat untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Sila ambil maklum bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.