- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
Manfaat
Health Wallet
Terima sehingga RM2,500 dalam No-Claim Bonus setiap tahun apabila tiada tuntutan dibuat, atau sehingga RM1,000 dalam Bonus Panel Pilihan apabila rawatan diperoleh di Penyedia Panel SMART.
Perlindungan Sedia Masa Hadapan
Perlindungan tahunan tinggi sehingga RM3 juta, diperbaharui setiap tahun tanpa had seumur hidup—supaya perlindungan anda sentiasa mencukupi.
A-Plus
Health360-i
Rakan kesihatan 360° anda. Lebih
daripada sekadar perlindungan.
Manfaat Penjagaan Hospitalisasi
Terima sehingga RM1,000 apabila dimasukkan ke Hospital Panel SMART, atau sehingga RM500 di hospital lain, berdasarkan status AIA Vitality anda.
Akses kepada Klinik Panel AIA dan Teleperubatan
Meliputi lawatan ke Klinik Panel AIA dan akses teleperubatan melalui Perkhidmatan Kesihatan Digital dalam aplikasi AIA+. Melindungi sehingga RM50 setiap lawatan untuk konsultasi, rawatan dan ubat‑ubatan, tersedia sehingga tiga kali setahun melalui Health Wallet.

Health Rewards dengan AIA Vitality
Nikmati Health Rewards tambahan apabila anda mendaftar AIA Vitality bersama dengan A‑Plus Health360-i.
Sehingga
RM 1,000
Faedah
Penjagaan
Hospitalisasi
Sehingga
+100%
Peningkatan Bilik
& Penginapan Hospital
Sehingga
+10%
Booster Health Wallet tahunan
Sehingga
RM 1,000
Bonus Persaraan Sihat dikreditkan ke dalam Dana Akaun Peserta
Sehingga
RM 1,000
Faedah Penjagaan Hospitalisasi
Sehingga
+100%
Peningkatan Bilik & Penginapan Hospital
Sehingga
+10%
Booster Health Wallet tahunan
Sehingga
RM 1,000
Bonus Persaraan Sihat dikreditkan ke dalam Dana Akaun Peserta
Faedah adalah tertakluk kepada Status AIA Vitality anda dan kelayakan pelan.
Soalan Lazim
A-Plus Health360-i ialah pelan takaful perubatan komprehensif yang membantu menampung kos hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar terpilih, penjagaan pemulihan, dan keperluan pencegahan penjagaan kesihatan. Pelan ini juga memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan tabiat sihat melalui ciri seperti Health Wallet dan manfaat AIA Vitality.
A-Plus Health360-i sesuai untuk individu dan keluarga yang ingin mendapatkan perlindungan perubatan dan sokongan kewangan jangka panjang terhadap peningkatan kos penjagaan kesihatan. Pelan ini disediakan untuk individu layak yang berumur antara 14 hari hingga 60 tahun, termasuk pilihan perlindungan untuk anak di dalam kandungan yang layak.
Pelan ini menyediakan manfaat perlindungan untuk penjagaan hospital dan pembedahan, pemulihan dan rawatan susulan, rawatan pesakit luar terpilih, perkhidmatan pencegahan penjagaan kesihatan dan sokongan berkaitan kemasukan hospital yang membantu anda menguruskan perbelanjaan penjagaan kesihatan disetiap peringkat kehidupan.
Health Wallet ialah ciri khas yang memberi ganjaran bagi tingkah laku sihat dan tempoh tanpa tuntutan. Jumlah yang terkumpul boleh digunakan untuk manfaat penjagaan kesihatan terpilih di bawah pelan ini yang membantu mengurangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang perlu ditanggung sendiri.
Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan yang layak, anda boleh meraih sehingga RM2,500 dalam Health Wallet anda, tertakluk kepada terma dan syarat pelan. Ganjaran terkumpul ini boleh digunakan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan terpilih yang dilindungi di bawah pelan tersebut.
Anda boleh menggunakan Health Wallet anda untuk menampung kos sehingga RM50 setiap kunjungan klinik bagi rundingan, rawatan, dan ubat di klinik yang layak, sehingga tiga kunjungan setahun, tertakluk kepada terma dan syarat pelan.
Pelan ini menggalakkan penjagaan kesihatan proaktif melalui manfaat penjagaan pencegahan, ganjaran Health Wallet, dan insentif tambahan yang boleh dinikmati melalui AIA Vitality. Ciri-ciri ini membantu menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat disamping memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan tabiat kesihatan yang positif.
Daripada umur 60 tahun, Dana Health Wallet yang layak boleh dipindahkan ke Dana Akaun Peserta sijil untuk membantu menyokong keperluan perlindungan anda sepanjang usia persaraan, tertakluk kepada terma dan syarat pelan.
Kad perubatan standard memberi tumpuan terutamanya kepada perlindungan kemasukan hospital, manakala A-Plus Health360-i menggabungkan perlindungan perubatan menyeluruh dengan manfaat penjagaan kesihatan pencegahan, ganjaran Health Wallet, insentif gaya hidup sihat melalui AIA Vitality, dan perlindungan jangka panjang yang boleh dilanjutkan sehingga umur 100 tahun.
Kos perubatan boleh meningkat dengan ketara dari masa ke masa. A-Plus Health360-i membantu menyediakan perlindungan kewangan jangka panjang dengan jumlah perlindungan tahunan sehingga RM3 juta, perlindungan boleh diperbaharui tanpa had seumur hidup, dan lanjutan automatik sehingga umur 100 tahun yang membantu anda kekal dilindungi disetiap peringkat kehidupan.
Terma & Syarat
- A-PlusHealth360-i ialah faedah pilihan tambahan ("rider") yang boleh ditambah kepada pelan Takaful Keluarga caruman lazim.
- Rider ini melindungi sehingga usia 70 atau 80 tahun dengan pelanjutan sehingga umur 100, bergantung kepada pelan asas yang ditambah.
- Jumlah faedah yang perlu dibayar untuk rawatan perubatan adalah tertakluk kepada had tahunan anda.
- Tiada had jangka hayat bagi A-Plus Health360-i. Anda juga tidak perlu risau jika anda melebihi had tahunan anda kerana ia akan kembali kepada asal setiap tahun selama tempoh perlindungan.
- AIA PUBLIC Takaful hanya akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak sekiranya munasabah, lazim dan perlu daripada segi perubatan.
- Anda dilindungi di seluruh dunia dengan A-Plus Health360-i. Namun jika anda menetap atau keluar dari Malaysia selama lebih 90 hari berturut-turut, anda tidak akan dilindungi bagi sebarang rawatan perubatan yang anda terima di luar negara (kecuali Singapura dan Brunei). Sila ambil maklum bahawa perlindungan luar negara ini adalah selaras dengan Caj Munasabah, Lazim dan Perlu daripada Segi Perubatan bagi rawatan tempatan yang setara di Malaysia.
- Jika anda memilih pilihan deduktibel RM500, anda perlu membayar amaun deduktibel daripada perbelanjaan yang layak dan kami akan menanggung baki pembayaran perbelanjaan yang layak seterusnya.
- Jika anda memilih Deduktibel RM500 dengan SMART Option, anda perlu membayar RM500 pertama daripada perbelanjaan yang layak dan kami akan menanggung baki pembayaran perbelanjaan yang layak seterusnya jika anda mengikuti perjalanan SMART. Jika anda tidak mengikuti perjalanan SMART, anda perlu membayar RM500 dan 20% daripada perbelanjaan yang layak, tertakluk kepada maksimum RM20,000 bagi setiap tahun sijil dan kami akan menanggung baki pembayaran perbelanjaan yang layak seterusnya.
- Oleh kerana Tabarru' ditolak bergantung pada umur yang anda capai, ia akan meningkat selari dengan peningkatan umur anda.
- Kadar Tabarru' untuk pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC Takaful berhak untuk menyemak semula kadar Tabarru' dengan memberi anda notis bertulis selama 30 hari.
- Caruman yang dibuat untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan bawah pelan ini kecuali untuk kecederaan yang dilindungi. Tempoh menunggu yang berbeza dikenakan mengikut faedah berbeza.
- Maklumat di atas tidak lengkap. Anda disyorkan untuk meminta salinan Ilustrasi Produk dan Lampiran Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Bagi penjelasan terperinci tentang manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk Sijil Takaful.