Anda sudah berjaya menamatkan pengajian dan telah memulakan kerjaya anda? Tahniah! Semestinya kini anda ingin memiliki sebuah kereta ataupun rumah sendiri bagi kehidupan yang lebih selesa. Walaubagaimanapun, dilema yang sering melanda para graduan adalah sama ada membeli kereta atau rumah terlebih dahulu.
Kebanyakan kita menyedari bahawa membeli rumah lebih digalakkan sebagai jaminan pelaburan disebabkan nilai pasarannya yang akan meningkat malah boleh dijadikan kediaman sendiri pada masa hadapan. Berlainan pula dengan kereta yang mana nilai pasarannya akan menyusut setiap tahun. Tetapi, disebabkan proses pembelian rumah yang rumit ditambah pula dengan nilai pelaburan yang tinggi, ia membuatkan sebahagian besar golongan muda memilih untuk membeli kereta terlebih dahulu.
Walaupun membeli rumah merupakan keputusan yang arif, namun tidak semestinya ia keputusan yang tepat bagi setiap individu. Lain orang, lain keinginannya. Usah risau, ikuti tip berikut untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik di usia muda ini, terutama sekali jika anda perlukan tip membeli kereta mengikut gaji anda atau perkara penting yang perlu diketahui sebelum membeli rumah pertama anda!
"Walaupun membeli rumah merupakan keputusan yang arif, namun tidak semestinya ia keputusan yang tepat bagi setiap individu. Lain orang, lain keinginannya."