Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}10/05/2021
Ramai yang mengimpikan bentuk badan yang menarik, terutamanya menjelang hari-hari istimewa seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri. Antara kaedah pengurangan berat badan yang dianggap mudah untuk dicapai adalah dengan mengawal pemakanan ketika berpuasa di bulan Ramadan. Tapi kebanyakannya hanya bersungguh-sungguh sebelum tibanya Syawal. Sepanjang perayaan tersebut, ada yang menikmati juadah berkalori tinggi seperti lemang, rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan banyak lagi tanpa mengawal atau menghadkan pengambilan kerana terlalu teruja beraya.
Tahukah anda, setiap juadah yang dinikmati boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita? Budaya pemakanan tidak sihat bukan sahaja mengancam kesihatan untuk jangka masa pendek, malah untuk jangka masa panjang.
Hikmah berpuasa boleh dijelaskan dari pelbagai sudut. Kajian mendapati amalan berpuasa (terutamanya pada bulan Ramadan) secara tidak langsung mempunyai kesan fisiologi dan psikologi terhadap seseorang. Kesan fisiologi ini termasuklah merendahkan paras gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah sistolik. Puasa juga dapat memberi kesan positif dari sudut psikologi seperti memberi ketenangan minda yang dipercayai disebabkan oleh paras gula dalam darah yang semakin stabil.
Setelah menyempurnakan rukun Islam ketiga, pasti ramai yang teruja menyambut kedatangan Syawal yang bermakna. Namun jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan yang sihat ketika beraya. Anda masih boleh menyediakan hidangan yang sihat walaupun menggunakan bahan alternatif tanpa mengubah rasa dan keenakannya. Contohnya menggantikan santan dengan yogurt dan susu rendah lemak dalam resipi kuah lodeh atau menggantikan minyak sapi dengan minyak kanola untuk resipi Nasi Beriani. Percayalah, meningkatkan kesedaran dan mendisiplinkan diri untuk amalan pemakanan sihat dan seimbang tidaklah sesukar yang dibayangkan!
Pastikan anda ‘eat right’ sepanjang masa dan bukan di bulan Ramadan sahaja. Umat Islam dituntut untuk mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan. Sikap bersederhana ini juga seharusnya dipraktikkan dalam “diet raya” anda. Jangan lupa untuk menyeimbangi pemakanan dengan mengambil sayur-sayuran dan daging tanpa lemak juga. Pastikan nasi, daging berlemak dan makanan manis dikurangkan atau diambil secara sederhana. Makanlah dalam saiz hidangan yang diperlukan tubuh badan. Pilih pinggan bersaiz kecil bagi memastikan anda tidak mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Walaupun sajian enak terhidang di depan mata, sentiasa beringat untuk mengamalkan konsep suku untuk lauk, suku untuk nasi dan separuh lagi diisi dengan buah-buahan serta sayur-sayuran.
Inilah masanya untuk anda sertai AIA Vitality, program kesihatan yang memberikan ganjaran atas pilihan gaya hidup sihat. Perolehi mata ganjaran setiap kali anda melakukan aktiviti sihat dan kumpul mata untuk menaikkan status AIA Vitality anda. Makin tinggi status, lebih banyak dan menarik ganjaran diterima. Sertailah AIA Vitality di sini.
Kesimpulannya, pengambilan makanan sebelum mahupun ketika musim perayaan adalah amat penting. Pengambilan makanan tanpa kawalan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan dan memudaratkan badan. Tak salah untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan menikmati juadah raya yang anda gemari, tetapi ianya haruslah berpada-pada. Fahami bahawa amalan pemakanan sihat bukan sahaja perlu diikuti ketika musim perayaan, malah harus dipraktikkan sepanjang masa!
Ingin pelajari menu sihat dan lazat? Cubalah resipi Rendang Cendawan istimewa yang disediakan oleh Sara Khong di sini.
Rujukan:
https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/kesedaran-terhadap-amalan-pemakanan-seimbang-dikalangan-pelajar/
https://core.ac.uk/display/20350022
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/06/294860/puasa-terapi-kesihatan-cegah-penyakit
https://www.healthline.com/nutrition/11-ways-to-stop-food-cravings
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.