Makan snek perayaan bersama-sama bukanlah satu-satunya cara untuk bermesra dengan kawan dan keluarga. Cuba aktiviti komuniti seperti badminton dan berjalan-jalan yang boleh disertai semua orang. Lagi ramai, lagi bagus. Jika semua berminat untuk mencuba aktiviti baru, lagi bagus. Bila kali terakhir anda bermain trampolin bersama kawan dan keluarga? Kunjungi Jumpstreet jika anda menyambut perayaan di Lembah Kelang. Kajian menunjukkan bahawa kemungkinan lebih kalori akan terbakar adalah lebih tinggi apabila anda berseronok ketika melengkapkan sesuatu aktiviti. Dari segi psikologi, ini memang masuk akal kerana anda tidak akan sedar bahawa badan anda sedang bersenam, dan anda akan lebih fokus pada aktiviti tersebut.
Tidak salah jika anda mahu menikmati makanan ketika musim perayaan ini, tapi bersederhanalah dan tetapkan matlamat. Anda boleh mengekalkan kesihatan ketika musim perayaan jika anda meluangkan masa untuk membuat pelan, dan pastikan anda mengikutinya. Kami tahu, godaan untuk berkompromi dan tidak mengikut pelan memang tinggi ketika musim perayaan ini, jadi jika anda punyai disiplin diri dan rakan yang sering memberi peringatan, ini akan banyak membantu. Selamat menjamu selera!