Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Mencari penyelesaian kewangan yang membantu anda merealisasikan matlamat anda, sama ada membeli sebuah rumah baru, tabung pendidikan anak-anak anda, pelan persaraan anda atau menambahkan kekayaan anda?
A-Enrich Wealth adalah pelan insurans berkaitan simpanan bayaran jangka pendek yang menyediakan kedua-dua elemen simpanan dan pelaburan dalam satu pelan. Anda juga boleh memaksimumkan pulangan pelaburan anda melalui pilihan tokok tetap atau tokok ad hoc di dalam pelan ini.
Ketahui lanjut mengenai A-Enrich Wealth dalam Bahasa Inggeris.
Menikmati perlindungan dan manfaat polisi selama 20 tahun hanya dengan pembayaran premium untuk 10 tahun.
Membayar 200% daripada amaun perlindungan bersama dengan nilai akaun jika anda meninggal dunia atau menghidapi hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
Membayar 300% daripada amaun perlindungan bersama dengan nilai akaun jika anda meninggal dunia atau menghidapi hilang upaya meyeluruh dan kekal (HUMK) akibat kemalangan.
Setiap 2 tahun, Pendorong Pelaburan akan diperuntukkan ke dalam polisi anda untuk meningkatkan nilai akaun anda.
Akhir Tahun Polisi | Pendorong Pelaburan sebagai % Premium Tahunan |
2, 4, 6 | 10% |
8, 10, 12 | 20% |
14, 16, 18 | 30% |
Anda akan diberi ganjaran dengan tambahan 40% daripada Premium Tahunan yang akan dibayar semasa kematangan polisi jika:
- Premium pelan asas telah dibayar tepat pada masanya; dan
- Pengeluaran separa daripada nilai akaun (kecuali nilai akaun daripada premium tokok tetap dan premium tokok ad hoc) tidak pernah dilakukan; dan
- Pinjaman polisi daripada nilai tunai tidak pernah dilakukan.
Pada tarikh kematangan, anda akan menerima 500% daripada Premium Tahunan terjamin dan mana-mana nilai akaun.
Sekiranya anda membeli A-Enrich Wealth dan mendaftar untuk menjadi ahli AIA Vitality, bergantung pada Status AIA Vitality anda, anda mungkin boleh menerima nilai akaun tambahan, apabila polisi anda matang atau semasa polisi anda tamat akibat kematian, atau HUMK, tanpa perlu membayar premium tambahan.
Anda boleh menyimpan lebih banyak dengan melakukan premium tokok ad hoc pada bila-bila masa atau memilih premium tokok tetap yang akan berkuat kuasa dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya.
Untuk meningkatkan perlindungan anda, anda mungkin boleh memilih untuk menambah rider/rider-rider opsyenal berikut mengikut keperluan anda.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini mengetepikan pembayaran premium masa depan untuk pelan asas (kecuali premium tokok tetap, jika ada) jika Insured didiagnosis dengan salah satu daripada 38 penyakit kritikal yang dilindungi.
Perlindungan Hayat
Pilihan ini mengetepikan pembayaran premium masa depan untuk pelan asas (kecuali premium tokok tetap, jika ada) jika berlaku kematian atau menghidapi HUMK ke atas ibu bapa Insured.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini mengetepikan pembayaran premium masa depan untuk pelan asas (kecuali premium tokok tetap, jika ada) jika ibu bapa Insured didiagnosis dengan salah satu daripada 38 penyakit kritikal yang dilindungi.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Sila rujuk terma dan syarat di bawah. Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut, anda boleh membaca brosur atau menghubungi Perancang Hayat AIA.