Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Hayat
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
A-Life Wealth Builder adalah pelan berkaitan pelaburan yang memberikan anda amaun perlindungan yang tinggi dan jaringan keselamatan kewangan kepada keluarga anda apabila anda tiada disisi mereka. Dengan kedua-dua manfaat Ganjaran Wealth dan Pendorong Wealth, pelan ini akan memberi ganjaran kepada anda sehingga 6 kali pembayaran ganjaran apabila anda memilih untuk menabung lebih banyak, menyimpan lebih lama dan tetap berdisiplin dari segi kewangan.
Sertai AIA Vitality, program kesihatan yang unik dan berlandaskan sains yang memperkasakan anda dengan ilmu, alat serta motivasi untuk membawa perubahan tingkah laku positif jangka panjang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Apabila anda mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda boleh menerima manfaat tambahan yang digelar Pendorong Vitality Wealth berdasarkan pilihan sihat yang anda pilih. Anda boleh menerima nilai tambahan di bawah Akaun Wealth apabila polisi anda matang atau tamat tempoh disebabkan kematian, hilang upaya secara menyeluruh dan kekal atau penyakit kritikal, tanpa perlu membayar premium tambahan.
Sila rujuk kepada terma dan syarat.
Pelan ini menyediakan satu bayaran sekaligus untuk keluarga anda iaitu 100% jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia atau menghidapi hilang upaya secara menyeluruh dan kekal (TPD). Kami akan membayar dua kali ganda amaun tersebut jika anda meninggal dunia akibat kemalangan, tiga kali ganda amaun tersebut jika kemalangan tersebut berlaku semasa menaiki bas, keretapi awam atau kapal terbang, dan enam kali ganda jika anda meninggal dunia akibat bencana alam.
Memberi ganjaran kepada anda sebanyak 5% daripada amaun perlindungan anda seawal pada akhir ulang tahun polisi apabila mencapai umur 65 tahun dan setiap 10 tahun kemudian sehingga matang, jika tiada pengeluaran dibuat dan premium dibayar sehingga kini.
Manfaat ini menawarkan anda lebih lagi nilai pada masa kematangan jika anda memilih tempoh perlindungan yang lebih panjang atau amaun perlindungan yang lebih tinggi. Sebagai tambahan, Pendorong Wealth anda akan digandakan sebanyak dua kali jika tiada pengeluaran dibuat daripada nilai akaun anda dan premium dibayar sehingga kini.
Membenarkan anda untuk membuat pengeluaran sehingga 10% daripada nilai akaun untuk kejadian peringkat hayat tertentu, dan masih berhak untuk Ganjaran Wealth dan Pendorong Wealth.
Anda boleh dilindungi sehingga RM4 juta tanpa perlu pergi untuk pemeriksaan perubatan.*
*Bergantung kepada umur dan keadaan kesihatan anda.
Apabila anda mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda boleh mendapat manfaat tambahan yang digelar Pendorong Vitality Wealth. Ini akan memberikan nilai Akaun Wealth tambahan berdasarkan Peratusan Pendorong Vitality Wealth (VWBP) atau VWBP yang dikunci, yang mana lebih tinggi apabila polisi anda matang atau apabila polisi anda tamat tempoh akibat kematian, TPD atau penyakit kritikal, tanpa perlu membayar sebarang premium tambahan. VWBP awal bermula daripada 20%. Untuk tahun yang berikutnya, Peratusan Pendorong Vitality Wealth akan naik atau kekal sama bergantung kepada Status AIA Vitality anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai akaun?
Ia merupakan jumlah keseluruhan unit dana pelaburan yang dimiliki oleh pelan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan berkaitan pelaburan?
Ia bermakna nilai polisi anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilih.
Untuk perlindungan tambahan, anda boleh memilih seberapa banyak ciri tambahan di bawah untuk memenuhi keperluan anda.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memberikan anda perlindungan tambahan untuk 45 penyakit kritikal. Anda juga berhak untuk menikmati perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM), yang memberi tumpuan dalam memastikan anda mendapat rawatan terbaik dan sokongan peribadi yang berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda apabila anda menghidapi keadaan perubatan yang serius.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memberikan anda perlindungan untuk 45 penyakit kritikal bagi memberikan anda sokongan kewangan apabila diperlukan.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memastikan bayaran premium yang berterusan jika anda didiagnosis dengan mana-mana 44 penyakit kritikal yang dilindungi atau menjalani pembedahan yang dilindungi.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memastikan bayaran premium yang berterusan jika suami/isteri anda meninggal dunia, menghidapi TPD atau didiagnosis dengan mana-mana 44 penyakit kritikal yang dilindungi atau menjalani pembedahan yang dilindungi.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memastikan bayaran premium yang berterusan jika ibu/bapa Insured meninggal dunia, menghidapi TPD atau didiagnosis dengan mana-mana 44 penyakit kritikal yang dilindungi atau menjalani pembedahan yang dilindungi.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.