Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Penyakit Kritikal
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Setiap wanita memerlukan pelan perlindungan yang berubah mengikut perubahan keperluan mereka.
A-Plus Venus melindungi kesejahteraan fizikal dan emosi wanita. Pelan penyakit kritikal ini akan memberikan anda sokongan kewangan yang anda perlukan semasa anda sakit, supaya anda dapat menumpukan perhatian kepada usaha penyembuhan. Dengan menyertakan A-Plus VenusExtra, anda boleh menikmati perlindungan yang dipertingkatkan sepanjang tempoh anda hamil.
Anda akan menerima 200% daripada jumlah perlindungan anda jika didiagnos menghidap kanser organ wanita supaya anda mempunyai keyakinan dan kemampuan dari sudut kewangan untuk menangani apa jua yang mendatang.
Dapatkan sokongan kewangan tambahan jika anda perlu menjalani rawatan khusus untuk penyakit berkaitan wanita tertentu seperti lumpektomi atau terapi penggantian hormon untuk menopaus.
Anda akan menerima sokongan kewangan jika anda menghadapi hilang upaya sementara akibat kemalangan dan tidak dapat bekerja (di rumah atau pejabat) selama dua minggu berturut-turut.
Nikmati bayaran balik bagi terapi penggantian hormon ketika menopaus.
Kehilangan ahli keluarga adalah suatu keadaan yang amat mendukacitakan. Kami akan membiayai sebarang terapi yang memfokus kepada emosi yang mungkin anda ingin dapatkan bagi membantu menghadapi proses tersebut.
Jika kandungan anda berusia antara 18 hingga 35 minggu, anda boleh mendapatkan pelan A-Plus VenusExtra untuk perlindungan serta-merta terhadap komplikasi kehamilan tertentu dan kesulitan semasa melahirkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya sementara?
Ia bermaksud seseorang yang tidak dapat bekerja untuk satu tempoh masa pendek disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.