- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
- Perlindungan Tambahan
Manfaat
Video
Soalan Lazim
A-Enrich Gold ialah pelan simpanan dengan tempoh pembayaran singkat yang menggabungkan pembayaran tunai terjamin, potensi pertumbuhan pelaburan, dan perlindungan insurans. Pelan ini membantu anda membina simpanan jangka panjang disamping memberikan perlindungan kewangan terhadap kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal.
A-Enrich Gold membantu anda mengembangkan kekayaan anda secara berstruktur disamping memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan hidup. Pelan ini menawarkan pembayaran tunai terjamin, manfaat matang terjamin dan perlindungan insurans yang menjadikannya sesuai untuk perancangan kewangan jangka panjang dan matlamat masa depan.
- Pilihan tempoh pembayaran premium (10 tahun untuk 25 tahun perlindungan, atau 20 tahun untuk 30 tahun perlindungan)
- Meningkatkan pembayaran tunai terjamin sepanjang tempoh polisi
- Nilai matang terjamin sehingga 150% daripada jumlah perlindungan, bergantung pada pelan yang dipilih
- Potensi keuntungan pelaburan melalui dana-dana berkaitan pelaburan AIA
- Pilihan simpanan dan pelaburan yang fleksibel
- Manfaat perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Pelan ini membolehkan anda mengumpulkan simpanan melalui pembayaran tunai terjamin, manfaat matang, dan potensi pulangan pelaburan daripada dana-dana berkaitan pelaburan terpilih. Pada masa yang sama, pelan ini menyediakan perlindungan kewangan melalui manfaat bayaran sekali gus untuk kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, termasuk bayaran tambahan untuk peristiwa kemalangan.
Ya. A-Enrich Gold menawarkan fleksibiliti yang membolehkan anda membuat pengeluaran sebahagian daripada nilai akaun polisi anda, tertakluk kepada terma polisi dan nilai akaun yang tersedia. Anda juga boleh menambah simpanan atau menukar dana pelaburan apabila keperluan kewangan anda berubah.
Pelan ini menyediakan:
- Manfaat Kematian: Bayaran sekali gus jika orang diinsuranskan meninggal dunia dalam tempoh polisi, dengan dua kali ganda jumlah perlindungan akan dibayar untuk kematian akibat kemalangan (tertakluk kepada terma polisi).
- Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK): Bayaran sekali gus jika orang diinsuranskan mengalami HUMK, dengan dua kali ganda jumlah perlindungan akan dibayar untuk HUMK akibat kemalangan (tertakluk kepada terma polisi dan had umur).
Berbeza daripada akaun simpanan biasa, A-Enrich Gold menyediakan pembayaran tunai terjamin, manfaat matang terjamin, peluang pertumbuhan berkaitan pelaburan dan perlindungan insurans. Pelan ini dirangka untuk simpanan jangka panjang yang berdisiplin disamping melindungi anda dan keluarga anda dari segi kewangan.
Pelan ini menggalakkan simpanan berterusan melalui pembayaran premium tetap disamping memberi ganjaran dengan pembayaran tunai terjamin yang meningkat dan bayaran matang terjamin. Anda juga berpotensi meningkatkan lagi simpanan anda menerusi dana berkaitan pelaburan dan pilihan tambah nilai.
A-Enrich Gold ialah pelan simpanan insurans hayat konvensional, manakala A-Enrich Gold-i ialah versi takaful yang patuh syariah. Kedua-dua pelan menawarkan pengumpulan simpanan, manfaat perlindungan, pembayaran tunai terjamin, dan manfaat matang, tetapi A-Enrich Gold-i dikendalikan berasaskan prinsip takaful dan keperluan syariah.
A-Enrich Gold sesuai untuk individu yang ingin membina simpanan jangka panjang, menerima bayaran tunai terjamin secara berkala, menikmati potensi pertumbuhan pelaburanndan mendapatkan perlindungan insurans dalam satu pelan. Pelan ini mungkin sesuai untuk mereka yang merancang keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan, atau pengumpulan kekayaan.
Terma & Syarat
1. Perlindungan untuk HUMK sehingga umur 65 tahun.
2. Perlindungan untuk kematian akibat kemalangan sehingga umur 70 tahun dan HUMK akibat kemalangan sehingga umur 65 tahun.
3. Bayaran tunai terjamin akan dibayar mulai penghujung tahun polisi kedua sehingga matang.
4. Pelan ini melindungi selama 25 atau 30 tahun, bergantung kepada pelan.
5. Kadar premium pelan ini sekata dan berdasarkan umur pada tarikh pengeluaran pelan.
6. Premium untuk pelan ini terjamin.
7. Anda boleh menukar dana jika perlu tanpa sebarang kos penukaran.
8. Nilai akaun polisi anda tidak terjamin dan berubah mengikut prestasi Dana Pelaburan AIA. Risiko pelaburan dana ini ditanggung sepenuhnya oleh anda.
9. Premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.