Artikel berkaitan
Kukuhkan Kewangan Menjelang Usia 40-an

KUKUHKAN
KEWANGAN
Menjelang Usia 40-an
Kebanyakan orang bergantung sepenuhnya kepada dana persaraan yang diperolehi dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan seharian selepas bersara. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku tahun kedua 2021, penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.29 juta kepada 2.40 juta. Manakala, penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 22.71 juta (suku tahun kedua 2020) kepada 22.74 juta pada suku tahun kedua tahun ini.
Oleh disebabkan jangka hayat manusia yang semakin meningkat ini, persoalan yang mungkin timbul adalah, “Adakah wang yang dikumpulkan mencukupi untuk menampung kualiti kehidupan yang diingini selepas bersara atau untuk hari tua?”.
Apabila anda mencapai usia 40-an, anda mungkin sudah berada di puncak kejayaan dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding dekad sebelumnya. Maka, dalam tempoh usia 40-an adalah waktu ideal untuk anda mengukuhkan lagi kedudukan kewangan anda dengan perancangan yang menyeluruh sebelum bersara.

Jangan Tersilap Merancang
Apabila anda merancang dana persaraan, anda haruslah menitikberatkan pelbagai faktor dan membuat kajian secara terperinci. Elak melakukan kesilapan berikut:
Terlebih Berbelanja
atau Boros

Anda akan mencapai potensi untuk meraih pendapatan tinggi menjelang usia 40-an yang berkemungkinan berterusan sehingga usia 50-an. Walaupun ini adalah petanda yang bagus dari sudut kewangan, namun ia juga cenderung untuk meningkatkan kadar inflasi gaya hidup.

Pastikan anda tidak berbelanja sewenang-wenangnya ataupun bersikap boros walaupun anda tidak menghadapi kesulitan kewangan dalam tempoh berkenaan. Beringat sebelum terlewat.

Tidak Menyediakan Wasiat

Wasiat dapat melindungi keluarga dan aset anda jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Ia juga memastikan harta peninggalan anda diurus dengan adil dan saksama oleh pihak yang bertanggungjawab dan mengikut undang-undang seterusnya memastikan nasib orang tersayang lebih terjamin selepas ketiadaan anda.

Jika anda dalam lingkungan umur 40-an dan masih belum menyediakan wasiat, segeralah berbuat demikian.

Kurang Memahami Kepentingan Pelan Perlindungan Takaful

Apabila aliran kewangan anda meningkat dan ketika inflasi menaikkan kos penggantian aset, anda mungkin menyedari bahawa pelan perlindungan yang anda sertai suatu ketika dulu tidak lagi boleh diguna pakai.

Semak keadaan kewangan anda melalui AIA Financial Health Check untuk memahami status kewangan semasa anda dan dapatkan penyelesaian yang sesuai mengikut keperluan. Jom semak sekarang di sini!

Terlalu Mengharapkan Wang KWSP

Dianggarkan 68% pencarum KWSP berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka. Berdasarkan fakta ini, purata simpanan ahli hanya dapat bertahan selama 5 tahun. Ini akan mewujudkan jurang antara 10 hingga 15 tahun tanpa sebarang dana peribadi.

Menurut KWSP, 70% ahli yang mengeluarkan dana mereka pada usia 55 tahun menghabiskan simpanan mereka kurang dari 10 tahun setelah bersara.

Pertimbangkan Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme, PRS) daripada AIA sebagai platform alternatif untuk meningkatkan simpanan persaraan anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Memandang Remeh Keperluan Hari Tua

Hari tua bukan bermakna anda hanya akan berehat di rumah. Anda mungkin ingin melakukan aktiviti yang anda tidak dapat lakukan semasa muda seperti melancong kerana terlalu sibuk mendaki tangga korporat.

Secara umumnya saranan pendapatan anda selepas bersara adalah diantara 60% hingga 80% daripada pendapatan kasar anda sebelum bersara untuk menikmati kehidupan yang selesa.

Tingkatkan dana persaraan anda dengan A-Enrich Rezeki. Pelan ini menawarkan perlindungan Takaful serta potensi pertumbuhan pelaburan, membolehkan anda memaksimakan pulangan wang.

Lebih Mementingkan Pendidikan Anak

Ramai di kalangan anda yang berusia 40-an mengeluarkan dana persaraan untuk membiayai pendidikan anak-anak tetapi ia bukanlah langkah yang bijak kerana tanpa dana persaraan yang mencukupi, anda mungkin akan membebankan anak-anak pada masa depan.

Utamakan keperluan persaraan anda dan sediakan peruntukan dana pendidikan anak-anak tanpa menyentuh dana persaraan anda.

Memandang Remeh Kesihatan Diri

Ramai yang masih tidak menitikberatkan soal kesihatan diri kerana terlalu mengutamakan kerjaya dan keluarga. Apabila umur semakin meningkat, perlindungan takaful atau kos perubatan akan menjadi lebih tinggi.

Amalkanlah gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tingkatkan motivasi untuk bersenam dengan program Weekly Challenge AIA Vitality dan lengkapkan cabaran untuk mengumpul mata ganjaran yang ditawarkan.

Tidak Mempelbagaikan Pelaburan

Pelbagaikan pelaburan anda kerana ia merupakan salah satu strategi pelaburan yang berkesan.

Miliki portfolio saham, bon dan aset pertumbuhan lain kerana ia mampu mengurangkan risiko kerugian. Ia juga lebih cenderung untuk menghasilkan pulangan yang konsisten dan memuaskan dari masa ke semasa.

Mulakan dengan melabur dalam jumlah yang kecil terlebih dahulu. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Dalam jangka masa panjang, anda berpotensi untuk menikmati pulangan yang lebih memuaskan.

Semak portfolio pelaburan sebelum melabur agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Akhir sekali, manfaatkan setiap peluang yang ada demi mengukuhkan dana persaraan. Lebih banyak wang yang dikendalikan dengan cermat dan berhemat, lebih besar peluang dan jaminan kewangan yang diperolehi untuk anda dan keluarga kelak. Lindungi hari tua anda dengan bijak dan pastikan dekad 40-an ini digunakan sebaik-baiknya. Anda juga boleh melindungi hari tua anda dengan pelan bersesuaian yang ditawarkan AIA PUBLIC Takaful. Hubungi Perancang Hayat anda atau lihat senarai produk AIA di sini.
https://www.investopedia.com/articles/pf/12/good-debt-bad-debt.asp
https://www.thebalance.com/good-debt-vs-bad-debt-960029
https://www.nerdwallet.com/article/finance/good-debt-vs-bad-debt
https://www.investopedia.com/terms/d/debt.asp
https://www.debt.org/advice/good-vs-bad/
KUKUHKAN
KEWANGAN
Menjelang Usia 40-an
Kebanyakan orang bergantung sepenuhnya kepada dana persaraan yang diperolehi dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan seharian selepas bersara. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku tahun kedua 2021, penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.29 juta kepada 2.40 juta. Manakala, penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 22.71 juta (suku tahun kedua 2020) kepada 22.74 juta pada suku tahun kedua tahun ini.
Oleh disebabkan jangka hayat manusia yang semakin meningkat ini, persoalan yang mungkin timbul adalah, “Adakah wang yang dikumpulkan mencukupi untuk menampung kualiti kehidupan yang diingini selepas bersara atau untuk hari tua?”.
Apabila anda mencapai usia 40-an, anda mungkin sudah berada di puncak kejayaan dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding dekad sebelumnya. Maka, dalam tempoh usia 40-an adalah waktu ideal untuk anda mengukuhkan lagi kedudukan kewangan anda dengan perancangan yang menyeluruh sebelum bersara.

JANGAN TERSILAP MERANCANG