Tujuan AIA adalah untuk membantu masyarakat menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Kami merealisasikan tujuan ini, mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan dan memastikan perniagaan kami kekal relevan dengan menjadikan falsafah Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami sebagai teras dalam cara kami menjalankan perniagaan.
Sebagai syarikat insurans hayat dan kesihatan pan-Asia terbesar serta pemilik dan pelabur aset yang signifikan, kami memainkan peranan utama dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial yang lestari di Asia.