Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk memastikan anak-anak mampu menguruskan kewangan dengan bijak. Persoalannya, adakah anda ingin melihat anak anda menjadi individu yang bertanggungjawab dari segi kewangan?
Jika ya, anda perlu bersedia dengan dua perkara: Pertama, biarkan mereka mempraktikkan sendiri hal berkaitan kewangan seperti cara berbelanja dan berjimat-cermat dari kecil. Kedua, ikuti kaedah yang betul mengikut kesesuaian umur agar apa yang ingin diajari dapat disampaikan. Ini kerana setiap kanak-kanak memerlukan pendekatan yang berbeza-beza. Teruskan membaca untuk mengetahui cara memupuk anak berdisiplin dalam urusan kewangan berdasarkan tiga (3) fasa usia anak-anak.
"Persoalannya, adakah anda ingin melihat anak anda membesar menjadi individu yang bertanggungjawab dari segi kewangan?"
Fasa Prasekolah
- Pengajaran: Kanak-kanak pada fasa ini perlu diterapkan dengan prinsip menyukai tidak bermakna harus memiliki. Namun, sekiranya mereka serius untuk memiliki sesuatu benda, mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.
- Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak:
- Bekas lutsinar sebagai tabung - Bekas yang menampakkan isi dalam membolehkan anak anda melihat perkembangan tabungnya. Mereka juga dapat melihat sendiri wang yang dimasukkan setiap hari semakin bertambah.
- Berikan motivasi - Ceritakan bagaimana wang yang sedikit boleh membukit kalau mereka disiplin dalam menabung.
- Tunjuk tauladan yang baik
- Kajian oleh University of Cambridge mendapati bahawa disiplin kewangan terbentuk pada usia 7 tahun.
- Jadi, tunjukkan tauladan yang baik di depan anak-anak seperti amalan berjimat-cermat agar mereka belajar dan menerapkan nilai murni ini dalam kehidupan seharian mereka.
- Berikan upah sebagai ganjaran - Didik anak-anak melakukan kerja rumah dari kecil dan berikan upah sebagai ganjaran. Contohnya, jika mereka mengemaskan alat permainan, mereka akan diberikan gula-gula yang diingini.
Fasa Sekolah Rendah
- Pengajaran: Membuat pilihan bijak dalam pengurusan kewangan sangat penting kerana ia mampu menjamin masa depan yang lebih baik.
- Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak:
- Jelaskan pilihan anda:
- Terangkan kepada anak mengapa anda memilih jenama A berbanding B. Contohnya, "Lagi berbaloi jika kita ambil roti A kerana ianya lebih murah berbanding B. Kedua-dua roti ini rasanya sama enak!”.
- Anda juga boleh mendedahkan mereka kepada tawaran atau promosi. Contohnya, membeli kelengkapan sukan semasa jualan akhir tahun kerana terdapat diskaun yang lebih tinggi.
- Jelaskan pilihan anda:
- Beri pendedahan tentang konsep 'Jual Beli':
- Beri anak anda RM5 dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri untuk memilih apa yang ingin dibeli.
- Uji mereka dengan soalan seperti “Ini kehendak atau keperluan?”, "Kedai mana yang menawarkan harga yang lebih rendah?”, “Kalau saya ke kedai lain, boleh tak saya beli pada harga diskaun?"
- Pada fasa ini, anda juga boleh mendedahkan anak anda dengan kepentingan dana tabung pendidikan. Anda juga boleh melanggan pelan A-EduAchieve 2 untuk anak anda dari seawal usia 14 hari sehingga 10 tahun!
Fasa Sekolah Menengah
- Pengajaran: Bertanggungjawab
- Cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga:
- Bersyukur - Sentiasa rasa bersyukur adalah cara terbaik untuk mengajar anak kita menerima kelebihan dan kekurangan yang dimiliki.
- Ajar anak pikul tanggungjawab:
- Bimbing mereka untuk menguruskan wang di tahap lebih terperinci. Contohnya, buka sebuah akaun baru khas untuknya.
- Bimbing anak anda untuk mengira sendiri jumlah wang simpanan dan bila masa yang sesuai untuk mengeluarkannya. Pastikan akaun bank ini dipantau agar wang yang disimpan tidak disalah guna!
- Dedahkan tentang belanjawan:
- Remaja pada fasa ini perlu dibiasakan dengan kemahiran membuat belanjawan berdasarkan pendapatan – tak kiralah pendapatan hasil bekerja sambilan atau elaun bulanan yang diberikan ibu bapa.
- Anak perlu diajar untuk membuat anggaran sebelum berbelanja dan membuat pecahan sama ada untuk digunakan atau disimpan agar tidak berbelanja berlebihan.
- Libatkan anak dengan bajet keluarga:
- Pada fasa ini, anak anda sudah dianggap matang untuk memahami konsep bajet. Cuba libatkan mereka dengan pengiraan bajet, membuat senarai barangan dapur atau membuat kajian untuk mencari barangan berpatutan yang ingin dibelanjakan.
- Pastikan anda mengawal nilai amaun yang ingin dibelanjakan agar tidak terlebih bajet.
Jika anak anda membuat kesilapan dalam pengurusan kewangan di sepanjang proses ini, terangkan kesilapan yang dilakukan dan cara untuk mengatasinya agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama di kemudian hari.
Kesimpulannya, anda seharusnya percaya bahawa tiada istilah terlalu awal untuk bermula. Ketahuilah bahawa pendedahan dan didikan mengenai pengrusan kewangan di usia muda bakal menjadi panduan yang sangat berguna kepada anak anda apabila mereka dewasa kelak!
Artikel berkaitan