Artikel berkaitan
10 Benda Yang Boleh Kita Buat untuk Ibu pada Hari Ibu Ini

10 Benda Yang
Boleh Kita Buat
Untuk Ibu Pada
Hari Ibu Ini
Jadikan Hari Ibu kali ini
yang paling istimewa supaya ibu anda
kekal ceria dan sihat.

Meraikan Hari Ibu merupakan salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan kita kepada ibu tercinta. Lebih-lebih lagi memastikan kesihatan mereka terjamin di usia emas ini supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan bermakna. Jom ketahui 10 cara sihat untuk raikan ibu kita.

Ahli AIA Vitality
boleh menikmati
diskaun 10%
untuk pembelian buah-buahan & sayur-sayuran di Jaya Grocer tau!
Juadah Berkhasiat
Sediakan 3 hidangan ‘breakfast in bed’ untuk ibu anda bermula dengan minuman berasaskan buah seperti Blueberry Smoothie, semangkuk salad buah yang dimakan bersama yoghurt dan bijirin, dan diakhiri dengan sandwic sayuran. Sedap dan berkhasiat!
Kelas Kecergasan
Ajak ibu anda untuk turut serta dalam aktiviti kecergasan seperti kelas tarian atau aerobik akuatik. Selain dari menyihatkan minda dan badan, anda dapat meluangkan masa bersama.
Pelan Perlindungan
Pelan Perlindungan AIA Public Takaful Berhad merupakan hadiah yang tidak ternilai harganya untuk ibu anda bagi persiapan menghadapi perkara yang tak diduga.
Aktiviti Fizikal
Bersiar-siar atau beriadah di taman mahupun melakukan aktiviti berjalan kaki bersama memberi peluang kepada ibu anda menghirup udara segar dan mengeluarkan peluh yang amat digalakkan untuk menjaga kesihatan.
Beli-Belah Bersama
Membeli-belah bersama adalah sesi ‘bonding’ bersama ibu, dan ini mampu menggembirakannya dan memelihara kesihatan mentalnya. Anda juga boleh menghadiahkan sesuatu yang menyihatkan seperti buku makanan berkhasiat atau diffuser aromaterapi.
Pakej Spa Yang Menyegarkan
Pakej spa berserta urutan dapat menyegarkan minda dan badan, mengurangkan tekanan, melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan kesakitan otot ibu anda.
Taman Bunga Mini
Ibu anda tentu gembira apabila anda menanam pokok-pokok bunga yang dapat menceriakan dan menyerikan rumahnya dengan pelbagai warna dan keharuman.
Pelancongan
Jika berkemampuan, apa kata anda berbelanja lebih untuk ibu anda dengan menempah pakej percutian ke destinasi atau negara yang digemari atau yang diidamkan oleh ibu anda.
Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan menunjukkan betapa anda amat mementingkan kesihatan ibu anda disamping sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan anda kepadanya. Pastikan anda hadir bersama untuk memberi sokongan kepadanya!
Masa Berkualiti Bersama
Meluangkan masa untuk berbual bersama dapat menenangkan fikiran dan jiwa ibu anda yang sekaligus dapat membantu mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesihatan mentalnya.
Sayangi dan hargailah ibu anda selagi mereka masih ada. Berusaha untuk berikan yang terbaik agar mereka kekal bertenaga dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
Rujukan:
- https://www.webmd.com/women/features/celebrate-mothers-day-healthy-way#:~:text=Encourage%20your%20mother%20to%20have,can%20be%20relaxing%20and%20comforting.
- https://balconygardenweb.com/positive-energy-plants-indoor/
- https://www.ihrsa.org/improve-your-club/7-fitness-wellness-class-ideas-to-keep-older-adults-moving/
- https://www.nia.nih.gov/health/cognitive-health-and-older-adults
- https://www.indushealthplus.com/mothers-day-celebration-gift-her-healthy-moments.html

10 Benda Yang Boleh Kita Buat Untuk Ibu Pada Hari Ibu Ini
Jadikan Hari Ibu kali ini yang paling istimewa supaya ibu anda kekal ceria dan sihat.