Artikel berkaitan

Hibah:
Perancangan Legasi
Untuk Masa Depan
Yang Tersayang
Ketahui kepentingan hibah takaful sebagai kaedah pengurusan harta yang menjamin masa depan orang tersayang.


Apakah Hibah Takaful?
Hibah bermaksud hadiah. Dalam konteks hibah takaful, ia merupakan satu pemberian yang dibuat oleh peserta takaful secara sukarela dengan menghadiahkan faedah takaful kepada pihak ketiga. Pengendali takaful akan membayar faedah takaful kepada penerima hibah apabila peserta takaful meninggal dunia, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam sijil takaful.
Perbezaan Wasiat, Hibah Takaful dan Faraid
Wasiat | Hibah Takaful | Faraid |
---|
Definisi |
Pemberian harta oleh
seseorang kepada bukan waris
setelah
meninggal dunia |
Pemberian faedah takaful oleh peserta takaful kepada penama berdasarkan hibah bersyarat sekiranya peserta takaful meninggal dunia | Harta yang dibahagikan kepada waris yang sah seperti suami atau isteri, anak, ibu bapa dan saudara si mati |
Penerima |
Bukan waris |
Sesiapa sahaja | Waris |
Kadar agihan |
⅓ jumlah aset |
Keseluruhan jumlah faedah takaful | Harta pusaka, mengikut perkiraan yang ditetapkan oleh Syariah |
Tempoh kuatkuasa |
Selepas kematian pemilik
harta |
Selepas kematian peserta takaful | Selepas kematian pemilik harta |
Hadis
Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّكَ أَنْ تَذَرَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَذَرَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ
“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia.”
(Muttafaqun ‘alaih)

Siapa yang layak
menerima hibah takaful?
Pemberi hibah takaful (peserta takaful) boleh menghibahkan faedah takaful kepada sesiapa sahaja yang diinginkan, tanpa mengira hubungan, agama mahupun bangsa. Tetapi ianya lebih afdal jika hibah takaful tersebut diberikan kepada ahli keluarga terdekat (isteri/suami atau anak-anak) sebagai tanda kasiha sayang.
Adakah hibah takaful hanya akan terlaksana selepas kematian peserta takaful (pemberi hibah)?
Ya, pembayaran faedah takaful akibat kematian peserta takaful hanya akan dilakukan setelah kematian peserta takaful.

Kepentingan Hibah Takaful
Semakin ramai golongan muda zaman kini yang lebih bijak merancang kewangan dan sedar akan kepentingan takaful. Secara lazimnya, ramai yang memilih takaful perubatan sebagai pelan takaful yang pertama buat diri sendiri dan ahli keluarga. Namun, jika berkemampuan, kita digalakkan untuk mempertingkatkan perlindungan merangkumi perlindungan hayat yang menawarkan ciri hibah takaful sebagai kaedah pengurusan harta yang dapat menjamin masa depan orang tersayang.
Jenis-jenis takaful ini sama pentingnya, walaupun menawarkan faedah takaful yang berbeza. Takaful perubatan melindungi peserta takaful sekiranya jatuh sakit manakala perlindungan hayat dan hibah takaful pula berperanan melindungi ahli keluarga selepas kematian peserta takaful.

Rancang dan lindungi masa
depan keluarga tersayang
Perancangan legasi yang baik dan berkesan adalah amat penting buat
keluarga kerana ia memudahkan waris untuk menguruskan harta peninggalan
tanpa perlu melalui proses pembahagian harta yang rumit, sekaligus dapat
meneruskan kehidupan seharian dengan tenang.
Mulakan perancangan legasi anda hari ini melalui proposisi Penyelesaian
Kekayaan Menyeluruh daripada AIA PUBLIC
Takaful yang sentiasa bersama anda
sekeluarga di setiap perjalanan hidup.