Pemilihan pelan insurans perubatan yang sesuai boleh mengelirukan sesiapa yang hendak mencari insurans untuk perlindungan diri mereka. Terdapat beberapa salah faham tentang konsep insurans seperti; polisi yang termurah dan paling asas adalah cukup untuk saya. Saya tidak perlukan pelan perubatan peribadi jika saya sudah memiliki pelan perubatan dari majikan. Memiliki kad perubatan bermaksud kesemua kos perubatan saya akan dibayar. Kesemua kos perubatan saya akan dibiayai oleh kad perubatan saya. Kad perubatan saya juga akan membantu melindungi saya dalam semua isu kesihatan yang saya mungkin ada.
Dengan pelbagai informasi dan pendapat serentak daripada Perancang Hayat, keluarga dan rakan-rakan, amat mudah bagi kita untuk berasa runsing dan sukar untuk membuat keputusan. Kami senaraikan lima soalan mudah untuk anda ajukan sebelum memilih pelan perlindungan perubatan.
1: Apakah perlindungan yang diberikan dalam pelan perubatan saya?
Terdapat pelbagai pelan perlindungan kesihatan di pasaran – dan ini belum termasuk pilihan tambahan (yang juga dikenali sebagai rider). Kesemua pelan perubatan mempunyai satu ciri asas, iaitu untuk memberikan bantuan kewangan untuk kemasukan hospital, pembedahan atau rawatan.
Terdapat dua jenis pelan kesihatan yang anda boleh pilih bergantung kepada keperluan:
- Insurans Perubatan Jangka Panjang, Hospitalisasi dan Pembedahan: Pelan perubatan asas yang melindungi kos hospitalisasi dan kos rawatan susulan.
- Pendapatan Hospital: Pelan perlindungan kewangan yang memberikan anda pendapatan harian sepanjang hospitalisasi.
2: Adakah pelan perubatan saya memberikan perlindungan ke atas semua penyakit dan kecederaan?
Jawapan yang mudah adalah ya. Pelan perubatan anda melindungi kos perubatan penyakit kritikal. Walaubagaimanapun, kos perubatan yang tinggi boleh menggunakan keseluruhan liputan perubatan anda, meninggalkan anda dengan nilai yang kosong untuk perlindungan di masa akan datang. Di sinilah di mana pelan penyakit kritikal dapat membantu. Pelan penyakit kritikal adalah satu polisi berasingan daripada pelan perubatan anda.
Ramai yang tidak melihat kemungkinan mereka mengalami masalah kesihatan yang serius seperti penyakit kritikal. Diagnosis penyakit kritikal mempunyai pelbagai kesan dalam pelbagai aspek kehidupan – si pesakit terpaksa mengambil masa daripada kerja untuk waktu pemulihan, mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk rawatan, terapi atau peralatan perubatan di rumah. Pelan penyakit kritikal memberikan anda penyelesaian kepada masalah kewangan semasa sakit.
3: Adakah patut bagi saya untuk mengambil pelan yang paling murah?
Apabila anda telah memutuskan jenis perlindungan perubatan yang anda mahu, perkara seterusnya adalah kos pelan anda atau juga dikenali sebagai premium bulanan. Jumlah yang anda bayar setiap bulan bergantung kepada tiga perkara: jumlah potongan, insurans bersama dan had tahunan.
- Potongan: Potongan adalah bayaran awal yang anda dahulukan untuk semua penjagaan perubatan anda sebelum insurans diaktifkan. Pelan yang tinggi potongannya bermakna anda bertanggungjawab untuk bahagian yang lebih besar daripada kos penjagaan perubatan anda. Kesannya, anda akan membayar premium yang lebih rendah. Setelah potongan dilakukan, syarikat insurans akan membayar baki kos. Ini sangat ideal untuk mereka yang berdikari dan tidak mempunyai tanggungan.
- Insurans bersama: Insurans bersama adalah peratusan caj perubatan yang anda bayar, manakala selebihnya dibayar oleh pelan perubatan anda. Sebagai contoh, anda mempunyai 20% insurans bersama, maka anda membayar 20% daripada bil perubatan anda dan pelan anda membayar baki 80%.
- Had tahunan: Had tahunan adalah jumlah maksima yang anda boleh tuntut daripada syarikat insurans dalam setahun.
Satu kesilapan yang dilakukan ramai adalah melihat kepada pelan dengan premium terendah dan tidak mengira had tahunan atau ciri-ciri lain. Kaji setiap pelan dan pilih kombinasi mana yang sesuai. Terdapat pelan seperti A-Life Med Regular yang mempunyai had tahunan tetapi tiada had untuk jumlah yang anda boleh tuntut sepanjang hayat, manakala A-Plus Med mempunyai ciri untuk meningkatkan jumlah had tahunan bermula daripada tahun ketiga polisi anda. A-Plus Med juga tiada ciri insurans bersama atau caj potongan, bermakna anda tidak perlu membayar apa-apa jumlah daripada caj perubatan anda.
4: Adakah pelan perubatan saya akan melindungi keadaan kesihatan saya sekarang?
Terdapat beberapa kondisi yang tidak termasuk dalam pelan perubatan anda dan ini dipanggil pengecualian khas (major exclusions). Pengecualian ini merujuk kepada kondisi kesihatan yang tidak dilindungi pelan seperti:
- Penyakit yang sedia ada, seperti penyakit yang anda sudah tahu wujud sebelum bermulanya perlindungan perubatan yang baru. Hampir kesemua pelan mempunyai tempoh menunggu untuk keadaan seperti ini.
- Rawatan atau pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu dalam 120 hari dari pelan.
- Pembedahan kosmetik/berkhatan/lensa pembaikan/rawatan gigi, melainkan ianya diperlukan untuk merawat kecederaan daripada kemalangan
Rujuk kepada kontrak polisi anda untuk senarai penuh pengecualian.
5: Perlukah saya membayar untuk hospitalisasi?
Antara salah faham yang terbesar mengenai pelan perlindungan perubatan adalah anda tidak perlu membayar apa-apa meskipun satu sen untuk rawatan dan kemasukan ke hospital. Rujuk kembali kepada nombor 3 dan soalan seterusnya adalah: Mengapa saya perlu membayar hospitalisasi saya dengan pelan perubatan?
Meskipun syarikat perubatan menawarkan kad perubatan yang memberikan perlindungan dan akses mudah untuk rawatan, ianya bukan satu jaminan bagi keseluruhan proses itu tidak melibatkan wang. Sesetengah hospital masih memerlukan bayaran muka depan atau caj pemprosesan.
Sesetengan pelan perubatan juga memiliki ciri-ciri “hanya leretkan” (just swipe) untuk hospitalisasi dan ini memudahkan proses kemasukan dan pelepasan pesakit di hospital-hospital panel, seperti pelan A-Life Med Regular daripada AIA.
Untuk mengelakkan anda terpaksa membayar kos perubatan yang tidak dijangka atau kos yang tidak diketahui akibat pengecualian khas, anda perlu mengajukan kelima-lima soalan ini sebelum anda menurunkan tandatangan anda untuk pelan perlindungan perubatan itu.
Ketahui lebih lanjut pelan-pelan perubatan dan kesihatan kami atau hubungi Perancang Hayat AIA kami.
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
Artikel berkaitan