pageheroimage

Pelan Insurans / Takaful

Perlindungan Hayat

Pelan Insurans Hayat dan Takaful Keluarga secara amnya sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan kewangan, komitmen kewangan luar jangka atau matlamat perlindungan dan simpanan jangka panjang.  Orang dewasa boleh membeli pelan untuk diri sendiri atau orang yang tersayang, seperti suami / isteri atau anak-anak. Untuk individu bawah umur, perlindungan lazimnya diambil oleh ibu bapa atau penjaga sah, tertakluk kepada keperluan undang-undang yang berkuatkuasa. Di AIA, kami menawarkan pelan insurans hayat dan Takaful di mana hayat diinsuranskan atau orang dilindungi boleh dilindungi seawal umur 14 hari dan sehingga umur 70 tahun pada masa penyertaan, dengan perlindungan dilanjutkan sehingga umur 100 tahun, bergantung pada pelan.

Kami gembira kerana anda bekerja di syarikat yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan anda.  Bagaimanapun, kadangkala perlindungan insurans hayat/ takaful yang disediakan oleh syarikat anda mungkin tidak mencukupi:

  • Perlindungan insurans hayat/ takaful yang disediakan oleh syarikat mungkin bersifat minimum dan tidak disesuaikan mengikut keperluan anda. 
  • Perlindungan insurans / takaful mungkin hanya sah selagi anda bekerja dengan syarikat. 
  • Manfaat perlindungan yang diterima oleh waris anda mungkin tidak cukup untuk menyara hidup mereka dengan selesa. 
     

Oleh yang sedemikian, kami menggalakkan agar anda mendapatkan pelan insurans hayat  atau takaful keluarga sendiri yang lebih sesuai dengan keperluan anda.

AIA menawarkan 3 jenis pelan insurans hayat  / takaful keluarga untuk memenuhi keperluan anda yang berbeza:

Asas: Memberikan perlindungan asas kepada anda daripada kejadian yang tidak diingini seperti kematian dan kehilangan upaya.  

Komprehensif: Menyediakan perlindungan komprehensif untuk memenuhi keperluan anda.  Selain daripada perlindungan, pelan-pelan ini juga mengambil kira aspek pelaburan dan simpanan. 

Tambahan: Pelan fleksibel yang boleh anda tambah kepada pelan perlindungan untuk memenuhi keperluan anda. Lazimnya, perlindungan tambahan bagi kemalangan, perubatan dan penyakit kritikal ditawarkan sebagai perlindungan sampingan yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan bergantung pada keperluan dan bajet mereka. 

Memandangkan keperluan setiap orang berbeza, kami menggalakkan agar anda berbincang dengan Perancang Hayat kami untuk mendapatkan nasihat yang diperibadikan, atau teroka rangkaian pelan Perlindungan Hayat penuh di sini.

Kami mencadangkan agar anda menentukan bajet dan keperluan perlindungan anda menerusi kalkulator kami di sini atau berbincang dengan perancang hayat kami.

Kami boleh menghubungkan anda kepada Perancang Hayat kami. Sila berikan butiran anda kepada kami dengan klik pada pautan ini atau hubungi kami di 1300-88-1899.

Insurans hayat dan takaful keluarga ialah penyelesaian perlindungan kewangan yang dirangka untuk memberikan sokongan kepada anda dan orang tersayang sekiranya berlaku peristiwa tidak diduga seperti kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal dan kejadian dilindungi yang lain. Pelan-pelan ini membantu anda mendapatkan perlindungan kewangan dengan menawarkan bayaran yang boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian, komitmen kewangan masa depan, pendidikan anak-anak atau hutang tertunggak. Perlindungan hayat penting kerana dapat membantu mengurangkan beban kewangan ke atas keluarga anda dan memberikan  ketenangan fikiran yang lebih tinggi, kerana mengetahui bahawa orang tersayang menerima sokongan kewangan ketika tempoh sukar. 

Ya, pelan insurans hayat dan takaful keluarga secara amnya boleh dibeli/disertai untuk suami/isteri atau anak-anak anda, tertakluk kepada syarat kelayakan dan terma dan syarat yang terpakai. Ibu bapa lazimnya boleh mendapatkan pelan perlindungan untuk anak-anak mereka untuk menyediakan jaminan kewangan jangka panjang atau manfaat simpanan, manakala suami/isteri boleh mendapatkan perlindungan untuk melindungi masa depan kewangan keluarga.

Ya, sesetengah pelan insurans hayat dan takaful keluarga mungkin menyediakan ciri-ciri simpanan atau berkaitan pelaburan selain daripada perlindungan.  Pelan-pelan ini dirangka untuk memberikan perlindungan kewangan disamping membantu individu membina nilai tunai atau mengembangkan simpanan secara beransur-ansur. 

Sebelum memilih pelan perlindungan hayat, anda hendaklah mempertimbangkan beberapa faktor seperti kemampuan, komitmen kewangan, bilangan tanggungan, gaya hidup dan matlamat kewangan jangka panjang anda. Ramai yang memilih untuk mendapatkan pelan insurans hayat/takaful keluarga lebih awal kerana premium/caruman awal secara lazimnya lebih rendah dan mampu milik pada usia lebih muda dan tempoh perlindungan adalah lebih lama. 

Perlindungan Perubatan

Semua orang boleh memanfaatkan pelan insurans / takaful keluarga perubatan - dan masa terbaik untuk bermula ialah apabila anda masih muda dan layak.

Di AIA, pelan insurans / takaful keluarga perubatan kami disediakan untuk orang yang diinsuranskan/dilindungi sejak dari dalam kandungan (kehamilan 13 minggu bagi pranatal) sehingga 70 tahun, dengan perlindungan sehingga usia 100 tahun.

Perlindungan perubatan yang ditanggung majikan ialah permulaan yang baik, tetapi mungkin tidak mencukupi untuk melindungi keperluan penjagaan kesihatan peribadi anda kerana:

  • Perlindungan secara lazimnya bersifat asas (had tahunan lebih rendah, manfaat terhad, panel terhad)
  • Perlindungan tamat apabila anda meninggalkan syarikat, bertukar kerja atau bersara
  • Terma dan had perlindungan ditentukan oleh majikan dan mungkin mengakibatkan perbelanjaan yang perlu ditanggung sendiri disebabkan insurans bersama, deduktibel, penggunaan hospital bukan panel, bergantung pada skop pelan majikan.

Memilik pelan insurans / takaful perubatan sendiri bermakna anda boleh mendapat perlindungan berterusan, mengawal had manfaat, rider dan membantu melindungi simpanan anda daripada kos perubatan lebih tinggi.

Jika anda perlukan bantuan untuk membuat perbandingan pilihan, kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA untuk bantuan lanjut.

Bergantung pada jenis perlindungan perubatan yang anda perlukan dan keutamaan penjagaan kesihatan peribadi anda. Berikut adalah beberapa faktor penting untuk dipertimbangkan:

  • Keperluan penjagaan kesihatan anda
  • Perlindungan dan manfaat
  • Had tahunan dan had sepanjang hayat
  • Ciri-ciri perkongsian kos

Jika anda memerlukan bantuan untuk memilih pelan yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan bajet anda, kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA untuk bantuan lanjut.

Kelayakan untuk pelan insurans / takaful perubatan dinilai berasaskan beberapa faktor, termasuk umur, keadaan kesihatan semasa, sejarah perubatan, gaya hidup dan pekerjaan anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk menentukan pilihan perlindungan anda, pendedahan yang diperlukan dan sama ada pengecualian atau tempoh menunggu yang mungkin dikenakan.

Jika anda tidak pasti tentang kelayakan anda atau jenis dokumen yang diperlukan, kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA untuk bantuan lanjut.

Pelan perubatan kami bukan sahaja melindungi anda apabila anda kurang sihat, tetapi dengan menggabungkan AIA Vitality ke dalam pelan perubatan, kami memberi ganjaran kepada anda apabila anda membuat pilihan yangsihat! Anda boleh menikmati perlindungan kesihatan tambahan, manfaat gaya hidup dan potensi penjimatan premium/caruman anda.

Ini tertakluk kepada kelayakan pelan yang dipilih.

Ya, ada beberapa pelan perubatan AIA yang turut melindungi keluarga anda. Anda dialu-alukan untuk berbincang dengan Perancang Hayat kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan perlindungan bagi seluruh keluarga anda.

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA atau hubungi kami di 1300-88-1899.

Insurans hayat dan takaful keluarga ialah penyelesaian perlindungan kewangan yang dirangka untuk memberikan sokongan kepada anda dan orang tersayang sekiranya berlaku peristiwa tidak diduga seperti kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal dan kejadian dilindungi yang lain. Pelan-pelan ini membantu anda mendapatkan perlindungan kewangan dengan menawarkan bayaran yang boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian, komitmen kewangan masa depan, pendidikan anak-anak atau hutang tertunggak. Perlindungan hayat penting kerana dapat membantu mengurangkan beban kewangan ke atas keluarga anda dan memberikan  ketenangan fikiran yang lebih tinggi, kerana mengetahui bahawa orang tersayang menerima sokongan kewangan ketika tempoh sukar.

Ya, pelan insurans hayat dan takaful keluarga secara amnya boleh dibeli/disertai untuk suami/isteri atau anak-anak anda, tertakluk kepada syarat kelayakan dan terma dan syarat yang terpakai. Ibu bapa lazimnya boleh mendapatkan pelan perlindungan untuk anak-anak mereka untuk menyediakan jaminan kewangan jangka panjang atau manfaat simpanan, manakala suami/isteri boleh mendapatkan perlindungan untuk melindungi masa depan kewangan keluarga.

Ya, sesetengah pelan insurans hayat dan takaful keluarga mungkin menyediakan ciri-ciri simpanan atau berkaitan pelaburan selain daripada perlindungan.  Pelan-pelan ini dirangka untuk memberikan perlindungan kewangan disamping membantu individu membina nilai tunai atau mengembangkan simpanan secara beransur-ansur.

Sebelum memilih pelan perlindungan hayat, anda hendaklah mempertimbangkan beberapa faktor seperti kemampuan, komitmen kewangan, bilangan tanggungan, gaya hidup dan matlamat kewangan jangka panjang anda. Ramai yang memilih untuk mendapatkan pelan insurans hayat/takaful keluarga lebih awal kerana premium/caruman awal secara lazimnya lebih rendah dan mampu milik pada usia lebih muda dan tempoh perlindungan adalah lebih lama.

Perlindungan Penyakit Kritikal

Kami menggalakkan semua orang agar mendapatkan pelan insurans/takaful penyakit kritikal seawal mungkin sementara anda masih muda dan layak.

AIA menawarkan pelan insurans/takaful penyakit kritikal yang sesuai untuk pelanggan seawal 13 minggu dalam kandungan sehinggalah usia 100 tahun.

Setiap permohonan insurans akan dinilai berdasarkan usia, profil perubatan, gaya hidup dan pekerjaan pemohon.

Bergantung kepada pelan insurans/takaful Penyakit Kritikal AIA kami, AIA mengambil kira dan melindungi sehingga 180 penyakit kritikal seperti strok, kanser, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan banyak lagi.

AIA menawarkan tiga jenis pelan insurans/takaful penyakit kritikal yang memenuhi keperluan berbeza:

  • Asas: Memberi anda perlindungan asas yang penting.
  • Komprehensif: Memberi perlindungan menyeluruh bagi keperluan anda.
  • Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan perlindungan anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Lihat semua pelan Perlindungan Penyakit Kritikal kami di sini.

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.

Pelaburan & Simpanan

Pelan simpanan dan pelaburan boleh membantu anda memenuhi matlamat kewangan jangka panjang sambil memberikan perlindungan insurans atau takaful. Sebahagian daripada premium/caruman diperuntukkan kepada dana berkaitan pelaburan yang boleh membantu anda membina nilai dalam tempoh jangka panjang. Memandangkan nilai pelaburan mungkin naik atau turun mengikut keadaan pasaran, pelan-pelan ini sesuai bagi individu yang ingin mencapai pertumbuhan jangka panjang dan yang memahami risiko berkaitan.

AIA menawarkan pilihan pelan simpanan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi keperluan kewangan unik anda.  

Memandangkan matlamat kewangan setiap individu adalah berbeza, kami mencadangkan anda berbincang dengan Perancang Hayat AIA kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kami mencadangkan anda menyemak bajet dan keperluan jumlah simpanan anda menerusi mesin pengira kewangan kami di sini

Kami juga menggalakkan anda untuk berhubung dengan Perancang Hayat AIA untuk penilaian kewangan dan perlindungan komprehensif.

Pelan simpanan dan pelaburan terpilih kami menawarkan manfaat tambahan tanpa premium/caruman tambahan apabila anda menjadi ahli AIA Vitality.  Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang manfaat AIA Vitality di sini supaya anda boleh menikmati ganjaran tambahan untuk anda dan keluarga apabila anda kekal sihat

* tertakluk kepada kelayakan pelan

Kami boleh menghubungkan anda kepada Perancang Hayat AIA. Sila berikan kami maklumat hubungan anda dengan klik pada pautan ini atau hubungi kami di 1300-88-1899.

Pelan berkaitan pelaburan menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Sebahagian daripada caruman anda digunakan untuk perlindungan manakala sebahagian lagi dilaburkan ke dalam dana untuk membantu mengembangkan nilai jangka panjang. 

Ya, pelan tertentu mungkin membenarkan pelarasan seperti jumlah caruman, tahap perlindungan atau peruntukan dana bergantung kepada keperluan kewangan dan peringkat kehidupan anda. 

Pelan-pelan ini tertakluk kepada risiko pasaran dan nilai pelaburan yang mungkin turun atau naik. Pulangan tidak dijamin dan anda seharusnya mempertimbangkan toleransi risiko anda sebelum melabur. 

Bermula lebih awal memberikan lebih banyak masa untuk nilai wang anda berkembang melalui faedah kompaun yang membantu anda membina keselamatan kewangan jangka panjang yang lebih kukuh dan mencapai matlamat masa depan dengan lebih berkesan. 

Pengeluaran separa mungkin dibenarkan bergantung kepada pelan, tetapi ia mungkin mengurangkan nilai polisi anda dan juga potensi pertumbuhan masa depan. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Perlindungan Kemalangan

Kami menggalakkan semua orang untuk mendapatkan pelan insurans kemalangan peribadi kerana malang tidak berbau. Ini akan memastikan anda dan orang tersayang anda masih mendapat sokongan kewangan yang mencukupi sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Setiap permohonan insurans akan dinilai berdasarkan usia, profil perubatan, gaya hidup dan pekerjaan pemohon.

Perlindungan anda masih sah sehingga anda mencapai had usia perlindungan pelan anda dan selagi anda masih membuat bayaran bulanan anda (premium). Jika anda gagal membuat pembayaran premium, perlindungan anda boleh ditamatkan dan pelan anda terbatal.

AIA menawarkan dua jenis pelan insurans kemalangan peribadi yang memenuhi keperluan berbeza:

  • Komprehensif: Memberi perlindungan menyeluruh bagi keperluan anda.
  • Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan asas anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Lihat semua pelan Perlindungan Kemalangan kami di sini

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.