Apa sebenarnya makna berkat? Berkat bukan sekadar kata, tetapi sinar yang menghidupkan setiap detik dalam perjalanan hidup kita. Mari kita sama-sama menyelami keindahan berkat, dan bagaimana ia menjadikan hidup kita lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
- Berkat Sama-Sama
- AIA Penyala Harapan
- Pelan Perlindungan
- Tawaran Istimewa
Berkat Sama-Sama Bersama AIA PUBLIC Takaful
Satu Kebaikan, Berkat Berpanjangan
Satu kebaikan kecil boleh mencetuskan seribu keberkatan. Dari bantuan di pasar raya, kepada senyuman yang mengubah hari seseorang—kebaikan sentiasa mengalir dan kembali. Saksikan bagaimana satu detik mencipta rantai kebaikan yang menyatukan kita semua.
AIA Penyala Harapan
AIA PUBLIC Takaful melancarkan Program Biasiswa AIA Penyala Harapan untuk memperkasa pelajar-pelajar Malaysia yang berpotensi tinggi melalui pendidikan. Biasiswa ini direalisasikan daripada sumbangan lebihan takaful peserta yang disalurkan ke Tabung Amal AIA Penyala Harapan.
Dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), program ini menawarkan sokongan kewangan sehingga empat tahun kepada pelajar dalam bidang Perbankan Islam, Kewangan Islam dan Undang-undang. Para penerima biasiswa juga berpeluang untuk menjalani latihan industri bersama AIA PUBLIC Takaful.
Melalui tonggak Berkat Sama-Sama, takaful bukan sekadar perlindungan kewangan tetapi juga wadah untuk menyebarkan kebaikan dan berkongsi keberkatan.
Pelajar yang layak digalakkan untuk memohon melalui Bahagian IEF di UIAM.
Pelan Perlindungan
Hidup penuh ketidakpastian, tetapi keselamatan kewangan anda tidak perlu begitu. Dengan rangkaian pelan takaful AIA PUBLIC Takaful, anda sentiasa dilindungi agar dapat memberi tumpuan kepada perkara yang paling berharga—kesihatan, keluarga dan masa depan yang cerah.