- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
Manfaat

Vitality Protect Booster
Daftar sebagai ahli AIA Vitality dan dapatkan perlindungan tambahan apabila anda kekal sihat. Dengan Vitality Protect Booster, amaun perlindungan anda boleh meningkat sehingga 120% daripada amaun perlindungan untuk tuntutan berkaitan 45 penyakit kritikal yang dilindungi, kematian atau HUMK.
Soalan Lazim
A-Life Sejahtera ialah pelan takaful yang menyediakan perlindungan kewangan terhadap penyakit kritikal, kematian, dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Pelan ini membantu melindungi masa depan kewangan anda disamping memberi anda peluang menyokong aktiviti amal kebajikan.
Penyakit serius, kehilangan upaya, atau kehilangan nyawa boleh menimbulkan cabaran kewangan kepada anda sekeluarga. A-Life Sejahtera memberikan bayaran sekali gus untuk membantu menampung perbelanjaan perubatan, kos sara hidup harian dan komitmen kewangan lain ketika tempoh sukar.
Pelan ini menawarkan perlindungan 3-dalam-1 untuk penyakit kritikal, kematian dan HUMK. Pelan ini turut menyediakan Manfaat Pemulihan Penyakit Kritikal untuk penyakit tertentu, rider pilihan untuk perlindungan yang dipertingkatkan dan pilihan untuk menyumbang kepada badan amal melalui ciri sumbangan lebihan takaful.
A-Life Sejahtera melindungi 45 penyakit kritikal seperti yang dinyatakan dalam kontrak sijil. Ini termasuk penyakit serius seperti kanser, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, dan keadaan lain yang dilindungi.
Manfaat Pemulihan Penyakit Kritikal menyediakan bayaran tambahan untuk menyokong pemulihan anda jika anda disahkan menghidap salah satu daripada tiga penyakit kritikal utama: kanser, serangan jantung, atau strok. Manfaat ini dirangka untuk membantu meringankan beban kewangan dan memberikan ketenangan fikiran tambahan sepanjang proses pemulihan anda.
Pelan ini tidak melindungi penyakit, keadaan, atau kejadian yang termasuk dalam pengecualian yang dinyatakan dalam kontrak sijil. Perlindungan juga tertakluk kepada tempoh menunggu, terma, dan syarat. Sila rujuk kontrak sijil untuk senarai penuh pengecualian.
Ya. Selain perlindungan penyakit kritikal, pelan ini menyediakan bayaran sekali gus jika individu yang dilindungi meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK), tertakluk kepada terma dan syarat sijil.
Anda boleh memilih tempoh perlindungan selama 20 tahun atau perlindungan sehingga umur 70 tahun, bergantung pada pilihan yang dibuat semasa anda memohon pelan ini.
A-Life Sejahtera membolehkan anda membantu masyarakat melalui rider A-Plus Infaq yang menyediakan perlindungan tambahan untuk badan amal pilihan anda. Anda juga boleh memilih untuk menderma lebihan takaful kepada badan amal yang dipilih oleh AIA PUBLIC Takaful, dengan fleksibiliti untuk menarik diri pada bila-bila masa.
A-Life Sejahtera menggabungkan perlindungan penyakit kritikal, kematian, dan HUMK dalam satu pelan takaful. Pelan ini juga menyediakan Manfaat Pemulihan Penyakit Kritikal untuk penyakit tertentu dan ciri sumbangan amal unik, manakala pelan penyakit kritikal AIA / AIA PUBLIC Takaful lain mungkin memberi tumpuan kepada perlindungan penyakit yang lebih luas, perlindungan peringkat awal, atau manfaat pemulihan yang berbeza.
Individu berumur 14 hari hingga 60 tahun boleh memohon untuk menyertai A-Life Sejahtera, tertakluk kepada keperluan taja jamin dan syarat yang ditetapkan oleh AIA PUBLIC Takaful.
Penyakit kritikal ialah keadaan perubatan serius yang boleh menimbulkan kesan ketara kepada kesihatan, gaya hidup, dan kewangan seseorang. Penyakit kritikal umum termasuk kanser, serangan jantung, strok, dan kegagalan buah pinggang, yang merupakan antara penyakit dan keadaan lain yang dilindungi di bawah polisi atau sijil.
Perlindungan perubatan menampung bil hospital, tetapi perbelanjaan sara hidup lain tidak terhenti semasa pemulihan. Anda masih perlu menguruskan perbelanjaan seperti bayaran pinjaman gadai janji, perbelanjaan harian, dan yuran pengajian anak anda. Di AIA, kami percaya perlindungan sebenar tidak hanya meliputi pembiayaan kos perubatan. Perlindungan penyakit kritikal menyediakan sokongan kewangan tambahan, supaya anda sekeluarga boleh terus menikmati kehidupan tanpa tekanan kewangan tambahan.
Terma & Syarat
- Tuntutan boleh dibuat jika Orang Dilindungi didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang dilindungi, meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
- Jika Sijil Takaful dibatalkan dalam tempoh 15 hari, caruman penuh ditolak perbelanjaan perubatan (jika ada) akan dikembalikan.
- Kadar tabarru' untuk pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC Takaful berhak untuk menyemak semula Tabarru' dengan memberi anda notis bertulis selama 3 bulan terlebih dahulu.
- Bayaran caruman boleh dibuat setiap tahun, separa tahun, suku tahunan atau bulanan.
- Pelan Takaful ini tidak akan memberi faedah daripada Dana Risiko Peserta (DRP) apabila sijil Takaful ditamatkan atau tamat tempoh.
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan penyakit kritikal di bawah pelan ini. Tempoh menunggu yang berbeza dikenakan mengikut faedah berbeza.
- Anda mesti memastikan bahawa anda tahu dan faham segala maklumat penting berkenaan pelan ini. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan penjelasan daripada Pengendali Takaful.
- Sekiranya caruman anda tidak dibayar, sijil anda akan kekal berkuat kuasa selagi Nilai Akaun anda dalam Dana Akaun Peserta (DAP) mencukupi untuk mencukupi utk menampung tabarru' dan caj yang berkaitan. Jika sebarang caruman tidak dibayar dan Nilai Akaun dalam DAP tidak mencukupi untuk menampung tabarru' dan caj sijil yang berkaitan, sijil anda akan luput selepas tempoh tangguh.
- Pengendali Takaful akan membayar bahagian lebihan anda kepada badan amal yang dipilih oleh Pengendali Takaful jika anda memilih untuk menyumbang lebihan boleh agih anda kepada badan amal. Anda boleh memilih untuk tidak lagi menderma lebihan anda pada bila-bila masa dengan memberikan pemakluman kepada Pengendali Takaful. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan diberikan sebarang resit untuk derma anda.
- Maklumat di atas adalah tidak lengkap. Anda digalakkan merujuk kepada Ilustrasi Produk dan Lembaran Pendedahan Produk untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini sebelum menyertai dalam sijil Takaful dan juga merujuk kepada terma dan syarat dalam sijil Takaful untuk penjelasan terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat, pengecualian dan tempoh menunggu sijil Takaful ini.
- Anda berhak mendapat pelepasan cukai individu semasa anda menyertai pelan ini, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
- Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.