Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}12/06/2023
Bapa anda yang kini mengharungi usia tua mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan yang belum pernah dihadapi sebelum ini. Di sini, kami kongsikan lima cara yang boleh anda lakukan untuk meraikan bapa tersayang agar dapat menjalani kehidupan yang lebih aktif, sihat dan bermakna.
Di usia emas, mungkin agak sukar untuk bapa anda mengamalkan gaya hidup sihat jika tidak dipantau dengan baik. Teruskan beri galakan kepadanya untuk menjaga pemakanan supaya dapat mengekalkan kesihatan yang baik seiring dengan peningkatan usianya.
Cuba sediakan hidangan berkhasiat dan seimbang untuk bapa anda supaya menarik minatnya untuk mengamalkan diet yang sihat setiap masa.
Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian buah-buahan & sayur-sayuran di Jaya Grocer. Nikmati juga ganjaran istimewa dengan Weekly Challenge, khas untuk ahli AIA Vitality!
Cipta kenangan yang berkekalan dengan meluangkan masa melakukan aktiviti bersama bapa anda. Jika bapa anda seorang ‘outdoor person’, aturkan aktiviti riadah yang diminatinya, seperti memancing atau bersukan bersama.
Sebaliknya, jika bapa anda lebih gemar melakukan aktiviti yang lebih santai, mungkin anda boleh menemani bapa anda menonton filem, bermain catur dengannya atau mencuba sesuatu yang baharu. Tentu sekali ini dapat membantu mengeratkan hubungan anda berdua.
Berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai program menarik seperti sukaneka, berkelah, jamuan, beribadah bersama-sama, memberi peluang kepada bapa anda bertemu ahli keluarga dan sanak-saudara lain yang dapat merapatkan ukhwah persaudaraan.
Bukan itu sahaja, perjumpaan seperti ini dapat menjadi platform untuk golongan tua berkongsi kisah-kisah lama dan mencipta kenangan baharu.
Di usia emas ini, pastikan bapa anda menjalani pemeriksaan kesihatan berkala sebagai langkah pencegahan awal daripada penyakit yang secara lazimnya dihadapi warga emas seperti kencing manis, darah tinggi dan juga masalah jantung dan hati.
Dapatkan juga Pelan Perlindungan AIA PUBLIC Takaful untuk bapa anda untuk perjalanan hari tua yang lebih tenang dan terjamin.
Bapa anda mungkin jarang menunjukkan perasaan atau kesusahan yang dihadapinya, tetapi dia juga insan biasa yang memerlukan kasih sayang dan penghargaan daripada anda.
Sebagai tanda terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan bapa anda sepanjang kehidupannya, mungkin anda boleh menghadiahkan sesuatu yang bernilai dan bermakna kepada bapa tersayang. Yang penting, pemberian tersebut ikhlas dan mendatangkan kegembiraan kepadanya.
Sempena Hari Bapa ini, hargailah para bapa yang merupakan seorang pemimpin dan ketua keluarga yang hebat. Utamakan kesihatan dan kesejahteraan mereka agar dapat menikmati usia senja mereka dengan tenang dan bahagia.