Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi sepanjang Ramadhan:
      Isnin – Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

Kesihatan & Kesejahteraan
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Gula Dan Anda: 7 Langkah Bijak Untuk Mengurangkan Penggunaan Gula Dalam Makanan

    Makanan dan minuman berasaskan gula sememangnya sedap sehinggakan sesi makan bagaikan tidak lengkap jika tidak diakhiri dengan pencuci mulut. Masyarakat Melayu juga amat terkenal dengan kuih-muih tradisi yang kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti sagu gula Melaka, pengat, kuih lopes dan juga pencuci mulut seperti air batu campur dan ais kepal. Kebiasaan ini menjadikan kita alpa atau memandang remeh tentang kadar pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

    Adalah diramalkan bahawa seorang dalam lima orang dewasa akan menghidap kencing manis menjelang tahun 2020, masa yang tidak berapa lama dari sekarang. Jika pengambilan gula tidak dikawal, ianya akan mendatangkan bukan sahaja kencing manis malah lebih banyak penyakit yang akan menyukarkan hidup kita kelak.

    Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan?

    Mulakan dengan tujuh langkah ini! 

    1. Kurangkan pengambilan nasi

    Nasi sememangnya makanan ruji. Tanpa nasi, hidup ini bagaikan tidak lengkap. Bagi penggemar nasi yang tegar, cadangan ini mungkin radikal tapi apa salahnya mencuba demi kesihatan yang lebih baik.

    Bukan salah untuk menikmati nasi tapi jumlahnya perlulah terkawal. Nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan ini boleh menaikkan kadar gula dalam darah.

    Cuba kurangkan pengambilan nasi hanya sekali sehari dengan jumlah yang sedikit iaitu segenggam tangan anda. Elakkan makan nasi pada waktu malam. Apabila anda lebih selesa dengan jumlah nasi yang dimakan, anda boleh menggantikan nasi selang sehari dengan roti mil penuh, pasta mil penuh atau capati. 

    “Nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan ini boleh menaikkan kadar gula dalam darah.”

    2. Berhenti minum air berkarbonat

    Terdapat lima sudu teh gula dalam satu hidangan air berkarbonat sedangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan hanya enam sudu teh atau 25 gram gula sahaja yang patut diambil seorang individu dalam sehari. Kandungan gula yang tersorok dalam minuman berkarbonat amat tinggi dan ianya langsung tidak menyumbang kebaikan kepada kesihatan anda. Perkara yang terbaik dalam hal ini ialah dengan berhenti minum air berkarbonat sama sekali dan menggantikannya dengan air kosong. Namun begitu, bagi sesetengah orang air kosong adalah bosan kerana ianya tiada rasa dan ini selalunya tidak memberi motivasi bagi mereka untuk kerap minum. 

    Jika anda tiada keinginan untuk minum air kosong, jangan terus capai air berperisa itu! Gunakan potongan buah-buahan manis untuk menambah perisa air seperti stroberi, beri, epal, kurma dan buah-buahan sitrus seperti lemon, limau nipis, dan oren. Anda juga boleh menggunakan daun pudina untuk rasa yang menyegarkan. Rendam potongan buah pilihan anda di dalam bekas yang diisi air masak atau air suling dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk. Pokoknya, anda perlu kreatif! 

    3. Baca label makanan

    Perkara ini paling jarang kita lakukan tapi tidak salah sekiranya kita mula membaca label makanan. Dengan mengetahui berapa jumlah gula di dalam makanan anda, ini dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak semasa pembelian mahupun semasa mengawal jumlah makanan yang diambil (portion control). Antara perkataan yang perlu diberikan perhatian contohnya adalah high fructose corn syrup yang amat lazim di dalam botol-botol sos. Kurangkan pengambilan produk makanan yang mempunyai bahan ini kerana kandungan gula tersorok adalah tinggi.  

    “Dengan mengetahui berapa jumlah gula di dalam makanan anda, ini dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak semasa pembelian mahupun semasa mengawal jumlah makanan yang diambil (portion control).”

    4. Jika ada pengganti yang lebih baik, pilih si pengganti

    Terdapat pelbagai produk di pasaran masa kini yang mampu menjadi pengganti kepada apa yang menjadi kebiasaan kita. Contohnya nasi putih boleh ditukarkan kepada nasi beras perang yang mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi. Roti putih boleh ditukarkan kepada roti mil penuh.

    Jika anda penggemar coklat, cuba gantikannya dengan coklat gelap (dark chocolate) yang mempunyai kandungan gula lebih rendah dan antioksidan yang tinggi. Setiap gantian ini mungkin kelihatan seperti sedikit tetapi jika diambil kira kesemuanya ianya adalah satu langkah yang besar dalam mengawal kandungan gula dalam pemakanan anda. 

    5. Boss, teh ‘o’ kosong satu!

    Antara perkara mudah yang boleh diamalkan adalah dengan ‘mengosongkan’ minuman yang dipesan di gerai. Di kedai-kedai makan dan restoran mamak, kosong bermaksud tiada gula. Jika anda mahukan Milo, Nescafe atau Horlicks, jangan lupa perkataan ‘kosong’ di belakang kerana campuran minuman tersebut sudah mengandungi gula. Teh ‘o’ dan kopi ‘o’ juga lebih bagus kerana ianya tidak dicampur dengan susu pekat manis yang tinggi dengan kandungan gula. Anda boleh bermula mengurangkan kemanisan dalam minuman dengan membuat pesanan minuman ‘kurang manis’. Apabila lidah sudah biasa dengan makanan dan minuman yang kurang manis, anda akan lebih selesa meminta minuman yang ‘kosong’ atau tanpa gula. 

    6. Lebihkan buah-buahan

    Seronok jika dapat mengunyah sambil menonton TV. Cuba gantikan snek atau coklat dengan buah-buahan. Glukos daripada buah-buahan adalah lebih elok dari manisan buatan (artificial) kerana ianya semulajadi dan senang dirungkai oleh sistem pencernaan. Buah-buahan juga mengandungi serat dan kandungan air. Walaupun ianya lebih bagus daripada manisan buatan, anda harus juga berhati-hati dengan pengambilan buah-buahan kerana ianya masih manis

    Pemakanan Sihat: Pilihan Yang Baik Jika Makan Di Luar

    7. Ubahsuai resipi jika perlu

    Jika resipi masakan atau kek yang anda gunakan mengandungi gula yang tinggi, kurangkan saja jumlahnya. Mengurangkan separuh jumlah gula terutama dalam kek atau manisan lain seperti muffin dan cupcake tidak akan merosakkan rasa makanan itu. Kuih-muih tradisional yang juga tinggi kandungan gula boleh diubahsuai resipinya mengikut kesesuaian. 

    Mudah, bukan? Anda boleh mulakan langkah-langkah ini satu persatu. Lambat laun, ianya akan menjadi kebiasaan. Jika anda dapat melatih deria rasa anda untuk mengurangkan rasa manis, anda akan dapat merasakan pilihan makanan selama ini terlalu manis sebenarnya. Namun begitu, seperti apa jua dalam kehidupan kita, perlu ada kesederhanaan. Jika anda teringinkan sepotong kek atau sebekas bubur cha cha selepas anda berjaya mendisiplinkan diri dalam pemakanan, anda boleh menikmatinya sekali sekala. Jangan lupa minum air kosong yang banyak selepas menikmati manisan anda.

    References
    https://www.nst.com.my/news/nation/2017/11/303070/diabetes-rate-among-pregnant-malaysian-women-almost-10pct-report
    http://nationalgeographic.co.id/berita/2017/11/alasan-mengapa-makan-nasi-putih-bikin-kita-mengantuk
    http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula/
    https://www.cbsnews.com/news/world-health-organization-lowers-sugar-intake-recommendations/
    https://www.healthline.com/nutrition/7-health-benefits-dark-chocolate#section1

    Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

    Bagaimanakah anda mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan seharian?

    • Yes (55%)
    • No (45%)

    Produk Yang Disyorkan

    AIA VITALITY

    AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.

    AIA Vitality

    One Second Survey
    One Second Survey
    ×
    One Second Survey

    What do you think of this article?

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman