Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi sepanjang Ramadhan:
      Isnin – Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

Kesihatan & Kesejahteraan
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Atasi Rambut Gugur Macam Pro!

    07/06/2021

    Percaya atau tidak, rambut dianggarkan gugur sebanyak 50 hingga 100 helai setiap hari. Sebab itulah bila anda menyikat rambut, banyak rambut melekat pada sikat walaupun anda tidak mempunyai masalah rambut gugur. Adakah ini normal?

    Sebenarnya, proses ini dianggap normal kerana ia sebahagian daripada kitaran pertumbuhan rambut. Namun, jika anda mengalami keguguran rambut yang luar biasa, anda mungkin sedang mengalami masalah kesihatan. Antaranya adalah kekurangan imuniti, ketidakstabilan hormon, pengambilan ubat-ubatan atau rawatan perubatan, persekitaran tercemar, pemakanan dan banyak lagi faktor.

    MITOS & FAKTA RAMBUT GUGUR

    MITOS: Kulit kepala ‘tidak bernafas’ kerana memakai topi atau bertudung

    muslim-woman-with-hijab-make-up-her-self-in-the-mirror-picture-aia-malaysia

    FAKTA: Pemakaian topi atau tudung bukan punca kulit kepala tidak dapat ‘bernafas’. Oksigen yang diperlukan oleh pertumbuhan rambut berasal dari aliran darah dan bukan dari udara di sekitarnya. Jadi ianya bukan punca masalah rambut gugur.

    MITOS: Rambut gugur tidak akan tumbuh semula
    FAKTA: Folikel rambut akan ‘berehat’ selama 100 hari setelah rambut anda gugur. Ia menjadikan kadar pertumbuhan semula rambut anda seakan-akan perlahan dan lambat. Pastikan anda mendapat nutrien yang secukupnya agar rambut dapat tumbuh kuat dan sihat!

    MITOS: Syampu punca rambut gugur 

    closeup-of-hair-shampoo-in-a-hand-picture-aia-malaysia

    FAKTA: Bersyampu tidak mengakibatkan rambut gugur. Malah ia membersihkan rambut dari kotoran yang melekat. Rambut bersih adalah rambut sihat, jadi rajin-rajinlah bersyampu.

    MITOS: Anda akan botak jika tertekan
    FAKTA: Stres atau tekanan menyumbang kepada masalah rambut gugur tetapi ia hanya bersifat sementara. Namun, jika anda membiarkan stres itu berlarutan, ia akan mengganggu keseimbangan hormon yang merupakan salah satu punca rambut gugur! Jadi, pelajari teknik atau dapatkan rawatan secepat mungkin untuk mengatasinya seperti melakukan terapi minda atau menonton rancangan hiburan kegemaran!

    MITOS: Rambut gugur adalah masalah lelaki

    couple-man-and-woman-enjoy-with-activity-of-cut-hair-in-room-picture-aia-malaysia

    FAKTA: Rambut gugur adalah masalah semua orang tanpa mengira jantina. Namun, punca keguguran rambut wanita adalah berbeza daripada lelaki. Contohnya; wanita mengandung mengalami keguguran rambut kerana ketidakstabilan hormon dan lelaki pula kerana faktor genetik. Cara mengatasinya juga berbeza mengikut individu dan situasi.

    ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN 4 MAKANAN ASAS

    Selain penjagaan rambut yang berkesan, pemakanan juga mempengaruhi kesihatan rambut. Jom atasi masalah rambut gugur dengan 4 makanan asas yang mudah diperolehi dan disediakan setiap hari!

    Bayam

    spinach-picture-aia-malaysia

    Selain mengandungi zat besi yang bagus untuk mengatasi rambut gugur, bayam juga kaya dengan vitamin A, C, dan protein. Bayam adalah penting untuk penghasilan sebum, yang juga bertindak sebagai perapi semula jadi rambut.

    Yogurt

    Yogurt mengandungi vitamin B5 dan vitamin D yang menggalakkan kesihatan folikel rambut seterusnya melancarkan proses pertumbuhan rambut baharu. Jadi, makanlah yogurt untuk memiliki rambut yang sihat!

    Oat

    oat-flakes-in-a-glass-bowl-picture-aia-malaysia

    Nikmati sarapan pagi dengan semangkuk besar oat untuk mencegah rambut gugur. Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu yang merangsang pertumbuhan rambut agar lebih tebal dan sihat.

    Makanan yang kaya dengan Vitamin C

    ripe-oranges-on-blue-napkin-picture-aia-malaysia

    Vitamin C menyokong penyerapan zat besi tubuh anda. Kekurangan nutrien ini boleh mengakibatkan rambut gugur. Ia juga dikenali dengan sifat antioksida yang mengurangkan kerosakan rambut akibat radikal bebas – punca rambut rapuh dan lemah.

    Tahukah anda?
    Sebagai ahli AIA Vitality, anda boleh dapatkan 10% diskaun untuk sayur-sayuran dan buah-buahan apabila anda membeli-belah di Jaya Grocer.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

    SIHATKAN RAMBUT SECARA SEMULA JADI

    Ada beberapa bahan semula jadi yang boleh merawat masalah punca rambut gugur tanpa kesan sampingan dan tanpa perlu berbelanja lebih!

    Santan Kelapa

    coconuts-and-santan-coconut-milk-in-a-glass-jar-picture-aia-malaysia

    Ia mengandungi asid lemak yang dapat mengurangkan kehilangan protein rambut dan juga dapat meningkatkan kesihatan rambut!

    Jadikan santan kelapa sebagai masker rambut:

    • Ambil perahan santan dari kelapa segar, tambahkan setengah perahan lemon dan 4 titisan minyak lavender. 
    • Gaul mesra dan sapukan pada kulit kepala. 
    • Biarkan selama 4-5 jam dan bilas.
     
    Masker Telur
    raw-egg-in-the-small-white-bowl-and-wooden-hair-comb-natural-homemade-picture-aia-malaysia

    Seperti yang kita tahu, telur mengandungi paras protein yang tinggi untuk membantu pertumbuhan rambut baharu. Ia juga kaya dengan sulfur, zink, besi, selenium, fosforus dan sodium.

    Resipi masker rambut berasaskan telur:

    • Masukkan sebiji telur putih ke dalam mangkuk dan tambah satu sudu teh minyak zaitun (anda juga boleh menggunakan minyak biji anggur atau minyak lavender) dan madu. 
    • Sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala anda dan biarkan selama 20 minit. 
    • Bilas dengan air sejuk kemudian syampu seperti biasa.
     
    Kesimpulannya, rambut adalah mahkota yang perlu dijaga, dibelai dan dimanjakan tanpa mengira jantina. Menjaga aset berharga ini bukan sahaja dari luaran, malahan dalaman juga perlu diambil kira tanpa mengira faktor dan latar belakang kehidupan. Jagalah penampilan anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat agar kehidupan anda lebih seimbang dan sempurna.

    Rujukan:

    https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/penjagaan-rambut/punca-rambut-gugur-yang-patut-diketahui/ 

    https://www.majalahsains.com/keguguran-rambut-fenomena-normal-atau-perlu-dirawat/    

    https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/causes/18-causes 

    https://www.healthline.com/health/hair-loss#outlook 

    https://www.medicalnewstoday.com/articles/319862#remedies

    Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

    ARTIKEL BERKAITAN

    Khasiat Bayam yang Mungkin Tidak Diketahui


    Salah satu jenis sayuran yang dikategorikan sebagai makanan “superfood” ialah bayam. Ketahui mengapa bayam baik untuk anda.

    14/09/2020

    Haruman Melengkapi Kehidupan


    Deria bau seringkali dianggap kurang penting berbanding deria-deria yang lain.. Tidak seperti deria rasa dan deria sentuhan, bau-bauan berkait rapat dengan daya ingatan dan juga dapat melakukan perkara yang luar biasa kepada minda dan badan kita. Baca artikel ini untuk mengetahui keajaiban haruman yang dapat memanfaatkan kehidupan kita.

    08/02/2021

    Jaga Diri. Sayangi Diri.


    Hargai diri dengan menerima kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Mulakan dengan belajar menyayangi diri dan menjaga diri sebaik mungkin.

    PRODUK YANG DISYORKAN

    AIA Vitality

    AIA Vitality

    AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.

    One Second Survey
    One Second Survey
    ×
    One Second Survey

    Apakah pendapat anda mengenai artikel ini?

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman