Konsep bandar di dalam taman di Putrajaya terserlah dengan adanya Taman Botani Putrajaya. Terdapat lima kawasan bertema di taman ini. Anda dan keluarga boleh bersiar-siar di sekitar tasik yang cantik dan melihat lebih 700 spesis flora. Anda juga boleh membawa buku lukisan, pensel warna dan kerusi kecil untuk anak anda supaya si comel boleh melakar pelbagai tumbuh-tumbuhan yang dilihat sepanjang perjalanan.
Bonus: Moroccan Pavilion di sudut taman ini sangat sesuai untuk sesi bergambar dan terdapat juga maklumat asas tentang seni bina Maghribi. Bayaran masuk RM3 memberikan akses kepada seluruh 18,000 kaki pavilion yang dibina secara berperingkat oleh orang kampung dari Maghribi dan hasil itu dibawa masuk ke Malaysia dan ia dihimpunkan oleh pakar seni Maghribi.
Bayaran masuk: Masuk ke taman adalah percuma kecuali laluan tertentu dan Moroccan Pavilion (RM3) Waktu operasi: 9pg- 6ptg setiap hari
Sesuai untuk: Keluarga dengan anak-anak pelbagai usia
Anda tidak perlu belanja banyak untuk mencipta memori bersama sekeluarga. Apabila merancang aktiviti percutian yang menyeronokkan, jangan lupa untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rencana anda agar seluruh keluarga dapat kekal aktif dan sihat bersama-sama.
*$$$ = lebih kurang RM50