Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}24/05/2019
Seperti makan, tidur merupakan keperluan setiap manusia yang perlu dinikmati sebaik-baiknya. Dalam menjalani gaya hidup sihat, bukan setakat cara pemakanan sihat sahaja yang anda perlu tahu, cara tidur yang baik juga memerlukan sedikit pengetahuan agar setiap saat yang digunakan untuk tidur terasa bermakna sebaik sahaja anda terjaga.
Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana anda boleh meningkatkan kualiti tidur dengan memilih posisi tidur yang paling tepat untuk anda.
Tidur secara terlentang dengan kedua-dua belah tangan disisi juga dikenali sebagai posisi ‘Soldier’. Posisi ini merupakan salah satu posisi yang paling bagus dan disukai oleh askar dan diperakui kebaikannya oleh pakar. Tidur secara terlentang boleh membantu menyelaraskan tulang belakang anda dan membahagikan berat badan ke seluruh tubuh secara sama rata. Anda juga boleh meletakkan bantal kecil di bawah bahagian belakang lutut untuk sokongan tambahan dan keselesaan untuk tidur yang lebih berkualiti.
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Dianggap sebagai posisi tidur paling terkenal oleh National Sleep Foundation, tidur mengiring paling digemari oleh ramai orang disebabkan oleh keselesaan dan banyak kebaikan. Ramai juga doktor yang menyarankan agar anda tidur mengiring ke bahagian kiri kerana ianya membantu mengurangkan tekanan dari organ dalaman anda.
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Hampir sama seperti tidur mengiring, tetapi posisi ini lebih digemari disebabkan ia memberikan keselesaan tambahan buat mereka yang tidak sabar untuk terlena lebih cepat. Posisi tidur seperti janin ini terkenal kerana ianya pilihan terbaik untuk wanita mengandung. Apabila berada dalam posisi ini, biarkan tubuh badan anda relaks ketika meringkuk.
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Tidur dalam posisi ini tidak memberi anda banyak kebaikan kerana kesan negatifnya jauh lebih banyak berbanding kesan positif. Posisi ini membuatkan kepala berada di satu sisi dan tulang belakang anda tegak dalam keadaan yang luar biasa sepanjang malam, dan boleh menyebabkan kesakitan di bahagian leher dan sakit tulang belakang bawah pada hari yang berikut.
KEBAIKAN
KEBURUKAN
References
https://greatist.com/happiness/best-sleep-positions
https://www.tuck.com/best-sleep-position/
https://www.healthline.com/health/best-sleeping-position#Sleeping-on-your-side-
https://curiosity.com/topics/this-is-the-best-sleeping-position-according-to-science-curiosity/
https://www.lifehacker.com.au/2018/09/the-best-sleeping-positions-according-to-science/
https://purple.com/blog/your-ultimate-guide-to-the-best-sleeping-positions-backed-by-science
https://theriseandshine.com/the-pros-and-cons-of-different-sleeping-positions/
https://www.webmd.com/sleep-disorders/best-sleep-positions#2
https://americanpregnancy.org/pregnancy-health/sleeping-positions-during-pregnancy/
AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.