Apakah perbezaan di antara insurans perubatan dan insurans penyakit kritikal?
Semua orang memerlukan insurans perubatan, tetapi bukan semua orang memerlukan insurans penyakit kritikal. Adakah pernyataan ini betul atau salah?
Untuk menjawab soalan itu, kita perlu mengetahui tujuan kedua-dua polisi. Polisi insurans perubatan melindungi anda dalam kecemasan sekiranya anda memerlukan hospitalisasi. Pelan perubatan tersebut membayar kos perubatan anda. Manakala polisi insurans penyakit kritikal memberi bantuan kewangan dalam satu jumlah yang dibayar sekaligus, sekiranya anda didiagnos dengan penyakit kritikal. Masih keliru? Tidak mengapa, kita lihat contoh bagaimana kedua-dua polisi ini memainkan peranan dalam hidup seseorang.