Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi sepanjang Ramadhan:
      Isnin – Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

Kewangan & Insurans
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Pelepasan Cukai Pendapatan dan Cukai Insurans: Apa yang Perlu Anda Ketahui

    20/03/2020

    Musim membayar cukai sudah tiba. Ada dikalangan kita yang menghadapi kesukaran untuk memfailkan cukai pendapatan dan mengenal pasti jenis-jenis pelepasan cukai yang layak diperolehi. Pembayaran cukai juga boleh dikatakan sebagai suatu peristiwa penting dalam kehidupan seseorang. Proses memfailkan cukai akan menjadi lebih rumit jika kurang pemahaman tentang kaedah untuk melengkapkannya dengan betul.Oleh disebabkan itu, berikut adalah panduan berguna yang perlu anda ketahui dan lakukan sebagai pembayar cukai.

    white-chat-bubble-on-blue-background-aia-malaysia

    CUKAI PENDAPATAN

    Apakah maksud cukai pendapatan?

    Cukai pendapatan ialah cukai tahunan yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan individu dan perniagaan. Pada dasarnya, kerajaan akan mengambil sebahagian kecil wang daripada hasil pendapatan anda untuk disumbangkan kepada negara.

    Siapakah yang perlu membayar cukai pendapatan?

    Pada 2015, individu yang memperolehi pendapatan tahunan melebihi RM34,000 (atau pendapatan bulanan kasar sebanyak RM2,833.33) selepas potongan KWSP hendaklah membayar cukai pendapatan. Anda dikehendaki membayar cukai untuk semua jenis pendapatan, termasuklah pendapatan daripada perniagaan atau profesion, pekerjaan, dividen, faedah, diskaun, sewa, royalti, premium, pencen, anuiti dan lain-lain.

    Bagi pekerja dengan pendapatan bergaji, ia bukan sekadar penggajian bulanan sahajamalah termasuk bonus, bayaran lebih masa, komisen dan semua pendapatan bercukai yang lain. Ini juga terpakai untuk pekerja berstatus bebas.

    Walau bagaimanapun, anda tidak perlu membayar cukai di Malaysia jika anda bekerja kurang daripada 60 hari di Malaysia atau untuk semua pendapatan yang diterima dari luar Malaysia.

    Mengapa kita perlu membayar cukai pendapatan?

    policeman-waiting-at-junction-aia-malaysia

    Oleh kerana kerajaan-kerajaan tidak dapat beroperasi tanpa sumber pendapatan, cukai pendapatan adalah sumber pendapatan yang besar bagi sesebuah kerajaan. Wang cukai yang anda bayar akan diagihkan ke beberapa agensi. Selain membayar gaji pekerja sektor kerajaan, bayaran cukai anda juga membantu membiayai penjawat awam seperti guru, polis, doktor dan anggota bomba. 

    Wang cukai juga memastikan jalan raya yang anda gunakan adalah selamat dan diselenggara dengan baik. Cukai juga membiayai perpustakaan awam dan taman-taman awam,program kerajaan yang membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik, serta pembinaan sekolah dan hospital.

    Apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidak membayar cukai pendapatan?

    Oleh kerana membayar cukai merupakan tanggungjawab sivik, pengelak cukai mungkin berhadapan hukuman penjara kerana gagal menjalankan tanggungjawab dengan sengaja. Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967, "Kegagalan (tanpa alasan munasabah) untuk menyediakan Borang Penyata Cukai Pendapatan" akan disabitkan denda sebanyak RM200 hingga RM2,000, penjara atau kedua-duanya sekali.

    Selain itu, “Sengaja atau dengan niat mengelak membayar cukai/membantu orang lain mengelak membayar cukai” membawa hukuman yang lebih berat iaitu denda sebanyak RM1,000 hingga RM20,000, penjara atau kedua-duanya sekali, dan tambahan 300% atas cukai terkurang lapor.

    Pengelakan cukai dalam konteks ini merujuk kepada tiada pembayaran cukai dan pembayaran cukai dengan amaun yang tidak mecukupi. Tambahan lagi, "percubaan untuk meninggalkan negara ini tanpa pembayaran cukai" juga akan dikenakan denda sebanyak RM200 hingga RM2,000, penjara atau kedua-duanya sekali.

    Bagaimana untuk membayar cukai pendapatan?

    sticky-notes-with-message-do-taxes-aia-malaysia

    Kebiasaannya, Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang ditetapkan oleh majikan bagi pembayaran cukai pendapatan untuk tahun berkenaan adalah memadai dan memfailkan cukai pendapatan kita bermaksud mendapat pengembalian cukai pendapatan daripada kerajaan.

    Tetapi ia tidak termasuk mereka yang mempunyai pendapatan sekunder atau menjalankan perniagaan sendiri. Sekiranya anda telah memfailkan cukai pendapatan dan terdapat defisit yang harus dibayar, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan menawarkan pelbagai kaedah untuk membayar cukai – memastikan anda tiada alasan untuk tidak membayar cukai pendapatan pada waktu yang ditetapkan.

    Kaedah ini termasuklah:

    • Dalam talian melalui laman web LHDN
    • Kaunter-kaunter di LHDN Malaysia
    • Kaunter-kaunter di bank dan POS Malaysia yang mengambil bahagian
    • ATM

    PELEPASAN CUKAI

    Apakah maksud pelepasan cukai?

    Pelepasan cukai ialah pengurangan sejumlah wang yang dikeluarkan pada tahun taksiran berkenaan, daripada jumlah pendapatan tahunan. Ini adalah untuk aktiviti dan keperluan tertentu yang digalakkan oleh kerajaan atau perkara yang dapat meringankan beban kewangan kita.

    Pelepasan cukai dapat membantu mengurangkan cukai pendapatan yang dikenakan terhadap seseorang. Jika ia dirancang dengan betul, sejumlah besar cukai dapat dijimatkan.

    Siapakah yang boleh membuat tuntutan pelepasan cukai?

    Terdapat tiga kumpulan utama warganegara Malaysia yang boleh membuat tuntutan pelepasan/rebat cukai:

    • Individu berstatus bujang
    • Pasangan berkahwin dan mempunyai ibu bapa sebagai tanggungan
    • Mereka yang mempunyai anak

    Apakah yang boleh dituntut untuk pelepasan cukai?

    modern-keyboard-wih-insurance-button-aia-malaysia

    Anda boleh menuntut pelepasan cukai untuk pelbagai kategori, daripada rawatan perubatan, yuran pendidikan termasuklah insurans.

    Bagi pelepasan cukai insurans, anda boleh menuntut pelepasan cukai ke atas premium yang dibayar, tertakluk pada terma dan syarat tertentu. Bagi penjawat awam berpencen, mereka berhak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM7,000 untuk premium insurans hayat mereka. Bagi individu bukan penjawat awam boleh menuntut sehingga RM3,000 untuk insurans hayat dan RM4,000 untuk KWSP.

    Anda juga boleh menuntut anuiti tertunda dan Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga RM3,000. Premium insurans untuk manfaat pendidikan dan perubatan juga boleh dituntut sehingga RM3,000.

    Pelbagai barangan atau perkhidmatan boleh dituntut untuk pelepasan cukai di bawah kategori gaya hidup, antaranya:

    • Buku, jurnal, majalah, akhbar bercetak
    • Bayaran untuk peralatan sukan dan keahlian gimnasium
    • Komputer (setiap tahun)
    • Pembayaran bil bulanan untuk langganan internet
    • Telefon pintar


    Jumlah pelepasan cukai pendapatan maksimum untuk kategori gaya hidup adalah RM2,500.

    Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir untuk memfailkan cukai anda telah dilanjutkan hingga akhir Jun ini disebabkan penularan wabak yang sedang berlanjutan. Jangan lupa untuk memastikan anda memfailkan cukai anda dengan lengkap dan mengisikan maklumat yang betul dan tepat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi LHDN melalui laman web atau talian hotline (03-8911 1000) untuk maklumat lanjut.

    Rujukan:

    http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=2&bt_lgv=2
    https://ringgitplus.com/en/blog/income-tax/malaysia-personal-income-tax-guide-2019-ya-2018.html
    https://www.imoney.my/articles/income-tax-guide-malaysia/tax-reliefs-for-year-of-assessment-2016
    https://www.hasilnet.org.my/income-tax-offences-fines-penalties/
    http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=3&bt_unit=1&bt_sequ=1&bt_lgv=2https://www.huffpost.com/entry/man-dies-11-days-no-sleep-deprivation-jiang-xiaoshan_n_1631703

    Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.

    ARTIKEL BERKAITAN

    25/02/2020

    Kukuhkan kewangan sebelum bina perkahwinan


    Situasi kewangan akan berubah apabila seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan. Perancangan dan pengurusan kewangan yang teguh memerlukan persefahaman, toleransi dan kerja berpasukan bagi menjalani kehidupan berkeluarga yang bahagia.

    22/04/2020

    Kelebihan dan Kekurangan e-Wallet


    Membuat pembayaran kini lebih mudah dengan perkhidmatan e-Wallet. Ianya semudah menyentuh skrin telefon pintar. Namun adakah e-Wallet ini sebenarnya suatu kelebihan dan bagaimanakah ia berfungsi?

    14/03/2020

    How To Achieve Financial Independence


    Your financial life is a journey and each stage of wealth building has its own set of celebrations and challenges. But how do you know which level of wealth are you at now? What will it take for you to move to the next level? Let’s take a look and start your journey towards financial independence.

    PRODUK YANG DISYORKAN

    SIMPANAN & PELABURAN

    ASAS

    A-EnrichGold-i

    Simpanan & Pelaburan

    Pelan simpanan takaful dengan tempoh caruman singkat yang menawarkan pembayaran tunai terjamin dan potensi keuntungan pelaburan.

    takaful
    One Second Survey
    One Second Survey
    ×
    One Second Survey

    Apakah pendapat anda mengenai artikel ini?

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman