Populariti e-Wallet semakin meningkat di Malaysia setelah Bank Negara mengeluarkan lebih 40 lesen e-Wallet kepada bank dan syarikat kewangan bukan bank. Untuk melangkah maju ke arah “Cashless Society”, setiap kedai, restoran, pusat membeli-belah malah gerai juga kini mempunyai pilihan untuk melakukan transaksi menggunakan e-Wallet!
Ia seakan-akan seperti kita sudah tidak perlukan wang tunai untukmembuat pembayaran. Akan tetapi, perkhidmatan e-Wallet ini tetap mempunyai kelebihan dan juga kekurangannya.