Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA Med Basic ialah pelan insurans yang diperbaharui setiap tahun bagi menyediakan perlindungan bagi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan sehingga umur 70 tahun.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Med Basic.
Pelan ini tersedia untuk individu yang berumur 16 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pengunderaitan.
Pelan ini melindungi:
Jadual Manfaat |
Pelan |
|
---|---|---|
1 |
Bilik Dan Penginapan Hospital (sehingga 120 hari setahun) |
RM100 |
2 |
Unit Rawatan Rapi (ICU) (sehingga 120 hari setahun) |
Seperti caj yang dikenakan, tertakluk kepada Had Tahunan dan Had Seumur Hidup |
3 |
Yuran berkaitan Hospital
|
|
Semua tuntutan adalah tertakluk kepada Deduktibel sebanyak RM300 untuk Mana-mana Satu Hilang Upaya. |
||
Had Tahunan |
RM20,000 |
|
Had Seumur Hidup |
RM80,000 |
Nota:
1. Pelan ini tidak melindungi rawatan sebelum kemasukan ke hospital, rawatan selepas kemasukan ke hospital dan rawatan pesakit luar.
2. Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.
3. “Mana-mana Satu Hilang Upaya” bermaksud jika dua atau lebih Pengasingan disebabkan oleh hilang upaya yang sama atau yang berkaitan, atau disebabkan oleh sebarang komplikasi yang timbul daripadanya, maka pengasingan tersebut akan dianggap sebagai satu pengasingan jika setiap daripadanya tidak dipisahkan lebih daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh dikeluarkan dari hospital.
Sekiranya anda meninggal dunia dalam tempoh polisi, tiada manfaat akan dibayar kerana AIA Med Basic tidak melindungi kematian.
Perlindungan anda bermula dengan serta-merta selepas pembayaran premium anda disahkan.
Anda boleh membuat pembayaran premium untuk pelan ini dengan kad debit atau kad kredit anda.
Premium bagi pelan ini tidak dijamin dan mungkin meningkat pada masa hadapan. Kami berhak untuk menyemak semula kadar premium dengan memberikan notis bertulis 30 hari sebelum ulang tahun polisi yang akan datang.
Premium perlu dibayar sehingga akhir tempoh polisi. Sila ambil perhatian bahawa kadar premium akan meningkat bergantung kepada umur terakhir yang telah dicapai apabila premium perlu dibayar.
Anda boleh rujuk kadar premium penuh di dalam Lembaran Pendedahan Produk.
Anda boleh menukar kaedah pembayaran premium atau mod pembayaran anda di portal pelanggan kami, di My AIA. Sila klik pada pautuan ini untuk log masuk atau membuat pendaftaran.
Pelan ini diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun. Polisi anda akan diperbaharui secara automatik pada setiap ulang tahun polisi dengan syarat premium dibayar.
Tidak, anda hanya boleh membeli satu (1) AIA Med Basic.
Tidak, hanya terdapat satu pelan untuk AIA Med Basic.
Sila ambil perhatian bahawa pelan perubatan ini tidak mempunyai kad, oleh itu anda tidak akan menerima apa-apa kad perubatan. Untuk kemudahan tanpa tunai semasa kemasukan hospital, sila rujuk kepada soalan 23 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Apabila pembelian dan pembayaran premium telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama-sama dengan kontrak e-polisi anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, MyAIA, untuk melihat butiran polisi anda dan memuat turun salinan kontrak e-polisi anda. Sila klik pada pautan ini untuk login atau mendaftar.
Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan polisi anda. Kami akan membayar balik premium berdasarkan jadual di bawah, dengan syarat tiada tuntutan yang telah dibuat pada tahun polisi semasa.
(Nota: * tidak terpakai pada Tahun Polisi yang pertama disebabkan Tempoh Percubaan)
Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan polisi anda dengan mengembalikan kontrak polisi anda dan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA Bhd. dalam tempoh lima belas (15) hari selepas menerima kontrak polisi anda. Premium yang telah anda bayar akan dibayar balik.
Anda boleh mengembalikan polisi anda sebelum tarikh luput polisi dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan AIA, tertakluk kepada yang berikut:
(i) Anda masih dalam lingkungan umur yang dibenarkan pada masa pengembalian semula;
(ii) Anda perlu memberi bukti kebolehinsuranan yang memuaskan kepada Kami;
(iii) Anda perlu membayar semua premium tertunggak; dan
(iv) Mana-mana terma dan syarat lain yang mungkin dikenakan oleh kami pada masa pengembalian semula.
Sila ambil perhatian bahawa polisi yang dikembali semula hanya akan melindungi kerugian atau kejadian yang diinsuranskan sekiranya ia berlaku selepas tarikh pengembalian semula selepas tempoh menunggu yang terpakai.
Tiada yuran, caj tambahan dan cukai selain daripada pembayaran premium anda.
Kelayakan untuk manfaat di bawah polisi hanya akan bermula selepas tempoh tertentu dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Polisi, yang mana kemudian. Tempoh ini dikenali sebagai “Tempoh Menunggu”.
Ya. Tempoh menunggu untuk AIA Med Basic akan dikenakan dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian, dan adalah seperti berikut:
Keterangan | Tempoh Menunggu |
---|---|
Penyakit Tertentu | 120 hari |
Penyakit Lain | 30 hari |
Kecederaan Akibat Kemalangan | Tiada |
Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.
Contohnya, sekiranya jumlah perbelanjaan yang layak ialah RM5,000, amaun yang perlu dibayar oleh anda ialah RM300 dan kami akan bayar RM4,700.
Had tahunan adalah jumlah maksimum yang akan dibayar oleh kami dalam masa setahun bagi pelan ini dan had seumur hidup adalah jumlah maksimum yang boleh dituntut dari pelan ini sepanjang hayat anda.
Polisi ini tidak melindungi:
Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada kontrak polisi anda untuk pengecualian yang sepenuhnya.
Anda boleh memuat turun borang tuntutan di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-payment.
Di bawah adalah senarai dokumen untuk membuat tuntutan:
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA.
Kemudahan tanpa tunai hanya terpakai untuk hospital panel dan platinum kami.
Untuk memproses kemasukan dengan lebih cepat, sila kemukakan Kad Pengenalan dan surat rujukan anda, jika berkenaan, kepada pegawai kemasukan hospital. Sila ambil perhatian bahawa tiada kad perubatan diperlukan untuk proses kemasukan. Sekiranya anda layak untuk Surat Jaminan, anda dikehendaki menandatangani borang tuntutan apabila dimasukkan ke hospital dan kenyataan tuntutan yang diluluskan pada masa pelepasan. Harap maklum bahawa anda perlu membayar jumlah deduktibel sebanyak RM300, dan perbelanjaan yang tidak layak semasa pelepasan hospital.
Sebarang ketidaklayakan atau ketidaksahan untuk kemudahan tanpa tunai akan dikomunikasikan kepada anda melalui hospital. Sila ambil perhatian bahawa tidak akan ada Surat Jaminan yang dikeluarkan untuk tiga bulan pertama polisi anda. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dalam tempoh ini, anda perlu membayar caj sepenuhnya dan mengemukakan tuntutan anda dengan semua dokumentasi yang diperlukan. Sila rujuk soalan 22 untuk maklumat lanjut mengenai dokumentasi yang diperlukan untuk tuntutan.
Surat Jaminan adalah jaminan pembayaran yang ditawarkan oleh kami yang mengesahkan bahawa kos rawatan adalah layak di bawah pelan anda dan akan dilindungi oleh kami. Surat ini hanya dikenakan untuk hospital panel dan platinum kami.
Terdapat beberapa pakar doktor dalam hospital panel yang dilantik yang tidak mempunyai sebarang pengaturan kerja dengan AIA Bhd. Pemegang polisi yang mendapatkan rawatan dari doktor bukan panel perlu membayar caj tersebut secara penuh dan mengemukakan tuntutan anda dengan semua dokumen. Sila rujuk soalan 22 untuk maklumat lanjut mengenai dokumen-dokumen untuk tuntutan.
Sekiranya anda mendapatkan rawatan daripada hospital bukan panel, anda perlu membayar caj sepenuhnya. Selepas itu, anda boleh mengemukakan tuntutan anda dengan semua dokumen. Sila rujuk soalan 22 untuk maklumat lanjut mengenai dokumen-dokumen untuk tuntutan.
Untuk mencari hospital panel dan platinum berhampiran anda, sila klik di sini.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu My AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300 88 1899.
Sila tinggalkan maklumat hubungan anda dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line kami di 1300-88-1899.
Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.