- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
Manfaat
Soalan Lazim
AIA Med Basic ialah pelan insurans yang diperbaharui setiap tahun yang melindungi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan sehingga umur 70 tahun.
Pelan ini bebas komisen dan tiada orang tengah yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Med Basic.
Pelan ini melindungi:
Jadual Manfaat |
Pelan |
|
---|---|---|
1 |
Bilik Dan Penginapan Hospital (sehingga 120 hari setahun) |
RM100 |
2 |
Unit Rawatan Rapi (ICU) (sehingga 120 hari setahun) |
Seperti caj yang dikenakan, tertakluk kepada Had Tahunan dan Had Seumur Hidup |
3 |
Yuran berkaitan Hospital
|
|
Semua tuntutan adalah tertakluk kepada Deduktibel sebanyak RM300 untuk Mana-mana Satu Hilang Upaya / 5% Ko-insurans sehingga RM1,000 bagi setiap tahun polisi. |
||
Had Tahunan |
RM20,000 |
|
Had Seumur Hidup |
RM80,000 |
Nota:
1. Pelan ini tidak melindungi rawatan sebelum kemasukan ke hospital, rawatan selepas kemasukan ke hospital dan rawatan pesakit luar.
2. Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang layak ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan perubatan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki perbelanjaan untuk perbelanjaan yang layak.
3. “Mana-mana Satu Hilang Upaya” bermaksud jika dua atau lebih pengasingan disebabkan oleh hilang upaya yang sama atau yang berkaitan, atau disebabkan oleh sebarang komplikasi yang timbul daripadanya, maka pengasingan tersebut akan dianggap sebagai satu pengasingan jika setiap daripadanya tidak terpisah lebih daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh discaj daripada hospital.
4. Ko-insurans adalah peratusan tetap daripada caj perubatan yang anda perlu bayar. Contohnya, Ko-insurans 5% bermaksud anda hanya perlu membayar 5% daripada setiap bil perubatan (sehingga had yang terpakai) dan kami akan membayar baki 95% lagi (sehingga had yang terpakai).
5. AIA Med Basic adalah pelan perubatan mudah yang menyediakan perlindungan untuk perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan. Untuk pelan perubatan yang lebih komprehensif dan deduktibel/ko-insurans yang berlainan, sila tinggalkan maklumat butiran anda melalui Borang Pertanyaan. Kami akan mengatur Perancang Hayat AIA untuk menjalankan penilaian dan mengesyorkan pelan yang sesuai berdasarkan perlindungan dan keperluan kewangan anda.
Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang layak ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan perubatan yang layak untuk mana-mana satu hilang upaya dan kami akan membayar selebihnya perbelanjaan perubatan yang layak.
Contohnya, sekiranya jumlah perbelanjaan perubatan yang layak ialah RM5,000, amaun yang perlu dibayar oleh anda ialah RM300 dan kami akan membayar baki RM4,700.
Mana-mana Satu Hilang Upaya bermakna jika dua atau lebih kurungan disebabkan oleh kecacatan yang sama atau berkaitan, atau sebarang komplikasi yang timbul daripadanya, kurungan tersebut hendaklah dianggap sebagai satu kurungan jika setiap satu daripadanya tidak dipisahkan lebih daripada 90 hari dari tarikh discaj.
Nota: Untuk pilihan deduktibel/ko-insurans yang berlainan, sila tinggalkan butiran hubungan anda melalui Borang Pertanyaan. Kami akan mengatur Perancang Hayat AIA untuk menjalankan penilaian dan mengesyorkan pelan yang sesuai berdasarkan perlindungan dan keperluan kewangan anda.
Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan atau penamaan, sila rujuk Soalan Lazim Tuntutan.
Terma & Syarat
- AIA akan hanya membayar perbelanjaan perubatan yang layak sehingga satu jumlah yang kami anggap munasabah dan biasa, dengan syarat penjagaan perubatan tersebut perlu daripada sudut perubatan.
- Pelan ini tidak melindungi rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital serta rawatan pesakit luar.
- Jumlah caj rawatan perubatan yang akan dibayar kepada anda adalah tertakluk kepada Had Tahunan dan Had Seumur Hidup anda.
- Anda dilindungi di seluruh dunia tetapi tertakluk kepada bilangan hari perlindungan maksimum 90 hari jika anda melancong ke luar Malaysia.
- Bayaran premium akan meningkat bergantung pada umur anda apabila premium perlu dibayar.
- Premium bagi pelan ini tidak dijamin dan AIA berhak untuk menyemak semula premium dengan memberikan anda notis bertulis 30 hari.
- Premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin layak untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan di bawah pelan ini. Tempoh Menunggu terpakai adalah berbeza bagi setiap penyakit kritikal yang berlainan.