Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Takaful adalah skim bantuan bersama berdasarkan prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk menyumbang berdasarkan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang dipanggil Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa-masa yang diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dan menguruskan dana ini dengan betul mengikut strategi pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
AIA i-Med Basic ialah pelan Takaful yang diperbaharui setiap tahun yang menyediakan perlindungan bagi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan sehingga umur 70 tahun.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-Med Basic.
Pelan ini tersedia untuk individu yang berumur 16 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pengunderaitan.
Pelan ini melindungi:
Jadual Manfaat |
Pelan |
|
---|---|---|
1 |
Bilik Dan Penginapan Hospital (sehingga 120 hari setahun) |
RM100 |
2 |
Unit Rawatan Rapi (ICU) (sehingga 120 hari setahun) |
Seperti caj yang dikenakan, tertakluk kepada Had Tahunan dan Had Seumur Hidup |
3 |
Yuran berkaitan Hospital
|
|
Semua tuntutan adalah tertakluk kepada Deduktibel sebanyak RM300 untuk Mana-mana Satu Hilang Upaya. |
||
Had Tahunan |
RM20,000 |
|
Had Seumur Hidup |
RM80,000 |
Nota:
1. Pelan ini tidak melindungi rawatan pra-penghospitalan, rawatan selepas penghospitalan dan rawatan pesakit luar.
2. Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.
3. “Setiap Hilang Upaya” bermaksud jika dua atau lebih Pengasingan disebabkan oleh hilang upaya yang sama atau yang berkaitan, atau disebabkan oleh sebarang komplikasi yang timbul daripadanya, maka pengasingan tersebut akan dianggap sebagai satu pengasingan jika setiap daripadanya tidak dipisahkan lebih daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh dikeluarkan dari hospital.
Sekiranya anda meninggal dunia semasa tempoh sijil, tiada faedah yang akan dibayar kerana AIA i-Med Basic tidak melindungi kematian.
Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran caruman anda disahkan.
Anda boleh membuat pembayaran caruman untuk pelan ini melalui kad debit atau kad kredit anda.
Caruman bagi pelan ini adalah tidak dijamin dan mungkin meningkat pada masa hadapan. Kami berhak untuk menyemak semula kadar caruman dengan memberikan notis bertulis 30 hari sebelum ulang tahun sijil yang akan datang.
Caruman perlu dibayar sehingga akhir tempoh sijil. Sila ambil perhatian bahawa kadar caruman akan meningkat bergantung kepada umur terakhir yang telah dicapai apabila caruman perlu dibayar.
Anda boleh rujuk kadar caruman penuh di dalam Helaian Pendedahan Produk.
Anda boleh menukar kaedah pembayaran caruman anda di portal pelanggan kami, iaitu di My AIA. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau membuat pendaftaran.
Pelan ini diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun. Sijil anda akan diperbaharui secara automatik setiap Ulang Tahun Sijil dengan syarat caruman anda dibayar.
Tidak, anda hanya boleh menyertai satu (1) sijil AIA i-Med Basic.
Tidak, hanya terdapat satu pelan untuk AIA i-Med Basic.
Sila ambil perhatian bahawa pelan perubatan ini tidak mempunyai kad, oleh itu anda tidak akan menerima sebarang kad perubatan. Untuk kemudahan tanpa tunai semasa kemasukan hospital, sila rujuk kepada soalan 26 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Apabila penyertaan dan pembayaran caruman anda telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama-sama dengan e-sijil anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, MyAIA, untuk melihat butiran sijil anda dan memuat turun salinan e-sijil anda. Sila klik pada pautan ini untuk login atau mendaftar.
Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan sijil anda. Kami akan membayar balik caruman yang tidak digunakan daripada Dana Risiko Peserta (DRF) dan Yuran Wakalah yang belum diperoleh daripada dana Pengendali Takaful (jika ada) berdasarkan jadual di bawah, tertakluk jika tiada sebarang tuntutan dilakukan bagi Sijil ini pada Tahun Sijil semasa.
(Nota:*tidak terpakai pada Tahun Sijil yang pertama disebabkan Tempoh Percubaan)
Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan sijil anda dengan mengembalikan sijil Takaful anda dan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC dalam tempoh lima belas (15) hari selepas menerima sijil Takaful anda. Caruman yang telah anda bayar akan dibayar balik.
Anda boleh mengembalikan sijil anda sebelum tarikh luput sijil dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan AIA, tertakluk kepada yang berikut:
Sila ambil perhatian bahawa sijil yang dikembali semula hanya akan melindungi kerugian atau kejadian yang dilindungi sekiranya ia berlaku selepas tarikh pengembalian semula selepas tempoh menunggu yang terpakai.
Yuran Wakalah akan ditolak dahulu sebagai peratusan caruman untuk membayar kos perbelanjaan pengurusan kami. Kos perbelanjaan ini termasuk duti setem sebanyak RM10.
Selepas penolakan Yuran Wakalah, baki caruman yang dibayar akan diperuntukkan kedalam DRP sebagai Tabarru’ (Derma) dengan tujuan menyediakan perlindungan dan memenuhi tuntutan bagi peristiwa/risiko yang dilindungi di bawah Sijil Takaful. Nilai Tabarru’ ini akan meningkat seiring dengan umur anda.
Jadual di bawah menunjukkan peruntukkan Caruman:
Tahun Sijil | Peratusan (%) Caruman | |
---|---|---|
Yuran Wakalah | Caruman Yang Diperuntukkan Ke DRP (Tabarru’) | |
1 sehingga Matang | 17.5% |
82.5% |
Tiada yuran, caj tambahan dan cukai selain daripada pembayaran caruman anda.
Lebihan akan ditentukan dan diisytiharkan, jika ada, sekali setahun oleh kami selaku Pengendali Takaful. Sekiranya terdapat lebihan daripada DRP, lebihan bersih, selepas tuntutan yang perlu dibayar dan modal yang diperlukan akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dan Peserta yang layak mengikut nisbah berikut:
|
Pengendali Takaful |
Peserta |
---|---|---|
Lebihan pada Dana Risiko Peserta (DRP) |
50% |
50% |
Lebihan ini akan dikongsi dengan Peserta-peserta yang layak secara berkadaran mengikut peruntukan Tabarru’ sebenar mereka.
Kelayakan untuk faedah di bawah sijil hanya akan bermula selepas tempoh tertentu dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil, yang mana kemudian. Tempoh ini dikenali sebagai “Tempoh Menunggu”.
Ya. Tempoh menunggu untuk AIA i-Med Basic akan dikenakan dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian, seperti berikut:
Penerangan | Tempoh Menunggu |
---|---|
Penyakit Tertentu | 120 hari |
Penyakit Lain | 30 hari |
Kecederaan Akibat Kemalangan | Tiada |
Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.
Contohnya, sekiranya jumlah perbelanjaan yang layak ialah RM5,000, amaun yang perlu dibayar oleh anda ialah RM300 dan kami akan bayar RM4,700.
Had tahunan adalah jumlah maksimum yang akan dibayar oleh kami dalam masa setahun bagi pelan ini dan had seumur hidup adalah jumlah maksimum yang boleh dituntut dari pelan ini sepanjang hayat anda.
Pelan ini tidak melindungi:
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai pengecualian yang penuh.
Anda boleh memuat turun borang yang diperlukan untuk tuntutan di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-bayaran.
Di bawah adalah senarai dokumen untuk membuat tuntutan:
Dokumen bukan asli (contohnya salinan kad pengenalan) mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di mana-mana Pusat Pelanggan AIA.
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA.
Kemudahan tanpa tunai hanya terpakai untuk hospital panel dan platinum kami.
Untuk memproses kemasukan dengan lebih cepat, sila kemukakan Kad Pengenalan dan surat rujukan anda, jika berkenaan, kepada pegawai kemasukan hospital. Sila ambil perhatian bahawa tiada kad perubatan diperlukan untuk proses kemasukan. Sekiranya anda layak untuk Surat Jaminan, anda dikehendaki menandatangani borang tuntutan apabila dimasukkan ke hospital dan kenyataan tuntutan yang diluluskan pada masa pelepasan. Harap maklum bahawa anda perlu membayar jumlah deduktibel sebanyak RM300, dan perbelanjaan yang tidak layak semasa pelepasan hospital.
Sebarang ketidaklayakan atau ketidaksahan untuk kemudahan tanpa tunai akan diberitahu kepada anda melalui hospital. Sila ambil perhatian bahawa tidak akan ada Surat Jaminan yang dikeluarkan untuk tiga bulan pertama sijil anda. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dalam tempoh ini, anda perlu membayar caj sepenuhnya dan mengemukakan tuntutan anda dengan semua dokumen yang diperlukan kepada kami. Sila rujuk soalan 25 untuk maklumat lanjut mengenai dokumen yang diperlukan untuk tuntutan.
Surat Jaminan adalah jaminan pembayaran yang ditawarkan oleh kami yang mengesahkan bahawa kos rawatan adalah layak di bawah pelan anda dan akan dilindungi oleh kami. Surat Jaminan ini hanya terpakai untuk hospital panel dan platinum kami.
Terdapat beberapa pakar dalam hospital panel yang dilantik yang tidak mempunyai sebarang pengaturan kerja dengan AIA PUBLIC. Peserta yang mendapatkan rawatan dari doktor bukan panel perlu membayar caj tersebut secara penuh dan mengemukakan tuntutan anda bersama dengan semua dokumen kepada kami. Sila rujuk soalan 24 untuk maklumat lanjut mengenai dokumen-dokumen untuk tuntutan.
Sekiranya anda mendapatkan rawatan daripada hospital bukan panel, anda perlu membayar caj tersebut sepenuhnya. Selepas itu, anda boleh mengemukakan tuntutan anda bersama dengan semua dokumen kepada kami. Sila rujuk soalan 24 untuk maklumat lanjut mengenai dokumen-dokumen untuk tuntutan.
Untuk mencari hospital panel dan platinum berhampiran anda, sila klik di sini.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda melalui portal pelanggan kami, MY AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300 88 8922.
Sila tinggalkan maklumat anda untuk kami hubungi dengan klik di pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line kami di 1300-88-8922.
Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.