- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
Manfaat
Soalan Lazim
Takaful ialah skim saling membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang bernama Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk saling membantu mereka yang memerlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur sewajarnya dan mengurus dana ini berdasarkan strategi yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
AIA i-Med Basic ialah pelan Takaful yang diperbaharui setiap tahun yang melindungi perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan sehingga umur 70 tahun.
Pelan ini bebas komisen dan tiada orang tengah yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-Med Basic.
Pelan ini melindungi:
Jadual Manfaat |
Pelan |
|
---|---|---|
1 |
Bilik Dan Penginapan Hospital (sehingga 120 hari setahun) |
RM100 |
2 |
Unit Rawatan Rapi (ICU) (sehingga 120 hari setahun) |
Seperti caj yang dikenakan, tertakluk kepada Had Tahunan dan Had Seumur Hidup |
3 |
Yuran berkaitan Hospital
|
|
Semua tuntutan adalah tertakluk kepada Deduktibel sebanyak RM300 untuk Mana-mana Satu Hilang Upaya atau Ko-Takaful 5%, sehingga RM1,000 bagi setiap tahun sijil. |
||
Had Tahunan |
RM20,000 |
|
Had Seumur Hidup |
RM80,000 |
Nota:
1. Pelan ini tidak melindungi rawatan pra-penghospitalan, rawatan selepas penghospitalan dan rawatan pesakit luar.
2. “Mana-mana Satu Hilang Upaya” bermaksud jika dua atau lebih pengasingan disebabkan oleh hilang upaya yang sama atau yang berkaitan, atau disebabkan oleh sebarang komplikasi yang timbul daripadanya, maka pengasingan tersebut akan dianggap sebagai satu pengasingan jika setiap daripadanya tidak terpisah lebih daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh discaj daripada hospital.
3. AIA i-Med Basic adalah pelan Takaful perubatan mudah yang menyediakan perlindungan untuk perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan. Untuk pelan Takaful perubatan yang lebih komprehensif dan deduktibel/ko-Takaful yang berlainan, sila tinggalkan maklumat butiran anda melalui Borang Pertanyaan. Kami akan mengatur Perancang Hayat AIA untuk menjalankan penilaian dan mengesyorkan pelan yang sesuai berdasarkan perlindungan dan keperluan kewangan anda.
Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang layak ditanggung sebagai perkongsian kos. Anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan perubatan yang layak untuk mana-mana satu hilang upaya dan kami akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak yang selebihnya.
Contohnya, sekiranya jumlah perbelanjaan perubatan yang layak ialah RM5,000, amaun yang perlu dibayar oleh anda ialah RM300 dan kami akan membayar baki RM4,700.
Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan atau penamaan, sila rujuk Soalan Lazim Tuntutan.
Terma & Syarat
- AIA PUBLIC akan hanya membayar perbelanjaan perubatan yang layak sehingga satu jumlah yang kami anggap munasabah dan biasa, dengan syarat penjagaan perubatan tersebut perlu daripada sudut perubatan.
- Pelan ini tidak melindungi rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital serta rawatan pesakit luar.
- Jumlah caj rawatan perubatan yang akan dibayar kepada anda adalah tertakluk kepada Had Tahunan dan Had Seumur Hidup anda.
- Anda dilindungi di seluruh dunia tetapi tertakluk kepada bilangan hari perlindungan maksimum 90 hari jika anda melancong ke luar Malaysia.
Bayaran caruman akan meningkat bergantung pada umur anda apabila caruman perlu dibayar. - Caruman bagi pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC berhak untuk menyemak semula caruman dengan memberikan anda notis bertulis 30 hari.
- Caruman yang dibayar untuk pelan ini mungkin layak untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan di bawah pelan ini. Tempoh Menunggu terpakai adalah berbeza bagi setiap penyakit kritikal yang berlainan.
- Pelan ini diunderait oleh AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) dan AIA PUBLIC adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.