Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA Critical Illness Cover adalah pelan insurans yang diperbaharui setiap tahun bagi penyakit kritikal yang melindungi 39 penyakit kritikal sehingga umur 70 tahun.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Critical Illness Cover.
Pelan ini tersedia untuk individu yang berumur 16 hingga 55 tahun, tertakluk kepada pengunderaitan.
Amaun perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda dengan menekan butang “Ketahui Bajet Anda” di sini
Faedah | Jumlah Perlindungan* |
---|---|
Penyakit Kritikal | RM 50,000 RM 100,000 RM 150,000 RM 200,000 RM 250,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM250,000 setiap hayat, bagi setiap pelan insurans.
39 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah pelan ini adalah:
|
|
*Sekiranya berlaku Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada maksimum RM25,000 (terhad kepada 1 pembayaran sahaja). Jumlah perlindungan akan dikurangkan dengan bayaran pendahuluan ini.
Sila rujuk kepada Kontrak Polisi untuk definisi yang tepat bagi perlindungan penyakit kritikal yang disenaraikan di atas.
Sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi semasa tempoh polisi (kecuali untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari), anda akan menerima 100% daripada jumlah perlindungan, dan polisi akan ditamatkan selepas itu.
Sekiranya berlaku Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM25,000. Pembayaran di bawah manfaat ini akan mengurangkan jumlah perlindungan anda, dan hanya dibenarkan sekali. Selepas pembayaran di bawah manfaat ini dilakukan, perlindungan anda akan diteruskan untuk baki 38 penyakit kritikal yang dilindungi yang lain dengan jumlah perlindungan yang telah dikurangkan. Premium anda masih perlu untuk dibayar secara berterusan.
Sila ambil perhatian bahawa manfaat di atas tidak akan dibayar sekiranya anda tidak hidup sekurang-kurangnya selama 15 hari selepas anda didiagnosis dengan penyakit kritikal tersebut.
Sekiranya anda didiagnosis dengan lebih daripada satu penyakit kritikal yang dilindungi pada masa yang sama semasa tempoh polisi, anda berhak untuk menuntut hanya satu penyakit kritikal yang dilindungi. Kami akan membayar 100% daripada jumlah perlindungan dan polisi akan ditamatkan.
Sekiranya anda meninggal dunia semasa tempoh polisi, tiada manfaat yang akan dibayar kerana AIA Critical Illness Cover tidak melindungi kematian.
Ya, kami akan membayar tuntutan penyakit kritikal di bawah pelan ini sebagai tambahan kepada sebarang tuntutan yang mungkin anda ada dengan pelan insurans AIA yang lain yang mempunyai perlindungan penyakit kritikal.
Perlindungan anda bermula dengan serta-merta selepas pembayaran premium anda disahkan.
Anda boleh membuat pembayaran premium untuk pelan ini dengan kad debit atau kad kredit anda.
Premium bagi pelan ini adalah tidak dijamin dan mungkin meningkat pada masa hadapan. Kami berhak untuk menyemak semula kadar premium dengan memberikan notis bertulis 3 bulan sebelum ulang tahun polisi yang akan datang.
Premium perlu dibayar sehingga akhir tempoh polisi. Sila ambil perhatian bahawa kadar premium akan meningkat bergantung kepada umur terakhir yang telah dicapai apabila premium perlu dibayar.
Anda boleh rujuk kadar premium penuh di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Anda boleh menukar kaedah pembayaran premium atau mod pembayaran anda di portal pelanggan kami, di My AIA. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau membuat pendaftaran.
Pelan ini diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun. Polisi anda akan diperbaharui secara automatik pada setiap ulang tahun polisi dengan syarat premium dibayar.
Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu (1) AIA Critical Illness Cover tetapi jumlah perlindungan polisi-polisi yang dibeli tidak boleh melebihi RM250,000. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk membeli jumlah perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda dalam satu polisi.
Anda boleh mengurangkan jumlah perlindungan anda pada tarikh matang premium berikutnya. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan jumlah perlindungan anda. Sekiranya anda ingin meningkatkan perlindungan, kami mencadangkan anda membeli polisi tambahan. Sila rujuk Soalan Lazim nombor 16 untuk maklumat lanjut.
Apabila pembelian dan pembayaran premium telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama-sama dengan kontrak e-polisi anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, MyAIA, untuk melihat butiran polisi anda dan memuat turun salinan kontrak e-polisi anda. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau mendaftar.
Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan polisi anda. Kami akan membayar balik premium berdasarkan jadual di bawah, dengan syarat tiada tuntutan yang telah dibuat pada tahun polisi semasa.
(Nota: * tidak terpakai pada Tahun Polisi yang pertama disebabkan Tempoh Percubaan)
Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan polisi anda dengan mengembalikan kontrak polisi anda dan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA Bhd. dalam tempoh lima belas (15) hari selepas menerima kontrak polisi anda. Premium yang telah anda bayar akan dibayar balik.
Anda boleh mengembalikan polisi anda sebelum tarikh luput polisi dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan AIA, tertakluk kepada yang berikut:
Sila ambil perhatian bahawa polisi yang dikembali semula hanya akan melindungi kerugian atau kejadian yang diinsuranskan sekiranya ia berlaku selepas tarikh pengembalian semula selepas tempoh menunggu yang terpakai.
Tiada yuran, caj tambahan dan cukai selain daripada pembayaran premium anda.
Kelayakan untuk manfaat di bawah polisi hanya akan bermula selepas tempoh tertentu dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Polisi, yang mana kemudian. Tempoh ini dikenali sebagai “Tempoh Menunggu”.
Ya. Tempoh menunggu untuk AIA Critical Illness Cover akan dikenakan dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian, dan adalah seperti berikut:
Keterangan | Tempoh Menunggu |
---|---|
Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Ateri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius dan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari | 60 hari |
Penyakit Kritikal Lain | 30 hari |
Polisi ini tidak melindungi:
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai pengecualian yang penuh.
Anda boleh memuat turun borang yang diperlukan (item 1, 2 dan 6 di bawah) untuk tuntutan di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-payment.
Di bawah adalah senarai dokumen untuk membuat tuntutan:
Dokumen bukan asli mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di mana-mana Pusat Pelanggan AIA.
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu My AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300 88 1899.
Sila tinggalkan maklumat hubungan anda dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line kami di 1300-88-1899.
Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.