- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
Manfaat
Soalan Lazim
AIA Critical Illness Cover adalah pelan insurans yang diperbaharui setiap tahun bagi penyakit kritikal yang melindungi 39 penyakit kritikal sehingga umur 70 tahun.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Critical Illness Cover.
Amaun perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda dengan menekan butang “Ketahui Bajet Anda” di sini
Faedah | Jumlah Perlindungan* |
---|---|
Penyakit Kritikal | RM 50,000 RM 100,000 RM 150,000 RM 200,000 RM 250,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM250,000 setiap hayat, bagi setiap pelan insurans.
39 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah pelan ini adalah:
|
|
*Sekiranya berlaku Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada maksimum RM25,000 (terhad kepada 1 pembayaran sahaja). Jumlah perlindungan akan dikurangkan dengan bayaran pendahuluan ini.
Sila rujuk kepada Kontrak Polisi untuk definisi yang tepat bagi perlindungan penyakit kritikal yang disenaraikan di atas.
Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan atau penamaan, sila rujuk Soalan Lazim Tuntutan.
Terma & Syarat
- Manfaat akan dibayar sekiranya anda kekal hidup sekurang-kurangnya 15 hari dari tarikh diagnosis mana-mana 39 penyakit kritikal atau pembedahan dilindungi.
- Bayaran premium akan meningkat bergantung pada umur anda pada apabila premium perlu dibayar.
- Premium bagi pelan ini tidak dijamin dan AIA berhak untuk menyemak semula premium dengan memberikan anda notis bertulis 3 bulan.
- Premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin layak untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntuan di bawah pelan ini. Tempoh menunggu terpakai adalah berbeza bagi penyakit yang berlainan.