- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
- Perlindungan Tambahan
Manfaat

Faedah Vitality: Ganjaran Kesihatan
Health Rewards menawarkan anda faedah tambahan seperti Faedah Pemeriksaan Kesihatan Dwitahunan serta Peningkatan Bilik dan Penginapan Hospital.
Penerangan Istilah Takaful
"Deduktibel" merujuk kepada perbelanjaan Penjagaan Pesakit Dalam yang anda perlu bayar sendiri dan pelan perubatan anda akan menampung baki perbelanjaan perubatan yang layak.
”Ko-Takaful” adalah bahagian kos yang anda tanggung untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lazimnya meliputi peratus tertentu daripada perbelanjaan Penjagaan Pesakit Dalam dan pelan perubatan anda akan menampung baki perbelanjaan perubatan yang layak.
Terma & Syarat
- A-Life MediFlex-i memberi perlindungan sehingga umur 100.
- A-Plus MediBoost-i adalah satu pilihan rider memberi perlindungan sehingga umur 100.
- A-Plus MediRecover-i adalah satu pilihan rider memberi perlindungan sehingga umur 80.
- AIA PUBLIC Takaful Bhd. hanya akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak sehingga amaun yang kami anggap sebagai Munasabah dan Biasa dan Perlu Dari Segi Perubatan.
- Faedah keseluruhan yang boleh dibayar bagi rawatan perubatan adalah bergantung kepada had tahunan anda.
- A-Life MediFlex-i tidak mempunyai had seumur hidup. Anda tidak perlu bimbang sekiranya anda sudah mencapai had tahunan anda kerana ia akan diselaraskan semula setiap tahun sijil sepanjang tempoh perlindungan.
- A-Life MediFlex-i menyediakan perlindungan di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tinggal atau berada di luar Malaysia lebih daripada 90 hari berturut-turut, anda tidak akan dilindungi bagi sebarang rawatan perubatan yang diterima di luar negara (kecuali di Singapura dan Brunei). Sila ambil perhatian bahawa perlindungan di luar negara adalah tertakluk kepada Caj Munasabah dan Biasa dan Perlu Dari Segi Perubatan bagi rawatan yang setara dengannya di Malaysia.
- Caruman yang perlu dibayar akan berbeza-beza bergantung kepada umur yang anda capai pada ulang tahun sijil seterusnya.
- Caruman bagi pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC Takaful Bhd. berhak untuk menyemak semula caruman dengan memberikan anda notis awal 30 hari.
- Caruman yang dibayar bagi pelan ini mungkin melayakkan anda untuk menerima pelepasan cukai peribadi tertakluk kepada keputusan akhir daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
- Terdapat tempoh menunggu yang perlu anda tunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan di bawah rider ini kecuali bagi kecederaan yang dilindungi. Tempoh menunggu yang berbeza akan diguna pakai bagi faedah yang berbeza.
- Maklumat yang diberikan di sini adalah tidak lengkap. Anda disarankan untuk mendapatkan salinan Ilustrasi Produk dan Helaian Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ini. Untuk penjelasan menyeluruh berkenaan faedah, pengecualian, terma dan syarat, sila rujuk kepada sijil Takaful.