Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Hayat
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Menghadapi ujian penyakit yang mengancam nyawa salah seorang ahli keluarga atau kesedihan berikutan kehilangan seseorang yang disayangi adalah sesuatu yang amat getir untuk dilalui, lebih-lebih lagi jika ditambah dengan kebimbangan kewangan yang sering menjadi natijah daripada penyakit atau kematian.
A-LifeSecure adalah satu pelan perlindungan sepanjang hayat yang menyediakan perlindungan kewangan untuk keluarga anda jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda. Jika anda inginkan nilai tunai yang lebih tinggi untuk keselamatan kewangan tambahan, anda boleh memilih A-LifeTimeSecure.
Pelan ini menyediakan pembayaran sekaligus kepada keluarga anda apabila anda meninggal dunia.
Anda akan menerima bayaran sekali gus jika anda hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
Anda boleh menikmati perlindungan insurans sehingga anda berumur 100 tahun.
Apabila pelan anda tamat, anda akan menerima bayaran sekaligus bagi jumlah perlindungan anda.
Jika anda telah dilindungi oleh pelan ini lebih dari 3 tahun, anda akan mengumpul nilai tunai yang dijamin sepanjang tempoh polisi anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh matang?
Ia adalah tarikh apabila perlindungan insurans anda bagi pelan ini berakhir.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi salah seorang Perancang Hayat AIA.