pageheroimage

Pelan Insurans / Takaful

Perlindungan Hayat

Kami menggalakkan semua orang agar mendapatkan pelan takaful/insurans hayat seawal mungkin sementara anda masih muda dan layak.

AIA menawarkan pelan takaful/insurans hayat yang sesuai untuk pelanggan seawal usia 14 hari sehinggalah usia 70 tahun, dengan perlindungan sehingga usia 100 tahun.

Kami gembira jika syarikat anda mengambil berat tentang kebajikan kakitangan mereka. Namun begitu, insurans yang disediakan syarikat anda mungkin tidak mencukupi kerana sebab-sebab berikut:

  • Perlindungan insurans kesihatan dan hayat yang disediakan syarikat anda mungkin pada tahap paling minimum dan tidak direka khusus bagi keperluan anda.
  • Perlindungan insurans itu cuma sah selagi anda masih bekerja dengan syarikat itu.
  • Jumlah perlindungan yang diterima penerima anda mungkin tidak mencukupi bagi membantu memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk mengambil pelan insurans hayat individu untuk memastikan manfaat dan perlindungan yang lebih sesuai untuk keperluan anda.

Setiap permohonan insurans akan dinilai berdasarkan kelayakan insurans mereka, iaitu mengikut usia, profil perubatan, gaya hidup dan pekerjaan pemohon.

Jumlah premium insurans/caruman takaful ditentukan berdasarkan jumlah perlindungan yang anda ingini, serta usia dan status kesihatan anda.

Semakin tinggi jumlah perlindungan dan usia anda, semakin banyak jumlah premium insurans/caruman takaful anda. Jika anda ada sebarang masalah kesihatan sedia ada, anda mungkin tidak layak untuk membeli pelan insurans/takaful, atau anda perlu membuat bayaran tambahan kepada jumlah premium/caruman anda.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan perlindungan sementara anda masih muda dan sihat, dan premium yang anda perlu bayar mungkin cuma sama mahal dengan secawan kopi sahaja.

Anda patut menyemak semula insurans anda setiap selang beberapa tahun kerana keperluan anda pasti akan berubah. Mungkin anda sudah berubah kerjaya, berkahwin atau memulakan keluarga. Proses semak semula ini membolehkan anda mempertimbangkan sejauh mana anda ingin melindungi keluarga anda jika sesuatu yang tidak diingini terjadi.

AIA menawarkan tiga jenis pelan takaful/insurans hayat yang memenuhi keperluan berbeza:

  • Asas: Memberi anda perlindungan asas yang penting.
  • Komprehensif: Memberi perlindungan menyeluruh bagi keperluan anda.
  • Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan perlindungan anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Lihat semua pelan Perlindungan Hayat kami di sini.

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.

Perlindungan Perubatan

Kami menggalakkan semua orang agar mendapatkan pelan insurans/takaful perubatan seawal mungkin sementara anda masih muda dan layak.

AIA menawarkan pelan insurans/takaful perubatan yang sesuai untuk pelanggan seawal usia 13 minggu dalam kandungan sehinggalah usia 100 tahun.

Kami gembira jika syarikat anda mengambil berat tentang kebajikan kakitangan mereka. Namun begitu, insurans yang disediakan syarikat anda mungkin tidak mencukupi kerana sebab-sebab berikut:

  • Perlindungan insurans perubatan yang disediakan syarikat anda mungkin pada tahap paling minimum dan tidak direka khusus bagi keperluan anda.
  • Perlindungan insurans dan kad perubatan itu cuma sah selagi anda masih bekerja dengan syarikat itu.
  • Jumlah perlindungan yang diterima penerima anda mungkin tidak mencukupi bagi membantu memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk mengambil pelan insurans perubatan individu untuk memastikan manfaat dan perlindungan yang lebih sesuai dengan keperluan anda.

Setiap permohonan insurans akan dinilai berdasarkan usia, profil perubatan, gaya hidup dan pekerjaan pemohon.

Ya, ada beberapa pelan perubatan AIA yang turut melindungi keluarga anda. Anda dialu-alukan untuk berbincang dengan Perancang Hayat kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan perlindungan bagi seluruh keluarga anda.

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.

Perlindungan Penyakit Kritikal

Kami menggalakkan semua orang agar mendapatkan pelan insurans/takaful penyakit kritikal seawal mungkin sementara anda masih muda dan layak.

AIA menawarkan pelan insurans/takaful penyakit kritikal yang sesuai untuk pelanggan seawal 13 minggu dalam kandungan sehinggalah usia 100 tahun.

Setiap permohonan insurans akan dinilai berdasarkan usia, profil perubatan, gaya hidup dan pekerjaan pemohon.

Bergantung kepada pelan insurans/takaful Penyakit Kritikal AIA kami, AIA mengambil kira dan melindungi sehingga 180 penyakit kritikal seperti strok, kanser, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan banyak lagi.

AIA menawarkan tiga jenis pelan insurans/takaful penyakit kritikal yang memenuhi keperluan berbeza:

  • Asas: Memberi anda perlindungan asas yang penting.
  • Komprehensif: Memberi perlindungan menyeluruh bagi keperluan anda.
  • Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan perlindungan anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Lihat semua pelan Perlindungan Penyakit Kritikal kami di sini.

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.

Pelaburan & Simpanan

Kami mengalu-alukan semua orang untuk mendapatkan pelan ini kerana kami ingin membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dengan pelan insurans/takaful berkait pelaburan kami.

Buat masa ini, AIA menawarkan dua jenis pelan insurans/takaful berkait pelaburan yang memenuhi keperluan berbeza:

  • Asas: Memberi anda perlindungan asas yang penting.
  • Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan asas anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Lihat semua pelan Simpanan dan Pelaburan kami di sini.

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.

Perlindungan Kemalangan

Kami menggalakkan semua orang untuk mendapatkan pelan insurans kemalangan peribadi kerana malang tidak berbau. Ini akan memastikan anda dan orang tersayang anda masih mendapat sokongan kewangan yang mencukupi sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Setiap permohonan insurans akan dinilai berdasarkan usia, profil perubatan, gaya hidup dan pekerjaan pemohon.

Perlindungan anda masih sah sehingga anda mencapai had usia perlindungan pelan anda dan selagi anda masih membuat bayaran bulanan anda (premium). Jika anda gagal membuat pembayaran premium, perlindungan anda boleh ditamatkan dan pelan anda terbatal.

AIA menawarkan dua jenis pelan insurans kemalangan peribadi yang memenuhi keperluan berbeza:

  • Komprehensif: Memberi perlindungan menyeluruh bagi keperluan anda.
  • Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan asas anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Lihat semua pelan Perlindungan Kemalangan kami di sini

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.