Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Hayat
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Menjadi ibu bapa ialah antara saat paling bahagia dalam hidup anda. Kelahiran anak mengubah anda untuk selamanya, dan kami ingin memberikan anda keselesaan dan keselamatan yang anda dan anak anda perlukan dalam meniti perjalanan sebagai ibu bapa.
A-Life Joy Xtra adalah satu pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang memberi perlindungan kepada anak anda dan peluang simpanan, serendah RM 150 sebulan. Kami menawarkan pilihan fleksibel kepada anda untuk mengubah tahap perlindungan dan simpanan untuk anak anda dari semasa ke semasa demi memenuhi keperluan anak anda yang sentiasa berubah. Ibu bapa kini boleh mendaftar sebagai ahli AIA Vitality dan mendapatkan manfaat tambahan - Vitality Joy Wallet untuk anak anda setelah pembelian A-Life Joy Xtra dan A-Plus ParentCare Xtra.
Melampirkan A-Plus Health pada pelan ini, anak anda dapat menikmati perlindungan perubatan yang komprehensif. Sebagai tambahan pada setiap tahun yang anda tidak membuat tuntutan, anda mendapat sejumlah yang dikreditkan dalam Health Wallet yang anda boleh guna untuk menuntut perbelanjaan bagi anak anda yang biasanya tidak dilindungi oleh insurans seperti pemeriksaan kesihatan, rawatan pemulihan, penjagaan perubatan untuk keadaan kongenital dan banyak lagi.
Dapatkan perlindungan insurans bagi kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, di samping melabur untuk menambahkan simpanan anda – semuanya dalam satu pelan.
Anda boleh membeli A-Life Joy Xtra untuk anak anda seawal 13 minggu kehamilan. Jika anda seorang pelanggan A-Life Lady360 atau A-Life Lady, anda boleh mendapatkan perlindungan bagi anak anda walaupun kehamilan anda belum mencecah 14 minggu kehamilan, tanpa perlu menjalani proses penajajaminan perubatan -pertama di Malaysia!
Dengan A-Plus BabyCare Xtra, ia memberi perlindungan kepada anda dan anak anda dari kemasukan ke hospital yang tidak dijangka dalam 30 hari pertama, Keadaan Kongenital, Gangguan Tumbesaran Kanak-Kanak dan komplikasi yang berkaitan dengan kehamilan. Lebih-lebih lagi, dengan A-Plus Junior CriticalCare, ia memberi anda sokongan kewangan sekiranya anak anda didiagnosis dengan penyakit kritikal juvenil yang masih dalam peringkat awal.
Apabila anak anda mencapai 18 tahun, kami akan menggandakan amaun perlindungan anak anda, dengan penambahan perlindungan yang terhad kepada RM100,000, tanpa perlu melalui penajajaminan perubatan.
Anda boleh membina dana simpanan pendidikan untuk anak anda menerusi A-Plus ScholarSaver dan layak untuk pelepasan cukai perseorangan sehingga RM3,000 setahun untuk insurans perubatan dan pendidikan.
A-Plus ParentCare Xtra melindungi anda sebagai ibu bapa dan ia memberi anda sokongan kewangan yang sangat diperlukan dengan membayar manfaat sekaligus sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya secara menyeluruh ibu bapa sebelum anak anda mencapai usia 25 tahun. Anak anda juga dapat menikmati ganjaran lebih lanjut dengan Vitality Joy Wallet apabila anda menyertai AIA Vitality dan kekal sihat untuk anak anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan berkaitan pelaburan?
Ia bermakna nilai polisi anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilihan.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan
Apakah yang dimaksudkan dengan autogrowth?
Ini bermakna kami akan meningkatkan amaun perlindungan anak anda sebanyak 100%, terhad kepada RM100,000, apabila anak anda mencapai umur 18 tahun, tanpa perlu melalui pengunderaitan perubatan.
Untuk perlindungan tambahan, anda boleh memilih seberapa banyak ciri tambahan di bawah untuk memenuhi keperluan anda.
Perlindungan Perubatan
Pilihan ini menyediakan perlindungan perubatan yang menyeluruh untuk anak anda sehingga umur 100 tahun.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Perubatan
Pilihan ini menyediakan pendapatan harian apabila anak anda dimasukkan ke hospital, akibat penyakit atau kecederaan
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Perubatan
Pilihan ini menyediakan faedah penjagaan kehamilan dan penjagaan kanak-kanak.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini menyediakan perlindungan ke atas 39 penyakit kritikal untuk memberikan anda sokongan kewangan bila diperlukan.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini melindungi penyakit kritikal dari awal.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini menyediakan perlindungan sehingga 3 tuntutan ke atas penyakit kritikal.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Penyakit Kritikal
Pilihan ini menyediakan perlindungan ke atas penyakit kritikal juvenil yang spesifik untuk keparahan yang tinggi dan rendah.
Dapatkan Maklumat LanjutPerlindungan Hayat
Pilihan ini memberikan perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal pada ibu bapa.
Perlindungan Hilang Upaya
Pilihan ini menyediakan anda dengan bantuan kewangan tahunan jika anak anda menjadi kurang upaya sebelum mencapai umur 70.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUTPPerlindungan Penepian Caruman
Pilihan ini memastikan pembayaran caruman berterusan kepada pelan ini jika peristiwa yang tidak diingini berlaku.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUTSebagai pelanggan AIA, anda dapat menikmati tawaran dan kadar istimewa untuk pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh rakan penjagaan kesihatan kami.
Pemeriksaan Kesihatan Wanita dari serendah RM260
Jimat sehingga RM4,000 untuk Rawatan Kesuburan
Jimat sehingga RM1,200 untuk Materniti / Bersalin
Nikmati diskaun sehingga 15% untuk Vaksinasi Kanak-kanak
Nikmati diskaun sehingga 35% untuk Perkhidmatan Lawatan Ke Rumah Selepas Bersalin
Jimat lebih daripada RM600 untuk Perkhidmatan Perubatan Tradisional Cina
Pemeriksaan Kesihatan Wanita dari serendah RM260
Jimat sehingga RM4,000 untuk Rawatan Kesuburan
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi salah seorang Perancang Hayat AIA.