- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
- Perlindungan Tambahan
Manfaat

Manfaat Vitality: Vitality Booster
Nikmati nilai akaun tambahan melalui Vitality Booster tanpa membayar premium tambahan apabila anda hidup lebih sihat dengan AIA Vitality.
Soalan Lazim
A-Enrich Wealth ialah pelan berkaitan pelaburan dengan tempoh pembayaran singkat yang menggabungkan pengumpulan kekayaan dan perlindungan kewangan. Dengan membayar premium hanya selama 10 tahun, anda boleh menikmati perlindungan dan peluang membina kekayaan sehingga 20 tahun.
A-Enrich Wealth membantu anda menambah simpanan melalui dana berkaitan pelaburan dan manfaat booster, memudahkan anda mencapai matlamat seperti perancangan persaraan, pendidikan anak-anak, atau pengumpulan kekayaan.
Pelan ini menawarkan tempoh pembayaran premium selama 10 tahun, perlindungan untuk kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekak, Booster Pelaburan, Booster Simpanan, Booster AIA Vitality, dan manfaat matang terjamin pada akhir tempoh polisi.
A-Enrich Wealth membantu anda membina kekayaan jangka panjang disamping menyediakan perlindungan terhadap kejadian yang tidak diduga. Pelan ini membolehkan anda berusaha mencapai matlamat kewangan anda dengan manfaat tambahan perlindungan insurans dan booster ganjaran.
Ya. Anda boleh menambah nilai dana secara berkala atau mengikut keperluan bagi meningkatkan nilai pelaburan anda dan berpotensi mempercepatkan pertumbuhan simpanan anda dari masa ke masa.
Pelan ini menyediakan perlindungan untuk kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. Bergantung pada kejadian, manfaat yang dibayar mungkin sehingga 300% daripada jumlah perlindungan ditambah nilai akaun, tertakluk kepada terma dan syarat polisi.
Ya. Apabila pelan mencapai tempoh matang, anda akan menerima manfaat matang terjamin sebanyak 500% daripada Premium Tahunan bersama dengan sebarang nilai akaun yang terkumpul di bawah polisi tersebut tertakluk kepada terma dan syarat polisi.
A-Enrich Wealth sesuai untuk individu yang ingin membina kekayaan dalam jangka masa panjang, menikmati perlindungan kewangan, dan mendapat manfaat daripada tempoh pembayaran premium yang lebih singkat disamping berusaha mencapai matlamat kewangan masa depan. Klik PDF untuk maklumat lanjut.
AIA Malaysia mempunyai pengalaman luas membantu rakyat Malaysia mencapai matlamat kewangan dan perlindungan melalui pelbagai penyelesaian insurans, takaful, simpanan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi keperluan dan peringkat hidup yang berbeza.
Terma & Syarat
1. Perlindungan kematian adalah sehingga tempoh pelindungan pelan asas manakala HUMK adalah sehingga umur 70 tahun.
2. Perlindungan tambahan bagi kematian akibat kemalangan dan HUMK akibat kemalangan adalah sehingga umur 70 tahun.
3. Premium Tahunan merujuk kepada jumlah bagi Premium Asas dan Premium A-Plus Enhancer, tidak termasuk sebarang premium tambahan.
4. Kadar premium bagi pelan ini adalah sekata dan berdasarkan umur pada tarikh pengeluaran pelan tersebut.
5. Peratusan Rangsangan Vitality sebanyak 20% akan diberikan sebagai peratusan asal. Peratusan Rangsangan Vitality akan berubah berdasarkan Status AIA Vitality anda pada setiap Ulang Tahun Rangsangan Vitality.
6. Amaun Rangsangan Vitality ditentukan dengan mendarabkan Peratusan Rangsangan Vitality Semasa dengan nilai akaun (kecuali nilai akaun daripada premium tambahan ad hoc dan premium tambahan berjadual, jika ada), tertakluk kepada maksimum 50% daripada amaun perlindungan pelan asas anda. Ia akan dibayar pada tarikh matang atau semasa penamatan polisi akibat daripada tuntutan kematian atau HUMK (jika berkenaan).
7. Pilihan tambahan berjadual boleh dibuat pada masa permohonan sahaja.
8. Anda boleh menukar dana mengikut keperluan anda tanpa sebarang caj penukaran dikenakan.
9. Nilai akaun polisi anda tidak dijamin dan berubah mengikut prestasi Dana Berkait Pelaburan AIA. Risiko pelaburan dana ini ditanggung sepenuhnya oleh anda.
10. Premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
11. Sila ambil maklum bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
12. Maklumat di atas adalah tidak menyeluruh. Anda disyorkan untuk meminta salinan Ilustrasi Produk dan Lampiran Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Bagi penjelasan terperinci tentang manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk kontrak polisi.