- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
Manfaat

Faedah Vitality benefit: Ganjaran Kesihatan
Sertai AIA Vitality untuk menikmati manfaat tambahan seperti Mnafaat Pemeriksaan Kesihatan, Naik Taraf Bilik dan Penginapan Hospital serta booster tahunan untuk amaun Health Wallet anda.
Terma & Syarat
- A-Plus Health Flex-i ialah faedah pilihan tambahan ("rider") yang boleh ditambah kepada pelan Takaful Keluarga caruman lazim.
- Rider ini melindungi sehingga usia 70 atau 80 tahun dengan pelanjutan sehingga umur 100, bergantung kepada pelan asas yang ditambah.
- Jumlah faedah yang perlu dibayar untuk rawatan perubatan adalah tertakluk kepada had tahunan anda.
- Tiada had jangka hayat bagi A-Plus Health Flex-i. Anda juga tidak perlu risau jika anda melebihi had tahunan anda kerana ia akan kembali kepada asal setiap tahun selama tempoh perlindungan.
- AIA PUBLIC Takaful hanya akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak sekiranya munasabah, lazim dan perlu daripada segi perubatan.
- Anda dilindungi di seluruh dunia dengan A-Plus Health Flex-i. Namun jika anda menetap atau keluar dari Malaysia selama lebih 90 hari berturut-turut, anda tidak akan dilindungi bagi sebarang rawatan perubatan yang anda terima di luar negara (kecuali Singapura dan Brunei). Sila ambil maklum bahawa perlindungan luar negara ini adalah selaras dengan Caj Munasabah, Lazim dan Perlu daripada Segi Perubatan bagi rawatan tempatan yang setara di Malaysia.
- Kad perubatan sedia ada anda akan menanggung RM20,000 daripada caj yang ditetapkan dan kami akan menanggung bayaran selebihnya jika layak.
- Oleh kerana Tabarru' ditolak bergantung pada umur yang anda capai, ia akan meningkat selari dengan peningkatan umur anda.
- Kadar Tabarru' untuk pelan ini tidak dijamin dan AIA PUBLIC Takaful berhak untuk menyemak semula kadar Tabarru' dengan memberi anda notis bertulis selama 30 hari.
- Caruman yang dibuat untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan bawah pelan ini kecuali untuk kecederaan yang dilindungi. Tempoh menunggu yang berbeza dikenakan mengikut faedah berbeza.
- Maklumat di atas tidak lengkap. Anda disyorkan untuk meminta salinan Ilustrasi Produk dan Lampiran Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Bagi penjelasan terperinci tentang manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk Sijil Takaful.