AIA Starter Plan adalah pelan insurans hayat bertempoh yang menyediakan perlindungan kematian selama satu (1) tahun.
Pelan ini bebas komisen dan tiada orang tengah yang terlibat dalam penjualan atau pemasaran pelan AIA Starter Plan.
Soalan Lazim
Jumlah perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda dengan mengklik butang “Ketahui Bajet Anda” di sini.
Faedah | Amaun Perlindungan* |
---|---|
Kematian | RM 10,000 RM 15,000 RM 20,000 RM 25,000 RM 30,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM30,000 setiap hayat, setiap produk.
Jika anda meninggal dunia dalam tempoh polisi, keluarga anda akan menerima 100% jumlah perlindungan.
Ya, kami akan membayar tuntutan kematian pelan ini sebagai tambahan kepada sebarang tuntutan lain yang anda buat di bawah pelan insurans AIA lain yang mempunyai perlindungan kematian.
Anda boleh menukar kaedah pembayaran atau mod pembayaran premium anda di portal pelanggan kami, AIA+. Sila klik pautan ini untuk log masuk atau pendaftaran.
Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu (1) AIA Starter Plan tetapi jumlah perlindungan polisi-polisi yang dibeli tidak boleh melebihi RM30,000. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk membeli jumlah perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda dalam satu polisi.
Tidak. Selepas tarikh luput, anda boleh membeli AIA Starter Plan yang baru jika anda ingin meneruskan perlindungan di bawah AIA Starter Plan.
Anda boleh mengurangkan jumlah perlindungan anda pada tarikh matang premium berikutnya. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan jumlah perlindungan anda. Jika anda ingin meningkatkan jumlah perlindungan anda, kami mencadangkan agar anda membeli polisi tambahan. Sila rujuk soalan lazim nombor 13 untuk maklumat lanjut.
Apabila pembelian dan pembayaran premium telah disahkan, kami akan menghantar e-mel pengesahan anda bersama-sama dengan kontrak e-polisi anda. Sila simpan e-mel ini sebagai bukti perlindungan. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan e-mel ini, anda boleh log masuk ke portal pelanggan kami, AIA+, untuk melihat butiran polisi anda dan memuat turun salinan kontrak e-polisi anda. Sila klik pada pautan ini untuk log masuk atau mendaftar.
Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan polisi anda. Kami akan membayar balik premium berdasarkan jadual di bawah, dengan syarat tiada tuntutan yang telah dibuat sepanjang tahun polisi semasa.
Tempoh Dari Ulang Tahun Polisi, tidak Melebihi | Mod Pembayaran Premium | |||
---|---|---|---|---|
Tahunan | Setengah Tahunan | Suku Tahunan | Bulanan | |
15 hari* | 100% | 100% | 100% | 100% |
1 bulan | 80% | 70% | 50% | Tiada Pengembalian |
2 bulan | 70% | 50% | 20% | Tiada Pengembalian |
3 bulan | 60% | 30% | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian |
4 bulan | 50% | 20% | 50% | Tiada Pengembalian |
5 bulan | 40% | 10% | 20% | Tiada Pengembalian |
6 bulan | 30% | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian |
7 bulan | 25% | 70% | 50% | Tiada Pengembalian |
8 bulan | 20% | 50% | 20% | Tiada Pengembalian |
9 bulan | 15% | 30% | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian |
10 bulan | 10% | 20% | 50% | Tiada Pengembalian |
11 bulan | 5% | 10% | 20% | Tiada Pengembalian |
Tempoh melebihi 11 bulan | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian |
*Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan polisi dengan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA Bhd. di dalam tempoh lima belas (15) hari selepas kontrak e-polisi anda telah tersedia di portal pelanggan AIA. Premium yang telah anda bayar akan dibayar balik.
Anda boleh mengaktifkan semula polisi anda sebelum tarikh tamat polisi dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami.
Tiada yuran dan caj tambahan dikenakan selain daripada pembayaran premium anda. Sila ambil perhatian bahawa premium yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
Anda tidak akan dilindungi jika anda meninggal dunia akibat membunuh diri dalam masa satu (1) tahun daripada tarikh penyertaan atau tarikh mula polisi, yang mana kemudian.
Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada kontrak polisi anda untuk senarai pengecualian penuh.
Anda boleh menamakan mana-mana orang yang wujud sebagai penama untuk polisi AIA Starter Plan anda. Anda tidak boleh menamakan organisasi sebagai penama.
Penamaan adalah penting untuk memastikan penama anda menerima faedah daripada polisi insurans hayat anda secepat mungkin sekiranya anda meninggal dunia. Ia juga penting untuk memastikan orang yang dinamakan mengetahui tentang perkara ini.
Anda boleh membuat penamaan dengan mengisi borang penamaan selepas anda membeli polisi dan mengemukakan borang penamaan yang lengkap kepada kami. Anda boleh memuat turun salinan Borang Penamaan, Pelantikan dan Pembatalan di sini. Sila kemukakan borang penamaan yang lengkap di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami atau hantarkan kepada:
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan,
Tingkat 6, Wisma AIA,
99, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Penamaan adalah tidak wajib. Namun, kami mencadangkan anda supaya membuat penamaan untuk mempercepatkan bayaran tuntutan kepada penama anda.
Jika anda ingin membuat tuntutan, anda boleh memuat turun borang yang diperlukan (item 1 dan 6 di bawah) di sini. Penyata Penuntut Tuntutan Kematian boleh didapati di bawah seksyen “Tuntutan > Borang Tuntutan” dan Surat Kebenaran boleh didapati di bawah seksyen “Lain-Lain”. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-pembayaran.
Di bawah adalah senarai dokumen yang anda perlukan untuk membuat tuntutan:
1) Penyata Penuntut Tuntutan Kematian
2) Sijil Kematian
3) Bukti hubungan penuntut dengan si mati
4) Kad Pengenalan penuntut
5) Surat JPN (Untuk kematian di luar Malaysia)
6) 5 keping Surat Kebenaran untuk Mengeluarkan Maklumat
Dokumen bukan asli mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di Pusat Khidmat Pelanggan AIA kami, di balai polis, guru besar sekolah atau ketua kampung anda.
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan AIA kami.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu AIA+. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300-88-1899.
Kami akan memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan sijil kematian yang diakui benar, yang dikeluarkan oleh negara tempat anda meninggal dunia.
Sila tinggalkan maklumat anda untuk dihubungi dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-1899.