Banyak perkara yang telah berubah sejak norma baharu terjadi. Jika dulunya Instagram Stories dibanjiri gambar kafe, majlis perkahwinan dan sambutan hari jadi, kini ia penuh dengan video senaman ‘live-stream’, bertukar-tukar resipi atau mempelajari bahasa lain. Tak kiralah daripada selebriti atau jiran anda, kini semuanya kelihatan lebih produktif tetapi pada masa yang sama melihat semua di media sosial ini menjadikan diri anda kurang produktif dan ketinggalan.
Akronim untuk FOMO iaitu “fear of missing out” ini didefinisi oleh pakar akademik di dalam jurnal saintifik, Computers in Human Behavior sebagai “perasaan takut apabila ketinggalan daripadaperkembangan semasa.” Bagi orang lain, perasaan kurang senang ini datang apabila mereka melihat kehidupan orang lain yang meriah dan seronok di media sosial.
Melihat orang lain membuat kopi Dalgona atau mengambil bahagian dalam Cabaran Don’t Rush memberi anda tekanan untuk menjadi lebih produktif. Perasaan yang ditinggalkan oleh orang lain menjadikan anda lebih risau. Tetapi bagaimana anda boleh merasa FOMO semasa amalan penjarakan sosialdikuatkuasakan? Dan bagaimana cara untuk menanganinya? Kami ada tip-tip yang dapat menjawab persoalan anda.
Kurangkan penggunaan media sosial
Mengikut kajian daripada Jurnal Pengajian Perniagaan dan Ekonomik, media sosial dapat menguatkan perasaan FOMO. Apabila anda menghabiskan masa di laman sosial, melihat kehidupan orang lain dapat menimbulkan perasaan iri hati dan ketidakpuasan hati terhadap hidup anda sendiri. Penting untuk anda sedar bahawa setiap perkara yang dimuatnaikdi media sosial, rata-ratanya adalahdigembar-gemburkan supaya kehidupan mereka dilihat lebih gah dan seronok berbanding realiti. Oleh sebab itu, apa yang anda lihat di media sosial selalunya tidaklah tepat malah diubahsuai. Cuba kurangkan masa anda melayari media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dengan memberikan anda had masa setiap hari.
Tempoh tanpa digital
Jika mengurangkan masa di media sosial kurang membantu, cuba amalkan tempoh tanpa dunia digital.. Sesetengah orang cuba untuk hidup tanpa media sosial selama beberapa hari atau minggu untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga dan pada masa yang sama menjalani kehidupan secara normal. Dengan situasi duniakini, inilah masanya untuk anda mengeratkan silaturahim sesama manusia. Dengan mengamalkan penjarakan sosial, panggilan video bersama yang tersayang ialah langkah yang lebih baik untuk meluangkan masa berbanding melayari laman sosial.
Cuba JOMO
JOMO, atau “Joy of Missing Out” ialah perkataan berlawanan bagi FOMO. Jika mereka yang FOMO berasa ketinggalan dan ingin melakukan lebih perkara yang dapat menjadikan hidup mereka lebih gembira, mereka yang JOMO pula tetap dengan pendirian mereka dan mereka lebih gembira dengan keputusan itu. Jadi, daripada menghabiskan masa risau tentang diri kita yang mungkin ketinggalan, cuba lakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri sendiri dan menerima segala keputusan tersebut. Cari makna kegembiraan dengan apa yang anda lakukan dan ingatkan diri anda kenapa anda memilih untuk melakukan perkara tersebut dan ketahui bahawa hariesok masih ada.
Uruskan hidup anda
Semak semula kehidupan anda dan cuba untuk kurangkan penggunaan aplikasi dalam talian atau mudah alih yang dapat menimbulkan perasaan FOMO. Ruang disekeliling anda juga memainkan peranan. Sifat materialistik dapat membuat anda berasaketinggalan jika anda tidak mempunyai sesuatu barang. Cuba kemaskan almari anda dengan membuang/menderma pakaian yang tidak lagi dipakai dan juga kesuluruhan rumah anda. Anda mungkin akan sedar bahawa terdapat banyak barang yang tidak diperlukan di dalam hidup anda.
Cari aktiviti untuk dilakukan
Apabila anda mengurangkan masa dari media sosial dan pengaruh luar yang dapat memberikan anda tekanan, kini anda mempunyai masa yang lebih untuk mencari apa aktiviti yang lebih bermakna untuk diri anda sendiri. Jadikan ini peluang untuk mengetahui apa yang ingin anda lakukan, bila anda ingin melakukannya dan mencari hobi yang lebih bermakna. Manalah tahu anda dapat mengenalpasti hobi atau kemahiran baru seperti menulis, melukis, berkebun atau memasak.
Kesimpulannya,sifat bersyukur memainkan peranan yang penting untuk menghalang segala sikap iri hati dan ketidaksenangan hati. Selepas ini jika anda berasa FOMO walaupun sedikit, cuba tukar fokus anda kepada sesuatu yang lebih positif di dalam hidup anda. Tuliskan setiap perkara baik yang terjadi tidak kiralah sekecil mana pun.
Rujukan:
https://www.clutejournals.com/index.php/JBER/article/view/9554
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25724635/
https://www.papermag.com/quarantine-fomo-zoom-parties-2645734658.html?rebelltitem=9...
https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0747563213000800?via%3Dihub#!
https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentID=4552&ContentTypeID=1
https://www.goodtherapy.org/blog/overcoming-fomo-what-fuels-your-fear-of-missing-out-0418167
https://www.rdasia.com/culture/quarantine-fomo-is-real-heres-how-to-overcome-it
https://psychcentral.com/blog/fomo-addiction-the-fear-of-missing-out/
https://time.com/4358140/overcome-fomo/
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
Artikel berkaitan